Pengikut Setia.. XD

Friday, 23 January 2015

Terbaik Bagimu Bab 2




TERCUNGAP-CUNGAP nafas Erma. Tak cukup tanah dia berlari. Tiba di luar pagar rumah, matanya nampak akan Mak Tipah yang datang menerpa ke arahnya. Wajah itu cukup ceria. Gembirakah Mak Tipah dengan putusnya pertunangan ini? Tak sayangkah orang tua itu akan ikatan kekeluargaan yang terjalin antara mereka ini?

"Erma..?" Erma senyum sahaja. Marah-marah pun baginya sikap mesra dalam melayani tetamu itu tetap tak boleh dibuang begitu sahaja. Kalau tidak, sia-sia sahaja ilmu agama yang diitipkan arwah ayah pada keluarga mereka.

"Erma sihat?" Erma angguk. Soalan itu kedengaran aneh di telinganya namun cuma dilayankan sahaja. Mood tengah baik, kan. Nak buat macam mana?

"Mak Tipah?" orang tua itu senyum lebar.

"Macam ni la.. Kenapa nampak sangat ke?" Erma angguk tanpa banyak selingkuh lagi.

"Ada-ada aje kamu ni, Erma. Biasalah kalau orang nak dapat menantu. Macam itulah gayanya." Nak terlopong Erma mendengarnya. Sedarkah orang tua itu sedang bercakap dengan siapa sekarang ini? Tanpa ada rasa bersalah, begitu mudah mulut itu menuturkan kata.

"Mak Tipah pergi dulu, ya? Ada banyak benda nak kena buat. Eh..jangan lupa, ya! Datang tau masa majlis kahwin nanti." Sempat orang tua itu berpesan.

"Dah nak kahwin?" membulat mata Erma. Mendengar keputusan Qasyah tentang putusnya pertunangan mereka inipun dah buat dadanya sesak, apatah lagi bila dikhabarkan berita yang sungguh dia tak jangkakan itu. Sungguh mengguris sekeping hatinya.

"Aah. Tak nak tunggu lama sampai makan lama-lama tahun. Sia-sia aje Qasyah tunggu lama-lama. Bimbang nanti ada pihak yang berubah hati pulak nanti." Erma sentap. Jelas kata itu seperti mahu menyindirnya.

Tanpa mempedulikan lagi kata-kata berbaur sinis itu, Erma terus kuatkan hati. Berlari-lari dia ingin mencari di mana ibunya berada. Dipekakkan telinga dari mengulang ayat-ayat tajam itu kerana dia tahu dia tak kuat. Entah tak sampai seminit, air matanya bisa gugur. Namun, mengenangkan ibunya, dia perlu kuat.

Tapi..tak jejak tangga lagi, matanya dah terpaku. Tak berkelip matanya memandang si ibu yang duduk terjelopok di anak tangga sambil air mata berlinangan di pipi. Erma ketap bibir.

"Sini.. Datang dekat mak.." lirih suara itu memanggil. Erma kuatkan hati. Rasa separuh hatinya sudah pecah dengan deraian tangisan itu. Tangisan yang cuma berlagu di hati sahaja. Arahan si ibu dipatuh Erma. Dilabuhkan duduk di sisi ibunya.

Kepalanya diusap kasih. Dikucup dahi itu. Kemudian jatuh ke mata dan kedua-dua belah pipi gadisnya. Muka itu diusap lagi. Makin lebat deraian air mata si ibu.  Tiada kata menjadi perantaraan antara mereka, cukuplah dengan kisah perilaku yang sudah menceritakan segala-galanya.

"Anak mak, kuat kan? Kan?" Erma angguk. Ditarik tangan yang berlabuh di wajahnya itu sebelum digengam kemas. Dikucup tangan itu.

"Kalau ada mak..yang tak kuat pun boleh jadi kuat." balas Erma bersama senyuman. Cuba berlaku kuat juga meskipun nyatanya tidak.

"Lepaskanlah sayang. Hari ni aje. Lepaskan apa yang terbuku dalam hati kamu tu. Mak ada. Mak ada untuk kamu." dada itu ditepuk berkali-kali. Hati tuanya tak pernah salah. Kekecewaan Erma sukar sekali untuk anaknya sembunyikan. Dia yang melihat sekali imbas pun sudah mengerti bila melihat raut wajah yang suram itu.

Erma tak mampu menahan lagi. Air matanya jatuh berguguran di pipi. Melihat titisan air mata pertama jatuh di pipi si anak, pantas sahaja diseka Aliah. Tak mampu dia melihat tangisan kedukaan itu.

"Maafkan mak.. Maafkan mak, sayang. Mak gagal.." Erma menggeleng. Diseka air matanya namun makin lebat pula mutiara jernih itu jatuh.

"Orang dah tak sayang mak..nak buat apa terhegeh-hegeh lagi? Kan.." Aliah mengangguk. Kata-kata itu penuh kelukaan. Bersama lirihnya nada itu, lagi bibirnya jadi mati. Dilandaskan lagi kucupan di dahi si anak.

"Seandainya nasib kita..." mulut Aliah ditekup Erma.

"Jangan sebut tentang itu, mak. Masalah kita itu ujian kita. Ini tak ada kaitannya dengan apa yang jadi. Kalau benarlah Qasyah sayangkan ikatan ini, dia mesti pertahankan mak. Dia mesti berjuang untuk kekalkan ikatan ini. Paling dia ragu-ragu dengan Erma pun dia masih boleh berusaha untuk ambil tahu tentang keluarga kita. Dari situ, Erma boleh tahu betapa bersungguhnya lelaki itu mahukan Erma. Lagi-lagi bila kita dalam keadaan susah begini.. Tapi, mak..." Erma tarik nafas. Nafasnya sudah sesak akibat tangisan yang tak henti-henti mengalir.

"Tapi?"

"Tapi..dia dah buktikan mak. Jodoh kami bukan bersama. Erma rasa sakit mak. Sakitnya, pedihnya tak siapa yang tahu. Ya Allah, mak.. Rasa tak cukup nafas lagi untuk Erma mak. Rasa macam kena pijak-pijak bila diperlakukan macam ni. Tolong Erma mak.. Tolong.." akhirnya diluahkan sahaja pada si ibu. Mereka berpelukan. Dieratkan lagi pelukan Aliah agar si anak bisa bertenang.

Air matanya turut tumpah. Masih tak berhenti. Bahkan tangisan itu kian kuat pabila teringatkan kembali janjinya kepada arwah suami.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ 

“DIA buang kau macam tu aje?" mata Yati membesar. Tak percaya sungguh dia dengan berita ini. Sangkanya si Erma saja-saja mahu membuat lawak di siang hari. Tapi, melihat wajah suram itu, dia mula percaya. Si Qasyah ni memang nak kena!! Kalau tahu macam ni, gayanya memang menyesal betul dia rekemenkan si Erma untuk berkenalan dengan mamat tak guna tu.

Nampak baik tapi hakikatnya? Perangai tak ubah macam jantan!! Bukan lelaki namanya macam tu.

"Lupakan dia." tegas Yati bersuara. Dia dah nekad. Kalau si Qasyah boleh buat begitu pada Erma, kenapa tidak Erma?

"Tak semudah tu." Erma menggeleng.

"Kenapa? Kau jangan taruh harapan lagi pada dia, Erma!!" memang tak boleh dia terima hakikat kalau Erma mahu menagih kasih lelaki itu kembali.

"Aku bukan perempuan macam tu."

"Habis...apa yang tak mudahnya lagi?" soal Yati tidak berpuas hati.

Erma pandang Yati. Matanya seperti merayu agar wanita itu mengerti namun polosnya wajah itu buat Erma mengeluh.

"Cinta pertama, kau ingat semudah tu untuk aku lupakan? Dia antara lelaki yang aku sayang. Tak mudah untuk aku lupakan begitu sahaja. Dia satu-satunya lelaki yang ada dalam hati aku. Tak mudah Yati. Takkan aku lupa segala kenangan antara kami. Ianya mungkin ambil masa." lembut tutur kata itu. Berharap benar agar Yati bisa mengerti.

"Dia tolak kau. Kau sedar tak? Tapi..kau jangan risau. Aku akan ada sentiasa dengan kau. Aku akan sokong kau hingga ke akhirnya. Aku akan pastikan kau tak akan balik lagi pada lelaki itu. Dia bukan untuk kau." tekad Yati saat itu. Dia tak akan serahkan lagi rakannya pada lelaki itu.

Lelaki seperti itu perlu diajar. Siaplah, kau!!

"Thanks, Yati.. Aku sayang kau." tubuh itu dipeluk erat. Belakang Erma diusap Yati.


"Jangan sedih macam ni. Aku ada untuk kau. Hilang dia tak bermakna kau hilang semuanya. Percaya pada Tuhan kawan." Erma angguk sambil jarinya naik mengelap air jernih yang bertapak di hujung mata.

4 comments:

  1. Sakitnya hati bila ikatan pertunangan terputus. Lebih sakit bila bekas tunang nak bertunang dgn wanita lain. Jgn lemah Erma. Reda aje. Lelaki bukan seorang...

    ReplyDelete
  2. Sempat singgah sini dik. Tenangkan jiwa sambil jengah blog. Mmg x patut apa yg Qasyah buat kpd Erma. Mana mungkin kerana kekayaan dia sanggup buat sebegitu. Namun, sebagai anak dia perlu wajib mentaati ibu selagi x berlanggar dgn ajaran agama. Harap Erma terus bangkit kerana pasti ada yg lebih baik menanti dia. ^_^

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com