Pengikut Setia.. XD

Friday, 10 April 2015

Novel Liyana Bab 03 & 04







“DASAR anak tak guna! Apa kamu buat ni, hah? Tak tahu mana yang halal dan haram? Eh, kamu tak ada otak ke, Hairil? Kalau macam ni gayanya, sia-sia papa hantarkan kamu ke sekolah. Belajar tinggi-tinggi buat apa kalau akhlak macam kosong!” tajam anak mata Kamarul menikam mata muda itu.

Dadanya turun naik bersama hangat nafasnya. Masih dia tak dapat lupakan apa yang dia nampak tadi. Sungguh dia tak percaya. Syukur dia selamat sampai dahulu untuk mencapai tangan anaknya ini. Kalau tidak pasti anaknya sudah ketagih dengan benda bodoh itu. Allah! Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa perasaannya.

Dihempaskan duduknya di atas sofa. Keluhan berkali-kali bertukar ganti di situ. Dadanya diurut. Roslina cepat-cepat membantu. Urutan di dada suaminya sudah berganti tangan. Risau pulak dia. Dengan Hairil satu hal ini suaminya pula.

“Apa nak jadi dengan kamu ni, Hairil? Makin menjadi-jadi kamu semenjak Hairul tak ada, ya!” Roslina ingin mencelah tapi dibatalkan sahaja niatnya. Amarah suaminya seperti tidak stabil ketika ini. Elok jika dia terus diamkan diri buat sementara.

“Papa tak tahu? Semua ni…salah papa!” mereka bersabung pandang. Terkejut Kamarul bila mendengar suara anaknya yang sudah naik satu oktaf itu.

“Jaga kata-kata kamu, Hairil. Tak baik tinggikan suara macam tu kat papa kamu.” Tegur Roslina lembut. Pantang sungguh dia pabila anak-anaknya bersikap kurang ajar dengan orang tua.

“Mama pun tak tahu? Papalah yang ajar Hairil selama ni. Semua ni sebab papa! Papa tahu tak? Papa memang sayang Hairul lebih kan? Sebab tu, papa hantar dia ke Australia sedangkan papa tahukan Hairil pun nak pergi jugak. Tapi, papa hantar Hairil belajar kat mana? Huh!”

“Mind your language, Hairil. Papa buat semua ni..” Hairil mencelah kata-kata itu terus.

“Mama pun sama! Semua orang tak sayangkan Hairil! Hairil benci mama dengan papa!” Hairil pantas meninggalkan ruang tamu itu. Dia benar-benar kecewa dengan mama dan papa. Kenapa perlu bahagikan kasih sayang antara dia dan abang kembarnya? Apa kurangnya dia berbanding Hairul?

Hidup di dunia ni memang tak adil!

“Tengok! Tengok macam mana anak kamu, Lina? Duk manjakan dia sangat. Macam tulah jadinya.”

Roslina tidak menjawab kata-kata Kamarul itu. Matanya hanya menyoroti tubuh Hairil yang menapak naik ke atas. Terbit rasa bersalah dalam dirinya. Ini semua adalah angkara dirinya sebenarnya. Dia tak mampu sebenarnya berjauhan dengan Hairil. Sudahlah anak sulungnya sudah pergi meninggalkannya, terus takkan si Hairil pun turut sama pergi?

Lagipun, dia sebenarnya terlalu sayangkan Hairil. Anaknya yang sorang ni terlalu manja dengannya. Tapi, bila si anak itu berjauh dengannya, pasti dia rindu untuk memanjakan anaknya yang sorang itu nanti.

Namun… bila dia terpandangkan seraut wajah kecewa itu dirinya semakin rasa bersalah. Dia sepatutnya beralah apabila berhadapan mengenai cita-cita anaknya. Tapi, apa yang dia buat? Bukannya nak membantu tapi makin huru-hara dibuatnya. Hairil pula terang-terang salahkan Kamarul dalam hal ini sedangkan anaknya itu tidak tahu apa yang tersirat di sebalik kisah itu. Kalaulah anaknya tahu apa pula katanya?

“Puan?”

Panggilan Ahmad mengejutkan Roslina dari lamunannya sendiri. Senyuman terukir di bibir.

“Janganlah bersedih, puan. Hairul tu pergi tak lama.”

“Lima tahun kau rasa sekejap, Ahmad?” Ahmad sengih.

“Dunia sekarang ni, masa berlalu sekejap aje. Pejam celik sekali dah sebulan. Pejam celik dua belas kali dah setahun. Cuba puan pejam celik enam puluh kali, haa… sampailah lima tahun. Sekejap, bukan?” Roslina gelak. Nak layan rasa sedih pun tak jadi bila dengar lawak jenaka pemandunya itu. Inilah pemandu tetap keluarga mereka, sejak dari arwah suaminya ada lagi.

Suaminyalah yang beria-ria mahu upahkan dia dulu untuk berkerja untuk keluarga mereka. Ahmad sudah dia anggap seperti sahabat. Susah senang mereka sekeluarga, dia juga turut rasainya.

“Hairil ada sekali ke tadi, puan?” Roslina kelu lidahnya. Dia mengeluh. Teringatkan tentang hal itu, makin sedih dia dibuatnya. Hairul dengan gaya dia, Hairil pula dengan degilnya lagi. Apalah nasibnya. Sangkanya, bila si abang kembarnya sudah mahu berangkat pergi dapatlah dia bertemu anaknya yang sorang itu. Alih-alih, tiada. Bayang pun dia tak nampak. Aduhai.

“Err.. Puan? Maafkan saya.” Ahmad gigit bibir. Dia baru tersedar selepas terlanjur kata tadi. Tidak sepatutnya dia utarakan soalan itu kerna dia sudah tahu apa jawapannya. Seperti yang dia jangkakan, soalan itu tidak bersambut. Makin resah Ahmad dibuatnya. Sempat, cermin sisi belakang itu dijelingnya. Nampak Roslina yang sedang termenung ke luar sana.

Roslina tidak berniat sebenarnya untuk abaikan soalan itu, tetapi dia memang tidak mampu menahan sebak bila teringatkan Hairil. Allah. Dia terlalu rindukan anaknya. Bilalah agaknya untuk dia ada peluang untuk tatap balik wajah anaknya itu. Sudah lama Hairil menghilangkan diri. Bagaimana agaknya dia sekarang?

MACAM dalam kartun. Yang kanan cuit yang kiri, yang kiri pulak cuit kanan. Mata saling menjeling. Memainkan rentak lagu yang hanya mereka sendiri yang tahu. Mulut si papa memuncung pada si anak. Si mama pula terkulat-kulat di sofa.

            “Pergilah.” Bisik Dato Zamri di telinga Datin Mariah.

            “Eh, kenapa saya yang kena pulak? Abang ayah dia, jadi abanglah kena ke sana.” Sempat dijeling Liyana yang sudah masuk ke dalam bilik kembali. Elok anak daranya ke dapur tadi, ingatkan nak datang melepak dengan mereka. Alih-alih, dia boleh pulak sambung sembunyi dalam bilik sana. Aduhai. Dato Zamri menggeleng, tidak bersetuju dengan kata putus sang isteri.

Nak tak nak, Datin Mariah beralah juga. Bantal empat segi di riba, ditolak ke tepi. Kaki mula memanjat anak tangga.

“Hih orang tua ni, tak boleh diharap langsung.” Datin Mariah bangun. Kaki mula mencari jejak anak daranya. Dato Zamri sengih panjang. Bahu yang dicubit isterinya diusap kasih.

“Sebab tu abang sayang Mariah.”

“Tahu..” laung suara itu.

Tombol pintu bilik dipulas. Mata meliar mencari di mana keberadaan si anak.

“Apa di, ma? Janganlah nak main hide and seek dengan Yana. Mama nak apa?” terus dia berdehem pabila kelibatnya sudah kantoi. Dari mana anaknya nampak dia? Tubuh Liyana yang membelakangkannya dijeling. Mata ada empat ke anak aku ni? Dua di depan, dua di belakang?

“Mana…mana ada mama duk intai kamu. Mama cuma pelik aje. Kayu ni cengal ke kayu jati, ni?” sempat si mama berseloroh. Jadi poyo sekali sekala. Apa salahnya? Liyana tak pula melayan. Dia kembali duduk di birai katil sambil mula meyapu losyen ke tangannya.

“Macam mana?”

Liyana angkat kening. Pandang pada si bertanya itu.

“Macam mana apa?”

“Yelah.. Kamu dah rasa okey, ke?” nafas dihembus perlahan. Dah agak. Pasti mamanya akan bertandang ke sini gara-gara mahu bertanyakannya tentang si bekas tunang.

Tubuh dihempaskan ke katil. Dia masih membisu. Malas sebenarnya untuk dia komen apa-apa tentang hubungannya dan Mustafa di kala ini. Walaupun dia sudah nekad untuk lupakan lelaki itu, tapi itu tak bermakna sekarang ini dia sudah benar-benar melupakan lelaki itu.

“Mama tanya ni.. Jawablah.” Desak Datin Mariah lagi. Tidak senang duduk dibuatnya bila Liyana terus-terusan membisu. Jawapan yang ingin dia dengar masih tergantung.

Bibir tuanya diketap. Kelibat anaknya agak meresahkan dia. Liyana pasti tidak mahu bercakap tentang hal ini. Tapi, dia sebagai ibu sememangnya dia tak senang duduk dibuatnya selagi dia tak tahu keadaan anaknya tika ini. Sudahlah bila jejak kaki aje dari airport sana, terus dia terperap dalam bilik. Dia faham Liyana tertekan kerna dia sendiri tahu pasti perit pabila berhadapan dengan perkara seperti ini. Curang!

Huh! Hati tiba-tiba jadi hangat. Lelaki  tu memang nak kena makan parang dengan aku. Liyana tidak bercakap apa-apa. Kepalanya dibaringkan di pangku Datin Mariah. Terbit pula rasa ingin bermanja dengan si ibu. Hampir dua bulan juga mereka berpisah gara-gara dirinya yang mahu menukar angin.

Dia ambil keputusan untuk tinggalkan keluarganya sendiri di sini sementara dia di London bersama teman-temannya. Sokongan! Itu yang dia cari. Bukan mama dan papanya tak mampu tapi dia tak mahu diganggu oleh Mustafa. Lelaki itu pasti cari dirinya. Buktinya, baru dia jejakkan kaki di KLIA, lelaki itu dah muncul depan mata. Entah malaun mana yang bagitahu aku kat sini.

Nak kata mama dan papa, mustahil. Dia yakin dan percaya dengan orang tuanya. Nak kata teman-temannya pula, dia sendiri tak pasti mana satu. Alahai. Tapi, apa-apapun jawapannya tetap sama. Hatinya sudah tertutup buat lelaki itu. Biarlah dia menukar nafas baru. Tukar angin dan tukar hati.

“Kamu ada apa-apa rancangan ke nak buat apa lepas ni, sayang?” lembut tutur kata itu. Soalan asalnya sudah dilupakan tanpa jawapan. Tak payah nak kusutkan fikiran. Bila dia tengok anaknya, dia seakan sudah dapat mengagak apa jawapannya. Apa-apapun dia akan tetap berikan sokongan yang jitu buat anaknya.

Liyana yang mendengar sedikit terbuai dengan kata-kata lembut itu ditambah lagi dengan usapan lembut pada rambutnya. Seronok sungguh bila dapat bermanja dengan si ibu. Terimbau kembali zaman kanak-kanaknya. Manja sungguh dia pada masa itu. Maklumlah, anak tunggal, kan!

“Maksud mama apa?”

“Alah..pergilah cari pengganti. Anak mama kan cantik. Jangankan si Mustafa tu, artis-artis pun boleh cair dengan anak mama. Mama boleh kenalkan kamu dengan anak-anak kawan mama. Ramai pilihan tau. Sudahlah kaya. Kamu nak jenis yang macam mana? Kita carilah yang hot sikit. Baru ada stail dan baru ada semangat nak berkasih-kasihan balik. Iya tak?” Liyana seperti berfikir sesuatu.

Tidak lama kemudian, bibirnya tarik senyuman panjang. “Oh my god, mama! Yana suka dengan idea tu. Mama siapa ni, bijak sangat ha?”

“Of courselah, anak si diva jelita ni.” makin kuat gelak tawa mereka. Liyana peluk erat pinggang si ibu.

Tukar angin baru? Macam best aje.

“Be strong, sayang. Mama tahu kamu boleh.” Bisik si ibu dekat di telinganya. Liyana senyum manis. Gengaman erat tangan antara dia dan ibunya semakin dieratkan.

“Yana sayang mama.”

Tubuh itu dipeluk kasih.





Bab 4

DUA TAHUN KEMUDIAN…

“JADI, sekarang you kerja apa?” mata ke mata. Bila mereka bertentang, gatal pula Liyana dibuatnya. Dikenyitkan matanya pada si lelaki. Si lelaki itu apa lagi. Tersipu-sipu malu dibuatnya hingga wajah dah jadi merah. Liyana telan liur. Lelaki jenis apa ni? Memalukan betul! Rasa macam terbalik pulak dunia ni..

            Ini semua dia punya pasallah. Gatal punya pasal nak rasa couple dengan orang nerd. Beginilah jadinya. Setiap minit dan saat rasa begitu kaku. Dia tak tahu nak cakap apa. Lelaki itu terlalu pendiam! Damn! Apa dia nak bualkan lagi? Dia bukan pandai sangat memulakan bicara, kalau bab-bab melayan tu dia pro lah.

            “I.. I..kerja dengan Goh Properties Holdings.” Ucapnya sambil sengih. Kaca mata empat segi itu ditolak agar lebih selesa bergayut di muka. Liyana mengeluh lembut.

            Hai..Apalah nasib dia. Itulah, pandai buat pandai tanggung. Baru masuk hari kedua diaorang dating, Liyana dah bosan. Masuk hari ketiga mahu kena putus ni. Liyana sengaja diamkan diri. Ingin lelaki itu membuka mulut. Asyik dia aje yang menyoal, bosan jugak.

            Tunggu punya tunggu keadaannya masih sama. Menyesal sungguh rasa! Liyana ketap bibir. Berbakul-bakul dia hamburkan rasa geram pada lelaki itu. Mulutnya juga rasa ringan terkumat-kamit mengata itu dan ini pada lelaki itu. Dek tak mahu lelaki itu perasan dan atas dasar mahu menjaga air mukanya, wajah itu dikalih ke tempat lain.

Tapi, tak disangka-sangkanya matanya akan menjamu pemandangan yang sungguh mengejikan. Bulat matanya pabila terpandangkan pasangan itu. Gelak tawa mereka dengan aksi terlebih gulanya membakar perasaan Liyana. Berpeluk tampar bagai lagi, sumpah Liyana memang dah tak tahan.

Minah ni memang nak kena ajar!

“Excuse me. I nak ke ladies sekejap.” Seperti dijangka, lelaki itu akan mengangguk sahaja. Tanpa berfikir panjang, Liyana terus pamitkan diri. Mulut sahaja cakap ke ladies tapi dia melencong ke arah lain sebenarnya.

“Eh, Lia!” tangan gadis itu direntap kasar. Marlia terkejut bila tangannya direntap dari belakang. Baru nak marah tapi rasa itu hilang begitu sahaja bila terpandangkan muka gadis ini.

“Eh, Yana. Sukanya aku. Long time no see. Lamanya tak jumpa kau. Rindunya aku.” ditolak tangan itu dari memeluk tubuhnya. Bibir dicebik. Ada hati nak berlakon baik konon! Perangai sudah macam syaitan, ada hati masih nak mengaku aku ni teman.

Marlia tidak pula melenting. Sudah dia agak pasti Liyana akan melayannya seperti ini. Tapi dia sudah tak peduli! Apa kaitannya lagi perempuan ni dalam hidupnya? Huh!

“Siapa dia ni?” lurus telunjuk itu ke arah wajah maskulin lelaki itu. Terkejut lelaki itu. Manakan tidaknya, dekat benar telunjuk minah ni dengan wajahnya, nasib baik dia sempat undurkan wajah. Kalau tidak dah lama matanya ditikam dengan kuku tajam minah ni.

Marlia senyum sinis. “Siapa lagi? Takkanlah atuk aku kut.” Penuh selamba ayat itu dilafaznya. Makin panas Liyana. Memang si Marlia ni suka mencabarnya. Matanya sarat dengan api kemarahan yang makin marak.

“Habis tu.. Mustafa macam mana?” dalam banyak-banyak perkara itu yang paling dia ingat. Yelah, kalau minah ni dah keluar dengan jantan lain, apa pula jadi dengan bekas tunangannya itu? Memang antara mereka sudah berakhir tapi perlu kah perakhirannya begini?

Setidak-tidaknya dia masih punya belas kepada lelaki itu. Dia kenal siapa Mustafa. Lelaki itu seorang pecinta yang setia. Mustahil dia yang tinggalkan Marlia, pasti minah ni yang pergi dulu. Ya ke pecinta setia? Kalau setia masakan lelaki itu boleh curang dengannya. Oh lupa, mereka bisa bertunang pun atas dasar keluarga. Cuma bezanya dia rela. Rela dalam konteks suka, tetapi bagaimana perasaan lelaki itu dia kurang pasti.

“Macam mana apa? Macam tulah.”

Mudah sungguh jawapannya.

“Kau memang melampau, Lia!”

“Apa yang aku dah buat? Aku pun ada pilihan sendirilah. Lagipun, tak nak aku bekas orang.” Ee! Sumpah memang nak kena balun minah ni. Bekas orang dia cakap? Tak sedar ke minah ni dengan apa yang dia cakapkan ketika ini? Kurang ajar betul! Lenggok bahasa dan gayanya memang sungguh biadap!

Huh!

“Kau memang tak guna! Kalau aku tahu kau akan buat macam ni kat Mustafa, aku takkan lepaskan dia untuk kaulah!”

“Opps! Kau baru tahu ke? Dah tu, pergilah kutip najis aku balik. Aku tak heran!” bulat mata Liyana.

Kurang ajar! Perempuan itu makin menjadi-jadi. Marlia yang dulu seakan sudah hilang. Dia sudah tidak nampak wanita itu sebagai teman kini. Oh! Kesiannya kau, Mustafa. Dia faham perasaan itu. Entah kenapa perasannya jadi sedih bila kenangkan lelaki itu. Kalau perempuan lain sudah pasti akan bersorak ketika ini, tetapi dia rasa sedih pula.

Mahu kembali pada lelaki itu, rasanya amatlah mustahil. Dia sudah tawar hati. Mahu cuba beri peluang dia tak mampu. Usahkan memberi, membuka hatinya pun dia belum pasti. Hatinya masih lagi tersemat utuh dari dibuka buat mana-mana lelaki. Dia belum bersedia untuk bercinta.

Mata tajam menikam pada pasangan sejoli itu. What?! Sejoli? Tolonglah.  Marlia.. Marlia. Kau ingat sedap bila dipermainkan? Tika itu, hati Liyana mula melakar janji. Janjinya cuma satu..

Dia akan pastikan Marlia akan terseksa nanti!


BISINGLAH!! Tak henti-henti telefon bimbitnya berdering. Rimas Liyana dibuatnya. Nak jadi spy pun tak senang. Deringan itu masih tiada tanda-tanda untuk senyap, lantas dicampaknya ke seat belakang. Sambung jadi spy. Teropong dilekapkan ke mata. Telinga cuba dipekakkan. Nafas ditarik dan dihembus. Ulang lagi perbuatan itu. Ingin bertenang tapi  nampaknya semua hancur dengan bunyi panggilan itu. Haih. Panas pulak dia jadinya. Cermin kereta dibuka separuh. Harapkan angin yang masuk tapi hampeh. Makin panas pula jadinya. Liyana tiada pilihan. Dijeling ke tempat duduk belakang. Tak boleh jadi ni.

            Tak jadi fokus aku dibuatnya. Keputusan diputuskan. Akhirnya, panggilan itu berjawab juga.

            “Hello.” Acuh tak acuh sahaja suaranya. Teropong masih kekal di posisinya. Mana pulak si minah ni pergi? Tadi elok-elok aje dia nampak baru keluar dari area parking tadi. Dah hilang ke mana? Parking area di Time Square ni pun satu! Tak pernah nak lengang dengan orang. Setiap hari pasti ada aje orang yang berkunjung tiba di sini.

“Kau ke mana? Puas aku call. Tak jawab-jawab!” Tak beri salam ke apa ke, dia terus kena sembur. Alah, macamlah dia bagi salam tadi.  Liyana terdiam sendiri dengan bidasan kata hatinya. Telefon itu dijarakkan dari telinga sedikit. Sakit telinga dibuatnya. Sebelum dilekapkan kembali, sempat mata menjeling ke skrin. Nampak nama Nurin terpapar di skrin.

Oh..Patutlah.

“Ada apa kau call aku ni? Aku sibuklah.” Nurin mencebik.

“Sibuklah sangat. Sibuk layan lelaki.” Liyana sengih. Macamlah rakannya itu boleh nampak dia tengah sengih.

“Tak adalah.. Hari ni..aku tak layan lelaki. Ada kerja sikit.” jujur sangat bila menjawab.

“Kau dah start kerja ke?”

“Belum.”

“Oh! Kau masuk interview ke?”

“Belum.”

“Oh! Kau sibuk study untuk diinterview?”

“Memang taklah.”

“Habis tu, apa?” marah Nurin. Semua yang dia teka, semuanya salah ni.

“Taklah..Aku tengah spy si Lia ni.” terangkat kening Nurin bila dengar si Liyana cakap. Dia salah dengar ye? Sejak bila minah ni jadi spy tak bergaji ni?

“Kau jadi spy untuk siapa?”

“Of course untuk aku. Aku nak kasi dia pengajaran sikit.”

“Ya Allah, budak ni. Kau masih berdendam ke, Yana? Bukan dulu kau yang cakap kat aku, kau tak nak berdendam dengan dia lagi? Kau jugak cakap, perkara yang lepas tu biarkanlah lepas. Tak payah nak ungkit-ungkit.” Liyana mencebik.

Itu memang kata-katanya. Tapi itu sebelum dia pulang ke sini atau dalam kata mudahnya sebelum dia nampak minah tu bercekerama dengan mamat kat café tu.

“Dia yang buat aku jadi macam ni. Kau tahu tak, dia tu tak pernah serik-serik. Aku ingatkan diaorang dah selamat nikah ke apa, rupa-rupanya dia tinggalkan si Mus tu. Ada ke patut?”

“Terus..apa motif kau buat semua ni?” Nurin langsung tak ambil pusing apa yang Liyana duk terangkan berjela-jela tadi. Dia pun sememangnya dah agak perkara macam ni akan terjadi. Dia kenal sangat siapa Marlia tu. Dari dulu lagi sebenarnya dia kenal siapa minah tu, dia pun kurang berkenan dengan dia. Sebab itulah geng mereka tak pernah kamceng dengan si Marlia tu, hanya Liyana aje yang sibuk melayan dia.

“Motif apa lagi? Kau tahukan aku ni macam mana. Pantang betul aku kalau ada orang dipermainkan ni.. Minah tu memang tak pernah nak belajar dari kesilapan.”

“Terus, apa beza antara kau dengan si Lia tu?” sekali lagi Nurin soal benda di luar jangkaan Liyana. Hih. Kawannya yang sorang ni tak pernah nak support akulah.

“Apa pulak kau nak kaitkan aku dalam hal ni?” soalnya tak puas hati.

“Kau pun apa kurangnya? Sejak dua tahun ni, dah berapa ramai lelaki yang kau mainkan? Tak sama ke apa yang buat dengan si Lia tu buat?” sudah lama sebenarnya Nurin nak pangkah perbuatan Liyana ni, tapi sahabatnya yang sorang ni tahulah macam mana gayanya. Degil! Tak pernah nak dengar cakap dia.

“Aku..aku..lain.” nafi Liyana terus.

“Apa yang lainnya?”

“Aku..aku buat ala-ala tiga temujanji macam filem tu. No hard feeling. Kami date then berpecah lepas tiga kali. Aku tak sakitkan hati sesiapa sebab lelaki tu sendiri yang datang kat aku. Bukan aku yang goda dia suruh datang dekat aku.” Nah! Hebat sungguh hujah Liyana kalau bab-bab membela diri ni.

“Tapi..cara kau tu tetap dikira sama.”

“Apa yang samanya? Aku tak nampak mana yang sama pun.” Dah mula berasap kepalanya bila Nurin terus-terusan nampak mahu membangkangnya.

“Kau nak aku terangkan satu-persatu? Okey! Kalau nak dengar sangat, aku boleh terangkan..”

“Weh! Nanti-nantilah kau call aku. Aku ada kerja. Chou dulu, babe. Love you. Kirim salam kat semua geng. Bye!” butang merah ditekan. Teropong dicari bila dia seakan nampak kelibat gadis yang memakai skirt paras lutut itu.

“Datang pun kau. Naik kematu punggung aku gara-gara tunggu kau.” Omel Liyana geram. Perbualan antaranya dan Nurin terus dilupakan sebaik sahaja terlihat susuk tubuh itu. Teropong itu pula mula bergerak selari dengan langkah yang dibawa Marlia. Setapak dua langkah itu berjalan, ada suara yang kuat memanggil.

“Cik!” laju sahaja teropong Liyana bergerak mencari suara itu.

“What?!!” bulat mata Liyana. Itu mamat yang dia jumpa kat KLIA dulu! Hampir membuntang mata Liyana. Rasa tidak percaya mereka akan bertemu lagi sekali. Bertemu kepala otak kau, Liyana! Bukannya kau jumpa dia secara empat mata pun. Mata Liyana dikecilkan. Berharap wajah lelaki yang dilihatnya ketika ini adalah tidak benar. Entah kenapa dia mengharap sangat. Sayangnya, harapannya punah di situ sahaja. Memang benar! Itu mamat KLIA. Dia tak lupa akan rupa itu walaupun perstiwa itu sudah memakan dua tahun lamanya malah ingatannya tak akan pernah lupa wajah kacak itu!

“Ini awak punya kan?” purse pink itu bertukar tangan. Kuat Liyana gengam teropong itu. Apa kaitan Marlia dengan mamat ni? Sakit pula hati Liyana bila terpandangkan senyuman gatal wanita itu. Terasa bagaikan kepalanya sudah berasap.

Tunggu masa nak meletup aje!

“Tak! Tak mungkin!” jangan cakap Marlia tengah cuba goda lelaki tu! Baru nak nafikan mulutnya dah terlopong dengan aksi di depan mata. Kejap benar pegangan Marlia di bahu lelaki itu. Liyana ketap bibir. Geramnya semakin menggunung. Tahu nak try mamat-mamat hot aje minah ni!

Bibir mencebik. Benci sungguh dia dengan lakonan Marlia itu. Pura-pura jatuh konon. Selama ni, tak pernah pulak dia tergolek dengan tumit tinggi tu. Bila jumpa mamat handsome macam tu, baru duk terketar-ketar lutut nak tersembam cium tanah.

Dasar minah hipokrit!

Dasar miang keladi! Habis segala jenis sumpah seranah Liyana kasi pada Marlia.      Peduli apa dia. hatinya tengah hangat sekarang ni. Sudahlah kereta ni pun buat hal. Tak pasal-pasal dengan tubuh-tubuhnya sekali terasa hangatnya.

Apa pasal agaknya dia rasa tak sedap duduk dengan apa yang ditontonnya sekarang ini? Nak cakap lelaki itu teman lelakinya bukan. Suami jauh sekali. Tapi, gayanya tak ubah macam lelaki di depannya ketika ini adalah hak miliknya.

Ah! Ini mesti kes dirinya yang tak sanggup melihat cekerama yang dimainkan oleh Marlia! Ya, tak silap lagi! Ini semua kerana si Marlia tak guna itu. Oh, pandang sahaja muka itu dah buat Liyana meruap-ruap sehinggakan peluh betinanya pun bisa keluar. Memang mencabar kedaraannya sahaja perempuan ni.

Ingat Liyana pertemuan mereka akan habis di situ sahaja, tapi rupanya tidak! Makin bersorak minah tu apabila dia dipimpin lelaki kacak itu sehingga ke keretanya. Siap dibukakan pintu lagi.

Apa ni?!

“Argh! Tak tahu ke yang perempuan tu berlakon aje?!” luah dengan nada geramnya. Liyana garu kepalanya yang tidak gatal. Teropong itu dibuang jauh-jauh. Rasa nak mengamuk! Argh! Kini, semua anggota tubuhnya rasa hangat.

Memuncung panjang bibir Liyana. Lagi sakit hatinya bila dia nampak lelaki itu siap berdiri di situ lagi, menunggu untuk kereta itu meninggalkan ruangan parkir tersebut. Ketap gigi Liyana dengan perbuatan yang dianggapnya ‘sweet’ itu. Special sangat ke minah ni sampai-sampai nak kena escort oleh mamat handsome macam tu?

Tak boleh jadi ni! Liyana diam sekejap. Cari idea seterusnya. Ingat! Misinya nak buat Marlia tu sengsara! Ya! Dan cara yang dia nampak hanya satu. Satu aje caranya. Liyana senyum sinis.

Ada ubi ada batas,
            Lain hari aku balas.

Hari kau dah lama berlalu, Lia. Sekarang tiba hari aku pulak untuk tengok kau sengsara! Itu azamnya! Azam yang memang takkan pernah padam selagi ianya belum terlaksana.


Next n3 : Liyana Bab 5

SUDAH BACA? HARAP KOMEN YE..  TQ. <3 

2 comments:

  1. Rupanya liyana ni ada musuh lama...adedeh...

    ReplyDelete
  2. Hadoii..la nak balas dendam nyer pasal sanggup
    Jd spy tu..hehe..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com