Pengikut Setia.. XD

Saturday, 11 April 2015

Novel Liyana Bab 05







I’M FREE!! Liyana sudah bersorak. Ini date kali terakhir antaranya dan budak nerd ni and kami akan settle off. Ah, lama sungguh dia nantikan saat-saat ini. Cakap macam sudah lama diaorang jalinkan hubungan walhal baru dua hari. Memanglah! Ini semua bala tahu tak. Entah kenapa jam macam lambat sangat berlalu bila duduk dengan mamat ni? Kuasa apa entah dia pakai.

Hari ini, penampilan Liyana lebih santai. Tak seperti selalu. Selalunya, dia akan nampak seksi dan mengancam. Hari ini hanya t-shirt dan seluar jeans aje. Gaya tak nampak macam date pun, hanya macam keluar dengan kawan pulak. Haruslah. Tak ada mood aku nak cantik-cantik depan mamat bisu ni. Bukan dapat apa-apa pun. Dijeling waktu di jam tangan. Mahu terbeliak mata. Kan dah cakap! Masa berlalu lambat sangat. Baru tiga puluh minit sedangkan dia rasa dia duduk sini dah nak dekat dua jam!

“You cantik sangat hari ni..” ucap suara itu gembira. Liyana kerut dahi. First time dia dengar lelaki itu memulakan perbicaraan antara mereka. Oh! Mungkin dia yang terlebih bisu kut. Tapi.. first time jugak dia puji aku? Amboi, Yana. Excited nampak?

Memanglah excited. Tak pernah-pernah dia kena puji oleh mamat nerd ni. Tapi..err.. jangan salah faham. Excited bukan maknanya suka atau cinta. Just rasa teruja. Itu aje. Itu cuma sekejap aje rupa-rupanya sebab mamat tu diam balik. Sambung makan. Liyana dah bosan. Tak ada social skill betul mamat ni. Nama aje graduan university Harvard, tapi gaya sumpah kolot! Langsung tak nampak gaya macam mamat berkelulusan luar negara.

Memang mamat buku dia ni. Sungguh tak boleh blah dengan dia. Susah nak cari persamaan antara mereka. Bagai langit dengan bumi! Itu frasa yang paling sesuai tapi of course dia langit dalam hal ni. Diva mana boleh duduk tempat rendah-rendah. Iya tak? Hai, apalah nasib bini kau ya? Kesian dia. Boleh pulak Liyana sibuk hal orang. Hal sendiri pun kau masih belum pasti, ini ada hati pula nak jaga tepi kain orang.

Jeling jam tangan lagi. Dia mengeluh. Lama lagi ke nak sampai jam sembilan  setengah? Akibat terlalu bosan layan perasaan, akhirnya Liyana buka mulut juga.

“Macam mana kerja hari ni?” manis benar mulut itu bertanya walhal hati dah menyumpah seranah itu dan ini. Tiada modal betul kalau nak bercakap dengan mamat nerd ni. Soalan yang dia tanya kalah bini mithali.

Sungguh…memalukan!

Tapi..apakan daya. Itu sahaja idea yang dia ada. Nak cakap pasal hal-hal dunia ni, dia mintak maaf awal-awallah. Dia bukan seorang yang peka! Jangankan hal dunia, dalam Malaysia sendiri pun dia tak berapa ambil tahu. Kalau buka surat khabar pun, dia akan belek bahagia Hiburan aje. Tak ada hati lagi nak khatam seluruh surat khabar tu. Tunggulah. Nanti tibalah masanya time dia bersungguh masa nak cari kerja nanti. Maklumlah..prepare untuk interview.

“Sibuk sikit. Maklumlah.. dah nak akhir tahun kan? Tutup akaun.” Liyana mengangguk. Gaya bagai tahu sahaja. Alah, pura-pura aje. Tak berminat dia dengan akauntan ni. Huh.

“Besar ke syarikat you handle tu?” lelaki itu senyum. Kaca matanya dibetulkan posisinya. Oh! Gaya sama aje.

“Goh Properties maksud you? Memanglah besar sebab I kerja dekat ibu pejabat dia.” Liyana diam sekejap. Goh Properties? Tak silap dia..petang tadi.. Oh ya! Itulah syarikat Goh Properties! Dia tak silap dengar ke? Lelaki itu kerja di Goh Properties?

“Awak kerja dekat Goh Properties?” lelaki itu nampak sedikit berkerut keningnya. Pasti pelik dengan keletah terlebih teruja Liyana itu.

“Kan saya dah bagitahu dulu masa kita jumpa awal-awal tu?” Liyana terpaku sekejap. Dia ada beritahu ke?

Ah! Dulu mana dia ambil peduli semua tu..

“Kalau macam tu.. you boleh tolong I tak?” bersungguh-sungguh Liyana bertanya. Masa nilah untuknya manfaatkan lelaki ini. Liyana sembunyi senyum. Tak sangka betul mamat ni ada kepentingan juga.

“Apa dia?”

Dengar respon yang baik terus aje, Liyana bersemangat nak habiskan hajatnya. Dibisikkan sesuatu dekat dengan lelaki itu. Bersungguh-sungguh dia bercerita sehingga terserlah kerutan di wajahnya. Habis aje dikhabarkan hajatnya itu, terus muka lelaki itu dipandangnya.

“Boleh tak? Bolehlah awak.. Please?” ee! Yuck! Buang tabiat! Manja habis suaranya. First time lagi sepanjang dia jalankan aktiviti temu janji tiga hari itu. Lelaki itu dah lebar senyumnya. Hati lelaki mana tak cair bila dah kena sound lembut-lembut macam tu?

“Apa yang saya dapat?”

Nerd, nerd macam ni pun berkira ke? Ingatkan macam jenis yang redha aje. Suka tolong orang. Rupa-rupanya.. hampeh! Dia tersilap nilai rupanya.

“Apa yang awak nak?”

“Kita lanjutkan date kita ni.” Nak terkeluar mata Liyana. Apa benda ni? Kalau diberi pilihan benda nilah awal-awal yang dia nak elak. Tapi, kena pulak dia dihadapkan dengan siatuasi macam ni. Nak tolak macam mustahil. Kalau tolak nanti susah dia pulak.

“Berapa kali?”

Ringan pulak mulut Liyana bertanya.

“Tiga kali!” laju lelaki itu menjawab. Zup zap.. zup zap! Macam kilat. Ni mesti dah lama pendam dalam hati ni. Kalau tak takkanlah gelojoh sampai macam tu sekali. Nasib baik aku ni jenis punya fikiran yang terbuka.

Aku faham..kau kan lelaki. Manakan bisa menolak aku yang hot ini.

Tapi.. time itulah terbitnya rasa menyesal dalam jiwanya. Menyesal jugak dia tanya berapa kali tadi.

“Macam mana?” soalnya gembira semacam. Tak pernah pulak Liyana nampak mamat ni sehappy ini.

“Okey. Deal.”

Yes!”

Rasa tak tertelan meatball dalam tekaknya. Lelaki tu buat apa tadi? Bersorak? Err.. Canggung sungguh rasanya bila seorang mamat nerd berkelakuan begitu.


SEHARIAN suntuk dia mengejar lelaki itu. Ke mana sahaja lelaki itu pergi dia akan ikut. Memang dia dah macam woman in black aje gayanya, cuma pakaian aje tak black. Kulit aku pulak memang taklah! Percaya atau tak, kesungguhan Liyana memang tak boleh disangkal lagi. Bayangkanlah dia sanggup bertapa di pejabat besar gedabak ini semata-mata nak jumpa lelaki itu. Tahu dia buat apa? Dia telah memohon jadi cleaner sementara! Oh what? Sungguh tak percaya. Dah macam desperate sangat. Haruslah sebab mamat nerd tu lambat sangat bagi maklumat. Terpaksa pulak dia buat kerja macam ni.

            Lantai itu disambung mopnya. Tapi, mata ke lain. Mana lelaki tu pergi? Tak balik-balik lagi ke dari lunch? Liyana pandang sekeliling. Alahai. Memanglah dia takkan jumpa lelaki tu kalau dia yang duk terperap dalam tandas ni. Ini semua gara-gara Encik Khalid yang bodoh tu lah. Disuruh aku bersihkan tempat kotor ni! Tapi sebenarnya tak adalah kotor mana. Bersih aje sebenarnya masa dia masuk tadi. Cuma main mop sikit-sikit, okeylah. Cantiklah balik.

            Mop di tangan ditolak dan tarik. Tolak, tarik. Malas betul Liyana nak buat kerja ni. Memang jadi tak ikhlas. Mana nak datang rasa ikhlas tu kalau usahanya macam sia-sia aje? Argh! Menyesal pulak dia buat kerja ni. Kalau tahu macam ni, baik dia berehat kat rumah ke, atau pergi shopping ke? Tak pernah-pernah lagi dia mencemar duli cuci tandas ni.

            “Ehem..” Liyana tersentak. Nampak ada satu tubuh keluar dari tandas. Liyana tak pulak perasan siapa. Ramai sangat yang masuk tadi. Alih-alih bila dah sunyi, dia ingatkan dah tak ada orang. Sebab tu dia boleh lambat-lambatkan kerja. Lagipun, lepas sorang-sorang masuk kotorkan lantai dengan tapak kasut tu.

Baru sekarang dia faham bagaimana perasaan mak cik cleaner sebelum ni. Timbul pulak rasa hormat kepada diaorang. Pili air di sinki dibuka. Bunyi air yang mengalir deras itu memaksa Liyana untuk intai siapa gerangannya. Ini tandas lelaki! So..naklah jugak tengok siapa. Kalau handsome, rasa nak sambung intailah. Kalau ada masa, nak tegurlah jugak. Kalau muka macam kelabu asap tu, memang dia akan sambung kerja balik.

Sekali intai, jantung Liyana dah berdegup kencang. Betul ke apa yang dia tengok tadi? Dia nampak lelaki tu! Intai sekali lagi. Terdengar lelaki itu bersiul sambil betulkan rambutnya. Alahai..handsomenya. Waktu tu, rasa nak gugur jantung Liyana. Tak percayanya!

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang! Yahoo!

Okey! Tenang Liyana. Sekarang..think! Apa nak buat? Mata pandang mop! Ha! Yes..mop! Ini boleh jadi senjata berharga buatnya untuk merapati lelaki itu. Jom! Kita mulakan berkerja. Ceh! Bila dah capai matlamat baru nak ada kesungguhannya. Apa nak jadi dengan kau, Liyana?

Liyana buat tak peduli aje dengan suara hati. Diteruskan kerjanya. Tubuh membongkok sambil mengemop lantai. Kira nak tunjuk dialah pekerja paling terbaiklah kat sini.

“Sorang aje ke?” sungguh tak malu. Lagi-lagi bila tanya soalan tu. Kau tak fikir ke Liyana apa yang kau tanya tu? Hairil yang terkejut dengan sapaan itu pusing belakang. Tiada siapa-siapa. Yang ada cuma dia dan Liyana.

Jadi..minah ni cakap dengan aku ke tadi?

“Enciklah..saya cakap dengan enciklah tadi.” Hairil menjeling sahaja. Soalan Liyana ditinggalkan begitu sahaja. Soalan paling bodoh! Ada pulak nak masuk tandas berteman?  Ingat dia bayi? Huh.

Liyana gigit bibir. Dia salah soalan ke? Memanglah! Bijak ke soalan kau tu? Cuba fikir balik. Liyana tepuk dahi. Kenapalah otaknya biul sangat? Dan terang-terang sini namanya tandas. Alahai. Cubaan pendekatan pertama fail!

Cubaan kedua…

“Encik sakit perut ke? Lama sangat duduk dalam tandas tadi. Ni.. saya ada minyak urut.” Ya Allah! Liyana!! Kenapa kau tanya soalan bodoh tu?! Mak kau! Tak pandai nak jaga air muka ke?

Muka Hairil dah berubah terus. Rasa berbahang dirinya bila kena tegur begitu. Belum pernah dia ditegur mana-mana gadis secara direct begitu berkaitan hal buang air ni. Liyanalah orang pertama.

Huluran Liyana dibiarkan begitu sahaja. Disudahkan apa yang patut dia sudahkan. Ditarik beberapa helai tisu. Dilap dan dibuang ke dalam tong sampah sebelum dia berlalu meninggalkan Liyana yang terkulat-kulat berdiri sambil pegang minyak urut di tangan.

“Apa ni? Jual mahal sangat!” Liyana mencebik. Minyak urut dimasukkan ke dalam poket kembali. Bukan main dia buat derk dengan aku ya? Tapi, dengan si Marlia tu, bukan main kau senyum-senyum. Kalau boleh sampai koyak bibir kau nak senyum kat dia kan? Liyana dah buntu.

Ni kalau kes macam ni, dah berat ni. Tak apa! Dia masih ada plan! Tapi, plan terakhir. Kalau cara dia masih tak jalan dengan mamat ni, dia akan ikut cara minah tu. Cara macam mana? Kita tengok!

Wait and see, ya. Baru nak sambung kerja.

“Aduh.. aduh!” perut ditekan. Argh! Dah tak tertahan dah ni. Nak kena buang sekali lagi ni gamaknya. Liyana terus berlari masuk ke dalam tandas. Tandas lelaki pun tandas lelaki lah. Apa yang penting dia lega. Perutnya sudah meradang entah berapa kali. Sungguh memenatkan.

Kerana itulah dia punya minyak urut dalam poketnya. Oh Tuhan! Beria-ria dia tanya Hairil tadi.. Mana lah tahu lelaki tu betul-betul sakit perut.

Kalau ya kenapa?

Kalau ya..itu dinamakan.. destiny!! Aduh, perut aku…


Next n3 : LIYANA BAB 06 &  07

3 comments:

  1. Hahaha..sabor jer la liyana ni sanggup tu jd tukang cuci..
    tp hairil mmg tak cam dia eh.. ;)

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.....ada2 je la Liyana ni.

    ReplyDelete
  3. Gasak la yana..tandas laki pn jdi..haha..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com