"Dah lama abang tunggu..tapi,
jawapannya tetap sama! Erma tak sukakan abang lagi?" Erma angkat muka.
Riak wajah berubah seiring dengan persoalan yang begitu hangat membakar sang
hati.
"Abang
cakap..macam tak percayakan Erma." Qasyah menghela nafas perlahan sambil
tangan naik memaut pada dahan pepohon di sebelah.
"Mak
abang dah bising..."
Erma
angkat muka.
"Kenapa,
abang?"
"Erma
rasa ianya tentang apa?" renungan tajam itu membuat Erma menelan liurnya
secara deras. Gulp! Kuat juga bunyinya. Wajah Qasyah yang terasa begitu rapat
ke muka, dijarak ke belakang sedikit.
"Tak
tahu?"
Erma
masih diam.
"Huh..mak
bising...pasal kita." kedengarannya begitu payah ayat itu keluar dari
bibirnya.Erma kalih pandang ke sebalah.
"terus..
apa yang abang cakap?" Qasyah
tundukkan wajah. Mukanya diraup ke belakang. Erma ketap bibir. Tubir matanya
terasa panas. Terasa ada mutiara jernih berkumpul di situ.
"Abang...abang
tak buat benda tu kan?" Qasyah pejam mata. Suara itu bertanya bersama
getarannya sehingga teketar-ketar suara itu. Ya Allah..
"Maafkan
abang, Erma.."
"Subhanallah!"
rasa lutut longgar. Kaki tak mampu untuk berdiri lagi. Perlahan-lahan, tubuh
itu jatuh terduduk atas bangku kembali. Mendengar betapa lirihnya suara itu
memaksa Qasyah untuk memandang ke arah Erma. Getaran suara gadis itu sungguh
membuatnya lemah.
"Maafkan
abang. Abang tak mampu lagi untuk terus menunggu. Abang menunggu tanpa sebarang
alasan. Alasan yang tak pernah Erma ceritakan sehinggakan membuat abang
tertanya-tanya di mana arahnya tujuan hubungan kita. Mak dah tak sanggup
menunggu apatah lagi dengan usia abang yang dah meningkat begini." Qasyah
duduk menghadap Erma. Matanya merenung mata cantik itu.
Subhanallah.
Cantiknya Erma tak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata. Gadis yang selama ini
dia dambakan ingin sekali untuknya
memiliki gadis itu. Ingin ditakluk hati itu untuk terus menjadi peneman
hari-harinya. Oh, Erma. Membuatmu terluka begini, sungguh menyakiti sang hati
ini.
"Apa
Erma nak cakap dengan mak? Nanti apa yang mak akan kata?"
"Erma
tak perlu bimbang tentang hal itu. Mak abang dah jumpa dengan mak Erma."
mata Erma membulat. Apa yang Qasyah cuba terangkan padanya sekarang ini? Dia
tersalah dengarkah?
"Bila?"
"Sekarang!"
Erma menekup mulut.
"Maafkan
abang..." kepala tertunduk sayu. Rasanya sungguh berdosa kerana dia telah
lukakan sang pujaan hatinya ini.
"Apa
abang buat ni? Abang...abang tahu kan mak Erma lemah jantung! Mak abang pulak
panas baran! Abang ingat, benda ni akan berjalan dengan mudah? Ya Allah, abang.
Apa abang sedang buat sekarang ni? Pengecut? Sampai nak jumpa untuk terangkan
dekat mak Erma sendiri pun tak mampu? Dulu masa abang hendakkan Erma, jangankan
mak, kubur ayah abang sanggup ke sana. Sampainya hati abang. Erma faham siapa
Erma. Maafkan Erma untuk buat abang tertunggu-tunggu. Mungkin ini memang
hikmahnya. Allah dah aturkan buat kita. Kalau macam itu...putuslah pertunangan
kita." Qasyah angkat muka.
Yakinnya
cara Erma bercakap seolah-olah gadis itu langsung tak punya hati terhadapnya
selama ini. Erma sedang permainkannyakah?
"Erma..."
Langkah
untuk pulang dimatikan.
"Erma
tak cintakan abang?" Erma pejam mata.
"Cukup
dengan apa yang abang dah cakap pada Erma tadi. Erma takkan mencintai bakal
tunangan orang. Berhentilah abang hubungi Erma. Berhenti jumpa dengan Erma.
Berlagaklah macam biasa. Sebagai teman. Erma takkan ganggu hidup abang, dan
begitu jugak dengan abang. Erma harap abang bahagia."
Dan...abang.
Bahagialah. Maafkan Erma.. Hanya itu doa Erma sewaktu kaki itu melangkah pergi.
Air mata diseka lekas. Dia perlu cepat! Keadaan ibunya benar-benar membuatnya
gila!

Alamak...kenapa nieee...
ReplyDelete