Pengikut Setia.. XD

Sunday, 12 April 2015

Novel Liyana Bab 06 & 07





NAH!” Liyana tarik sampul surat coklat itu. Akhirnya. Dapat juga dia gengam sampul surat segi empat ini dari mamat ni. Jahat jugak mamat ni sebenarnya. Dia sengaja mahu lambat-lambat bagi sampul ini padanya. Katanya, jika dia beri sampul ini sewaktu date keempat mereka, sah-sah dia tak akan dilayan lagi. Liyana sembunyi senyum. Macam tahu-tahu aje.

            Tapi, tak kisahlah. Ini pun dah date terakhir mereka. Dia pun dah dapat apa yang dia nak. Jadi, apa yang dia kisahkan lagi. Liyana dah terlebih excited. Tak sabar-sabar mahu tamatkan date ni dan pulang.

            “Apa sebenarnya yang you nak dari dia?” buat pertama kali, mereka berbicara dari hati ke hati. Paling tidak soalan paling klishe yang dia akan tanya, macam mana kerja awak hari ni?

“Kalau saya cakap pun, awak takkan faham.” Air teh panas dihirup perlahan. Dia tak mahu kongsi sebenarnya kisah silamnya. Biar hanya dia dan orang-orang yang tertentu sahaja yang tahu. Lagipun, malas untuknya nak buka aib orang. Tak manis.

Lepas memang lepas, itu katanya. Tapi, janji tetap janji. Itu pula adalah tekadnya yang tiada berkesudahan.


“TAK perlu nak pertikaikan rasa hati saya. Persoalannya sekarang, siapa dia?! Siapa perempuan tu?!" tengking Liyana terus. Mendesak si lelaki itu untuk berterus-terang. Dia dah bengang. Tambah-tambah lagi bila si Mustafa begitu liat untuk menjawab. Lagi bertambah rasa ingin tahunya.

"Apa? Mana ada perempuan dalam rumah ni." Liyana ketap bibir. Matanya membulat. Lagi nak menafikan. Dia nampak dengan siapa lelaki tu keluar dari parking lot bawah sana. Siap main peluk-peluk pinggang bagai. Ingat dia buta?

Pang!!

"Awak ingat saya bodoh?! Awak ingat saya tak tahu dia siapa? Awak ingat saya tak kenal siapa perempuan tu?!" soalan bertubi-tubi mengenai lelaki itu.

"Apa sayang cakap ni?" Liyana tarik nafas. Tak guna, dia panjangkan cerita. Tubuh lelaki itu ditolak Liyana agar menjauhi dirinya. Lantas, langkah kaki dilajukan ke hadapan, atau lebih tepat ke arah bilik si teman lelakinya.

"Hei, sayang! Sayang nak buat apa ni?" lengan Liyana cuba dicapai. Agak cemas dirinya pabila Liyana yang berura-ura ingin masuk ke dalam kamarnya.

"Lepaslah!" tengking Liyana. Kuat tangan lelaki itu ditepisnya. Bilik itu terus diserbu. Bermula dengan tandas. Ditolak kuat pintu itu. Tiada apa-apa. Gebar besar ditarik tinggi ke udara, tiada juga. Bawah katil cuba dilihat namun juga tiada. Liyana mengeluh.

"Kan dah cakap tak..." kata-kata lelaki itu tergantung bila Liyana membuka almarinya. Liyana tergamam begitu juga dengan Mustafa. Dada Liyana turun naik. Sakit hati dan sakit mata bila memandang lingerie seksi yang tersarung di tubuh wanita itu.

Beg tangan perlahan-lahan jatuh melorot di atas lantai. Begitu juga dengan tubuhnya. Terasa turut sama mahu jatuh ke lantai. Dia rasa sungguh tidak berdaya. Tanpa sedar air matanya turun jua. Merembes laju ke pipi.

"Apa salah saya pada awak? Apa salah saya?" Liyana mula mempersoalkan pada Mustafa. Rasa macam sia-sia hubungan yang mereka jalinkan sebelum ini. Sangkanya, pilihan orang tua mereka tidaklah seteruk mana. Maka dia cuba untuk mendekati Mustafa ini dengan harapan dia bisa menakluki hati lelaki itu sebelum mereka bernikah. Malangnya, ini pula yang terjadi sebaliknya.

Di kala itu, minda Liyana mula menyoal. Apa selama ini dia yang syok sendiri atau kedua-dua saling cinta mencintai?

"Yana.. Abang.. Abang.." Liyana menggeleng. Sakit bila mendengar perkataan abang itu. Kedengarannya seperti mereka adalah antara pasangan yang saling sayang menyayangi setulus hati. Namun, ternyata ianya silap.

"Saya cuba jadi yang terbaik. Saya cuba berikan apa yang saya mampu untuk awak. Saya tak faham.. Apa salah saya?" Liyana menangis teresak-esak.

"Yana.."

"Kau diam!!" tengking Liyana. dada berombak kencang apabila terpandangkan wajah itu kembali. Di saat tangan lembut Marlia menyentuh kulit lengannya, amarah Liyana ternyata sudah tidak mampu untuknya bending lagi. Sudah bagi amaran namun gadis ini tetap berdegil. Lalu dengan amukan syaitan yang meninggi, rambut Marlia ditarik sekuat hati.

"Kau memang tak guna, Lia. Aku mati-mati percayakan kau. Sanggup kau buat macam ni, kat aku! Apa dosa aku pada kau, huh? Apa dosa aku? Aku ingatkan kita...kawan." rasa bergegar jantung. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang berlaku kini.

"Aku memang kawan kau, Yana.." Liyana pantas menjeling pada Marlia. Bibirnya tersenyum sinis.

"Kawan? Kau kawan aku? Aku salah dengar ke? Kawan makan kawan? Jangan pernah kau mengaku aku kawan kau.."

"Bukan salah aku, Yana.. Tunang kau yang goda aku dulu." Liyana gelak sinis dengan air mata yang jatuh tanpa henti.

"Kalau kau betul-betul ingat aku kawan kau, kau takkan ikut apa kemahuan dia. Kau sepatutnya tolong aku. Beri nasihat, bimbing dia. Bukan kau ikut sekali. Nampaknya aku memang dah salah pilih kawan. Tak sangka selama ni, aku punya kawan yang sungguh lemah imannya." Marlia menggeleng.

"Tak! Yana, aku mintak maaf," Marlia menangis. Dia takut kehilangan kawan baiknya. Pada siapa dia mahu mengadu nanti? Dia hanya punya Liyana sebagai rakannya. Hanya Liyana yang membuat hidupnya ceria.

"Aku maafkan kau, Lia. Dari kita berkawan sampai ke akhirpun, aku akan tetap sentiasa maafkan kau, tapi lepas ni.. aku harap kau jangan pernah munculkan diri depan aku lagi sebab aku takut aku makin bencikan kau, nanti." Marlia cuba mengejar langkah Liyana. Namun, Liyana terlebih dahulu memberi amaran.

"Jangan pernah kau dekati aku. Pergilah Lia. Aku bencikan kau. Dan awak.." mata kembali memanah pada Mustafa.           

"Buat seorang lelaki yang saya cinta, nampaknya saya memang dah salah buat pilihan. Ambil cincin ni.. Batalkan pertunangan kita. Nanti saya akan bagitahu keluarga saya, yang saya mahu batalkan perkahwinan kita." Liyana pejam mata. Harap-haraplah, mama dan papa tak marah untuk batalkan perkahwinan mereka yang hanya berbaki dua minggu lagi itu.

"Aku harap kau bahagia dengan dia, Lia." pesanan terakhir ditinggalkan. Marlia menunduk. Menangis teresak-esak.

Ponn!! Pon!!

Liyana terkejut. Lampu dah hijau? Allah! Segera, pedal minyak ditekan sebelum keretanya menderum laju membelah jalan raya.

"Marlia? Huh! Aku takkan lupa saat itu. Aku pasti akan balas balik. Aku akan berikan rasa yang sama pada kau!" satu kad di dashboard kereta dijelingnya. Entah ke mana sampul surat itu dibuangnya. Hampeh punya mamat nerd. Ingatkan ada kertas apa sampai-sampai bagi dia sampul surat. Rupa-rupanya sekeping kad aje?

Tapi tak apalah. Dengan sekeping kad inipun dia sudah berpuas hati.

Hairil Azamin Bin Kamarul
26 tahun
CEO Goh Properties
AZM 7230

Liyana sembunyi senyum. Kereta bernombor plate AZM 7230 diikuti rapat.

"Hairil? My only hope.. Jom.. Kita lakarkan impian bersama." bisik suara itu. Jahat!


Bab 7


BANGUNAN Goh Properties itu dipandang Liyana. Tegap dan megah sekali bangunan itu berdiri. Liyana telan liur. Nekadkah dirinya dengan apa yang dia rancang ini? Ditenung kad nama Hairil ketika ini.

            Hairil Azamin Bin Kamarul

            Tak henti-henti nama itu meniti di bibir Liyana. Jauh di sudut hatinya, dirinya memuji-memuji sepasang nama itu. Cantik namanya. Sama cantik juga dengan orangnya. Cantik dalam konteks lelaki bermaksud kacak la. Ingatannya masih tidak dapat lupa akan wajah maskulin lelaki itu.

            Namun, tiap kali itu juga pastinya akan ada bayangan Marlia menjelma di celah ingatannya terhadap lelaki itu. Barannya semakin menjadi-jadi. Hatinya pasti bertambah sesak dan sakit tatkala mengingatinya.

Aduh! Sungguh, dia kecewa.

Ready, Liyana?” dan oleh kerana itu, Liyana nekad akan sesuatu. Dia akan pastikan Hairil jatuh di tangannya. Tidak akan dia biarkan Marlia memperolehi Hairil kali ini. Sudah banyak kali gadis itu mempermainkan hati dan perasaan lelaki.

Jadi apa bezanya dengan dirinya?

Liyana ketap bibir. itu bukan masalahnya. Apa yang menjadi titik noktah buatnya dia mahu Hairil menjadi miliknya. Dia mahu mencabar Marlia. Jangan gadis itu ingat dia ini lemah dan tidak bermaya. Kalau dia hanya ingat Liyana ini hanyalah seorang gadis yang penyabar dan lemah, dia memang silap.

Liyana yang kini sudah ada taringnya. Taring yang akan bersinar dan menutup segala lubang hina dirinya dulu. Rambut disisir rapi menggunakan jarinya. Final touch-up turut dia tidak lupakan. Berpuas hati dengan hasil solekannya, Liyana membuka pintu kereta.

Langkah kaki pertama turun mencecah bumi. Dada yang berdetak kecil ternyata semakin kencang paluannya. Tidak dihiraukan debaran itu dek azamnya yang terlalu meninggi. Walau apa-apapun yang jadi, dia akan pastikan plannya kali ini berhasil. Cermin mata hitam dikenakan. Skirt paras lutut turut dibetulkan sama.

Let the game begins..” bisik Liyana halus. Mahu meniup semangat pada dirinya sendiri. Beg tangan ditarik sebelum digayutkan ke pangkal lengan. Berlagak seperti diva, sombong dan angkuh. Tidak dilupakan juga perasan cantik. Oh! Dia memang cantik apa? Buktinya sekarang begitu ramai mata-mata yang merenung ke arahnya.

Dituju langkahnya ke arah kaunter meja di sana. Seorang gadis dengan mesra menyambut kedatangannya bersama senyuman manis.

“Hai. Boleh saya bantu?” tegur gadis kaunter itu lembut.

“Saya nak jumpa dengan CEO Goh Properties. Hairil Azamin Bin Kamarul.” Dengan megah suara itu berlabuh sambil kaca mata hitamnya ditanggalkan.

Liyana tarik nafas. Dengan ini, secara rasminya terbentuklah satu rancangan darinya. Khas untuk Marlia. Akan dia pastikan permainan ini adalah di bawah kawalannya. Namun, dalam pada masa yang sama…Liyana lupa.

Lupa bahawa lelaki itu turut diheretnya sama ke dalam kancah penderitaan kisah antara dua gadis itu. Kisah yang bisa diibaratkan seperti kisah lagenda puteri santubong dan puteri sejinjang.



LIYANA ketap bibir. Dia nak nangis! Lelaki di hadapannya ini dipandang lagi. Tapi, lelaki itu hanya buat selamba sambil matanya sibuk menelaah sesuatu pada fail di tangannya. Liyana kancing gigi.

            Ish, tak boleh jadi ni..

“Awak!! Tolonglah! Tolonglah saya. Please!!” Liyana sudah melutut dengan gayanya yang mendesak. Terdesak tahi kucing kau. Namun, dia harus menjaga air mukanya. Dia tidak mahu kisah penipuan yang direka-rekanya pada Hairil terbongkar. Maka, dia memerlukan lakonan yang mantap supaya lelaki itu percaya dengan kisahnya.

Dia ditinggalkan oleh seorang lelaki. Dan oleh kerana dia mahukan lelaki itu kembali Liyana mahukan Hairil berlakon untuknya. Dia perlukan Hairil untuk menjadi suaminya supaya lelaki itu dapat dia takluki semula. Oh, gosh! Such a clishe story. Tapi, apa yang dia peduli. Asal lelaki itu percaya dengan ceritanya.

Janji rancangannya jalan! Namun, lelaki itu tampaknya masih sama seperti yang sebelumnya. Dingin nak mampus. Memang jenis mamat ni macam ni ke? Stone cold? Memang dari luaran ketika ini dia dah nampak macam mana kerasnya batu ini.

Keletah Liyana itu bagaimanapun berjaya juga untuk menarik perhatian Hairil. Lelaki itu pandang sekeliling. PA di hadapannya sudah terangkat-angkat bahunya gara-gara tahan gelak. Tidak tertahan dengan gelagat Liyana ini.

Sunguh lucu! Namun tatkala pandangan matanya bertaut dengan mata Hairil terus mulut itu terkatup kemas sementara dia berlagak sibuk. Pura-pura menulis sesuatu di kertas. Kesempatan itu, Hairil ambil untuk pandang ke arah Liyana kembali.

“Apa kau buat ni? Dah, bangun!” arah Hairil geram.

“Kahwin dengan saya dulu. Baru saya bangun.” Ugut Liyana.

“Ikut suka kaulah. Nak baring atau nak mampus kat situ sekalipun. Apa aku peduli?” fail ditangan Hairil ditutup lekas sementara kakinya laju diarah ke kamar kerjanya. Liyana masih statik di situ. Bibir diketap kuat. Bunyi dentuman pintu bilik lelaki itu menggusarkan hatinya. Dia cuba bangun namun tak boleh.

Tidak lama kemudian..

Woi! Masuklah!” terjengul wajah Hairil. Liyana gigit bibir bawahnya. Tangannya melambai-lambai pada Hairil, agar datang kepadanya. Hairil mendengus. Kakinya mengikut juga kehendak perempuan itu.

“Apa dia?” Liyana buat hal lagi. Menambahkan derita Hairil. Tangannya menarik lengan Hairil supaya turut duduk sama bersamanya.

“Apa?” bibir Liyana dirapatkan pada telinga Hairil.

“Kaki saya kejang. Saya rasa tak boleh nak bangun. Rasa sengallah. Tolong?” Hairil memejam matanya. Oh Tuhan! Geramnya aku!

“Habis kau nak aku buat apa?” Liyana senyum dalam diam.

“Dukung saya.” Membulat mata Hairil.

“Gila kau!” marah Hairil dalam nadanya yang tertahan.

“Alah. Tolonglah. Awak tak nak saya kena malu kan?”

“Eh! Kau siapa?! Aku rela biarkan kau dekat sini dari aku menanggung malu, kau tahu tak?!” jawab Hairil geram.

“Alah, tolonglah. Ini bakal isteri awak jugak nanti,” Liyana kenyit mata. Terdiam Hairil jadinya.

“Siapa yang cakap…”

“Shhh…” rapat jari Liyana berdiri di bibir Hairil.

“Saya faham. Awak masih malu nak mengaku, kan? Tak apa. Take your time, baby. Saya akan tunggu saat itu.”

“Kau gila ke apa? Perempuan jenis apa yang tak tahu malu macam ni?!” Liyana gelak kecil.

“Alah! Tolonglah. Please, my baby boo..” Hairil mengeluh.

“Baby tengkorak kau! Kau berat tak ni?” Liyana pandang perutnya. Perutnya dikepal. “Kau buat apa pulak ni?” soal Hairil bimbang dengan tindakan spontan Liyana itu.

“Sekarang ni, saya rasa macam berat. Sebab kebelakangan ni, saya mengalami depression yang agak teruk. Jadi, saya makan agak banyaklah. Tak apa! Saya janji! Saya akan diet secukup dan sepadatnya untuk awak. Nanti tak adalah berat untuk awak dukung saya masa wedding kita, kan?” kepala Liyana ditolak Hairil sedikit.

“Bersihkan pemikiran kotor kau, tu! Baru jumpa buat macam dah kenal lama!” bebel Hairil. Liyana gelak. Memang dia sudah lama kenal lelaki itu. sudah tiga kali! Satu di KLIA, dua parking lot dan tiga di tandas! Tapi, rasanya macam lelaki itu tidak ingat satu pun pertemuan mereka secara tidak sengaja itu. Apa-apapun, Liyana rasa suka dengan bebelan itu. Nampak cute sangat! God! Wire otak aku dah putus. Sambungkan balik Liyana.

“Alah! Awak jangan banyak cakap boleh tak? Orang semua pandang kita. Cepat dukung saya. Saya tunggu ni.” Hairil geleng kepala. Tuhan, tolonglah aku! Geramnya aku dekat perempuan ni. Ada jugak aku seligi kepala budak ni nanti!

“Awak..”  halang Liyana tiba-tiba apabila tangan Hairil seakan bersedia mahu mengangkat dirinya.

“Huh? Apa?”

“Bismillah dulu. Saya berdebar. Rasa macam.. macam..” Hairil buat bodoh. Perempuan loyar buruk macam ni wujud jugak rupanya. Tanpa mempedulikan Liyana, gadis itu dicempung Hairil selamba. “rasa macam debaran malam pertamalah pulak.” Membulat mata Hairil.

“Apa kau cakap?!” kali ini suara Hairil tinggi. Semua staf pandang mereka berdua.

“Shh.. Diam! Diamlah awak. Semua pandang kita.” Hairil geleng kepala. Hih! Memanglah! Menguji kesabaran betul kalau bawak perempuan ni! Baru sehari berjumpa dah rasa berbala-bala, kalau banyak kali jumpa tak banyak bala aku terima nanti?

Hairil kendong Liyana masuk ke dalam kamar kerjanya. Sejurus sahaja pintu itu terkatup, riuh suasana department tempat Hairil berkerja. Masing-masing sibuk membuat bulatan. Bulatan gosip mak kiah free!

“Siapa pulak tu?  Boss kita bawak siapa tu? Boss, kita dah berpunya ke? Alah, jealousnya!” itu suara gadis-gadis anak dara di tempat mereka berkerja.

Lelaki pula?

“Fuyoo!! Mantap!! Cayalah boss kita! Kalau aku dapat awek 3D macam tu, fuh! Tak keluar malam, bro!” namun, gemaan riuh itu terhenti apabila pintu terkuak dari dalam. Semua orang sudah berkejar ke tempat masing-masing. Hairil pandang sekeliling. Terkebil-kebil matanya memandang staf kerjanya itu.

“Salwa, bawakkan saya secawan kopi dan satu gelas jus oren!” arah Hairil! Salwa kerut dahi.

“Jus oren? Kita mana ada jus oren..” Hairil gigit bibir.

“Entahlah. Awak carilah. Saya bagi half-day hari ni! Cari jus tu sampai dapat. Kalau boleh cepat sikit.” Hairil masuk kembali. Geram! Memang geram! Harap-harap cepatlah Salwa bawak balik jus oren supaya minah ni boleh berambus dengan kadar yang segera. Geram aku! Bala hidup kau, Hairil!

next n3 : Liyana Bab 8

3 comments:

  1. Sengal la yana nie..nak goda pn advance sgt..tak menyempat

    ReplyDelete
  2. Hahaaaaai.......poyo tak sudah.gedik mengelitis macam ulat beluncas liyana ni..hahaahhah

    ReplyDelete
  3. Liyana melamar hairil kat ofis dia..depan semua org??
    mmg gempak ar liyana ni berani giler tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com