Pengikut Setia.. XD

Tuesday, 16 June 2015

Novel Liyana Bab 19



“ADA orang kat dalam?” kening Salwa terangkat sebelah.

“Siapa?” tanpa ada riak bersalah, Salwa menyoal kembali. Masih tak mengerti apa maksud di sebalik kata-kata itu.

“Liyana ada kat dalam?” Hairil membetulkan soalannya agar kedengaran lebih jelas dan terang. Soalan itu, Salwa pantas menjawabnya dengan gelengan kecil. Sebaik sahaja bosnya itu masuk ke dalam, keluhan berat keluar dari bibirnya. Itulah! Bila ada depan mata jual mahal, sekarang bila dah tiada? Mula terkial-kial nak cari balik. Rindu cakap rindu. Aduhai. Kalau dah namanya lelaki ni. Memang susah betul nak mengaku.

“Fuhh..” entah berapa kali Hairil mengeluh hari ini. Mulutnya menguap luas. Rasa mengantuknya terasa masih bersisa. Pasti gara-gara semalam. Lenanya sungguh terganggu. Aduh. Fikirannya masih terasa seperti diasak-asak dengan kehadiran Liyana semalam. Sudah puas dia cuba membuang rasa bersalah itu, namun rasanya tetap sama.

“Perlukah aku call dia?” soalnya seiring dengan jari diketuk-ketuk atas meja sambil tangan kanan bermain dengan telefon bimbit.

“Tak payahlah! Mengarut,” entah apa yang Hairil fikirkan tadi. Lantas, bayangan Liyana yang mulai hadir dibuang jauh-jauh. Apa yang dia fikirkan tika ini terasa sungguh jauh. Apa rasa marahnya sudah hilangkah?

Hairil menggeleng! Tak! Tak mungkin semudah itu.


“BOLEH saya tahu siapa Hairil Azamin Bin Kamarul?” sepi suasana pejabat itu seketika. Masing-masing dah terkejut sakan. Lelaki yang memegang sejambak bunga di tangan ditenung semua. Tidak semena-menanya lelaki penghantar bunga itu berasa segan.

Kenapa semua pandang dia begitu? Dia ada salah sebut apa-apa ke? Atau..pakaian dia lain macam? Ditenung pakaiannya sekejap. Tak ada apa-apa yang aneh pun.

“Orang ni tak ada ke?” tanpa mempedulikan pandangan orang padanya, soalannya terus disoal kepada seorang gadis yang berada berhampiran dengannya.

“Err..awak boleh jumpa Salwa yang ada di kaunter sana.” Jawab gadis itu sopan. Tapi matanya langsung tak boleh nak lepas dari memandang jambangan bunga di tangan lelaki itu.

“Err.. Cik Salwa?” Salwa angguk terus tanpa teragak-agak. Segalanya dia dah dengar dari awal hingga akhir, cuma dia tak jawab aje sebab dia terkedu. Lagi-lagi bila tengok bunga. Bunga? Rasa janggal pun ada! Bosnya dapat bunga?

“Kenapa dengan Hairil ni, ya? Dia tak datang ke?” tanyanya tanpa teragak-agak.

“Err..dia tu bos saya.”

“Oh, ya? Maafkan saya.” Salwa senyum sahaja.

“Tak apa. Ni bunga…kalau saya wakilkan tak apa? Sebab..bos saya sibuk kat dalam sana.” Bukan sibuk pun cuma anginnya tak berapa nak baik! Itu pasallah Salwa beranikan diri nak tolong signkan untuk bosnya ini.

“Oh, boleh. Tak ada masalah.” Sekeping kertas bertukar tangan. Salwa terus turunkan tandatangannya.

“Terima kasih.” Ujar lelaki itu sebelum berlalu.

“Bunga? Red rosses?”

“Siapa yang kirimkan?”

“Wow! Peliknya!” bertubi-tubi soalan mengenai batang hidung Salwa. Salwa cuma buat bodoh sahaja. Tidak mahu masuk campur mesyuarat tingkap anak-anak kapal bosnya ini. Silap-silap hari bulan, kalau bosnya nampak bagaimana? Naya sungguh dia.

“Shh!! Diamlah! Pergi sambung kerja sana.” Arah Salwa. Gamat sekejap keadaan di sini gara-gara kehadiran bunga ini. Salwa sempat jeling jambangan bunga di tangannya. Hatinya tertanya-tanya siapakah pengirimnya?

Nak baca kad tu, dah berdosa kerana menceroboh. Tapi..hatinya seakan tahu siapa kerjanya. Perempuan sengal mana lagi kalau bukan dia? Malas nak kasi pegang bunga ni lama-lama, pintu bilik Hairil diketuk.

Ketuk sekali tak ada jawapan. Dua kali pun tak ada jawapan. Berkali-kali pun sama. Err..Sebenarnya baru tiga kali. Salwa dah tak boleh sabar lagi, tombol itu cuba dipulasnya. Bimbang juga, sebab setahunya bosnya tak adalah pulak keluar lagi dari bilik kerja tadi. Dipanjangkan lehernya ke dalam sedikit.

“Tidur?” terkebil-kebil mata Salwa pandang bosnya. Biar betul ni? Tak pernah-pernah bosnya cipta sejarah, tidur dalam pejabat. Peliknya. Demam ke? Sekarang..apa yang perlu dia lakukan? Ada dua pilihan. Nak biarkan begini sahaja atau nak kejutkan dia?

Kalau kejut apa kesannya? Sedang mindanya berkira-kira mahu membuat keputusan, tubuh Hairil sudah kelihatan tergerak-gerak sendiri. Mata ditenyeh berulang kali. Terganggu tidurnya gara-gara kehadiran suara itu. Dia memang begini. Agak peka sedikit dengan keadaan sekeliling.

“Bos?”

“Salwa? Hurm..ada apa?” suara itu kedengaran serak basah. Berkerut-kerut dahi Salwa sekejap.

“Encik Hairil tak sihat ke?”

“Huh? No. Tak adalah.”

Are you sure, Encik Hairil? Kalau tak sihat, boleh ambik EL.” Hairil hanya angguk. Tak peduli dengan keselambaan Salwa yang begitu mudah memberi cadangan buat padanya.

“Ada apa awak masuk bilik saya?”

“Oh, ya! Ini..” tak berkelip mata Hairil pandang jambangan bunga itu. Rasa berpinar sekejap matanya gara-gara warna merah itu. Maklumlah, warna merah kan punya frekuensi tinggi, kena pulak dengan matanya yang baru nak tengok dunia ni.

“Apa ni?” huluran bunga dari Salwa itu masih dia tak sambut. Terpinga-pinga pulak dia. Bangun sahaja dari tidur terus jambangan bunga itu dihulur padanya.

“Bunga.” Salwa menjawab tak berperasaan. Geram pulak Hairil yang mendengarnya.

“Tahulah. Tapi..kenapa bawak sini?”

“Kenapa bawak sini? Sebab..ini Encik Hairil punyalah.”

What?” terjerit lelaki itu. Apa kena hari ni? Dia dapat bunga? Siapa pulak yang berfikiran separuh bagi aku bunga ni? Dia ingat aku ni perempuan ke?

“Siapa yang kasi?” Salwa tarik nafas. Banyak soal pulak bosnya yang sorang ni. Ambik aje tak nak, duk soal banyak pulak.

“Mana saya tahu. Bos tengoklah sendiri.” memang menempah maut kau, Salwa! Dari mana kekuatan agaknya dia cakap macam tu? Selama ni, mulut terketar-ketar sangat kalau nak menjawab.

“Err..Saya letak kat sini, ya?” tersedar akibat ketelanjuran kata-katanya, Salwa minta diri. Sebelum dia menjadi makin celupar, baik dia blah awal-awal. Hairil hanya angguk tanpa banyak soal lagi.

Hujung jarinya bermain-main dengan bunga itu. Red roses? Hairil tergelak sendiri. Belek punya belek bunga tu, matanya akhirnya terhenti pada sekeping kad yang melekat pada celahan bunga itu. Ditarik kad itu lalu dibuka.

Sorry for everything.
Jangan marah my baby boo.
Bosanlah bila awak tak ada. I’m so lonely.
Jomlah couple, balik? Can? Can? :D
                                                                                Love you, Mr Baby Boo..
                                                                                From Liyana yang TERLALU VOGUE :p

Hairil spontan gelak. Tak jangka dia bila bukak mata dapat mesej macam ni. Bila dalam keadaan begitu barulah Hairil ingat kata-kata Salwa. EL? Hatinya tersenyum. Jaket di kepala kerusi ditarik bersama briefcase di tangan.

“Salwa..saya ambik EL hari ni.” pesannya sebelum nombor seseorang didail. Dilekapkan telefon bimbitnya kemas ke telinga.

“Hello? Liyana!” melongo habis staf-stafnya sewaktu tubuh Hairil melepasi mereka. Masing-masing tayang muka poyo bila tengok muka ceria bos mereka itu. Yang perempuan dengan muka kecewanya, yang lelaki pula sedang sibuk jungkitkan kening sesama member-member sendiri.

“Tak tahanlah tu. Kena ayat sikit dah keluar! Kan? Cayalah Cik Liyana tu! Fuh! Dahlah cantik, pandai ambik hati pulak! Best betul dapat awek macam tu!! Aku pun nak jugak!” kata sekumpulan lelaki di hujung meja sana.

“Alah..jealousnya. Bijak betul kan, Cik Liyana tu? Pandai dia ambil hati, Encik Hairil. Bestnya dia. Dahlah susah nak tackle bos kita tu. Alah!! Frustnya!! Bestnya Cik Liyana tu.. Aku nak jadi dia!” yang perempuan pulak, bercakap macam Hairil tu sorang aje lelaki yang wujud atas dunia ni.

Salwa menggeleng. Dari pejabat kang tak pasal-pasal diubah jadi stesen telivisyen pulak. Aduhai.. Kat sini tak payah nak tunggu setiap hari Ahad untuk tengok Melodi sebab hari-hari kat sini memang ada rancangan Melodi berkumandang.


LIYANA tongkat dagu. Rasa menyesal pulak sebab setuju nak tengok bola kat sini. Akibat terkejut punya pasal gara-gara lelaki tu menelefon dia, Liyana terus setuju dengan cadangan lelaki itu. Dia pulak siap pekena baju Manchaster United lagi sebab nak tarik perhatian lelaki tu punya pasal. Yelah, setahunya kelab MU kan famous, jadi haruslah dia pakai pakaian ini. Tapi, hampeh! Awal-awal lagi dirinya dah kena gelak dengan mamat tu. Dah memanglah, sebab aku pakai baju pasukan yang tak berlawan pun sekarang ni. Kau tahu Hairil tengah tengok siapa lawan sekarang ni?

Malaysia VS Thailand!

Sungguh sukar untuk dia percaya. Yelah. Lelaki berkerjaya macam Hairil kan, punya masa yang suntuk. So, sangkanya, lelaki itu akan tonton perlawanan yang berkualiti dan popular sahaja. Macam Liga Inggeris lah, lagipun memang ramai yang layan kan? Tapi, sangkaannya sungguh meleset. Huh. Nampaknya, fikirannya memang jauh benar dengan pemikiran lelaki itu. Bagaikan langit dengan bumi? Jauh lagi kut. Tapi, Liyana yakin, dia akan dekatkan jarak itu nanti.

Optimis betul kau, Liyana.

Liyana jeling Hairil dari hujung matatnya. Sayangnya, Hairil langsung tak pandang dia. Liyana mencebik. Apa ni? Langsung tak worth datang sini! Kalau macam ni, baik ajak lelaki tu pergi pantai ke? Atau..pergi bukit bintang ke? Kat sana ramai orang beromen.. Err.. Liyana terkedu. Sekejap dia senyum sendiri, otak kau memang dah tak betul Liyana.

Bukk!!

Kepala Liyana terasa dihentak sesuatu. Liyana mengaduh.

"Ouch.." perlahan-lahan, kepalanya diangkat. Nampak Hairil sedang jeling dia. Tajam!

"Apa? Sakitlah.." marah Liyana. Dah memanglah. Kepala aku dia ingat bola ke? Tahulah kalau antara perempuan dengan bola, perempuan akan kalah tapi tak boleh ke kalau tak dera aku ni?

"Kau tu! Tengok apa tadi?"

Liyana terkedu.        

"Apa? Tengok apa?" Liyana dah bengang. Apa salah dia lagi? Rasanya dia duduk diam aje. Tak kacau dia pun.

"Kaulah. Kenapa senyum sorang-sorang tadi? Kau khayal, eh? Kau khayal dengan siapa?" Liyana terkedu sekejap. Sedang proses kata-kata lelaki itu.

Nadanya nampak macam marah.. Okey.. Then.. muka dia macam.. ketat. Kenapa? Liyana berfikir. Oh! Kejap! Mukanya yang kelat tadi jadi ceria tak sudah.

"Saya tengok tu.. Muslim Ahmad. Handsome kan dia? Eh..kejap! Tapi..rasa-rasanya pemain Thailand tu lagi handsome. Badan-badan tough semua, muka pulak boleh tahan! Sedap mata memandang." Liyana sengaja mahu api-apikan lelaki itu. Dijungkitkan keningnya berulang kali, buat-buat juga seperti menggoda. Hairil tayang buku limanya tepat di mata Liyana. Liyana sudah membulat. Besarnya!

"Kau jangan macam-macam, eh.." Liyana dah tak mampu sembunyi senyum lagi. Melihat lelaki itu yang bagaikan baran semacam aje, pasti sedang hangat cemburu. Wow! Hairil dah pandai cemburu ke?

"Awak.. cemburu, eh? Ya kan? Ya kan?" Hairil buat muka. Bahunya ditolak-tolak Liyana sedikit. Semakin seronok Liyana mengusik. Bahu lelaki itu ditolak-tolak lagi dengan bahunya.

"Tak ada maknanya."

"Habis tu, muka awak macam marah."

"Memanglah. Bola sepak ni bukannya laman porno untuk kau layan." Liyana mencebik. Alah.. dia fikir ke lain lagi. Ingatkan apa yang dia fikirkan tadi dah betul. Isyh! Bilalah Hairil ni nak suka kat aku?

"Tak hadaplah porno-porno ni.. Nak buat apa kalau awak dah ada." gerutu Liyana perlahan sambil giginya mengigit-gigit straw minuman itu.

"Apa kau cakap?"

Liyana yang sedang minum air langsung tersedak. Erk! Dia dengar ke apa yang aku cakap tadi? Bukan aku cakap dalam hati je ke?

“Tak. Tak ada apa-apa..”

“Aku dengar kau cakap apa tadi. Baik kau cakap sekali lagi.” Gertak Hairil. Liyana sudah cuak. Dia tak suka bila didesak. Mukanya cemas bila Hairil pandang dia tak henti-henti.

“Apa? Dah dengar kan? Nak ulang buat apanya?” Liyana jauhkan sikit mukanya bila wajah Hairil tiba-tiba datang mendekat. Ingin ditolak terasa macam lemah sangat urat-urat tangan dia untuk bergerak.

“Kau ni.. huh. Fikiran! Biru betul.” kutuk Hairil sinis. Liyana tarik muka bila dicop sebegitu rupa. Senang-senang dia aje cakap aku otak biru. Otak manusia semuanya sama. Mana ada warna berbeza. Ish! Geram betul dengan mamat ni. Ni mesti biologi masa form 5, selalu fail. Sebab tu, dia tahu apa warna otak manusia.

“Hah! Hah!” suara riuh di sana memaksa Hairil untuk berpaling menghadap skrin.

            “Gol!!” Liyana kerut dahi. Memang macam ni ke diaorang celebrate gol? Bangun dan bersorak. Eh! Macam tak betul aje? Sekali pandang macam monyet dapat pisang sahaja lagaknya. Ini baru di kedai makan. Belum di stadium. Kalau di situ, mungkin sudah ada yang 
bukak baju gamaknya.

Ish! Seram pulak bila dia fikirkannya.

“Gol!!” bulat mata Liyana. Hairil pun sama? Hatinya dah tersenyum bila nampak lelaki itu bagaikan begitu bahagia bersorak untuk meraikan jaringan gol itu. Kali pertama dia melihat senyuman yang terlukis di bibir itu, Liyana seakan terpesona. Belum pernah dia melihat senyuman selebar itu. Cantik bercampur manis. Memang nampak dengan jelas karisma lelaki itu. Sungguh memikat.

Sekajap mata Liyana bertukar bulat. Apa sudah jadi dengan dia ni? Dia angaukan mamat ni? Eh! Kau jangan Liyana! Namun peluang yang ada tidak akan disia-siakan Liyana dengan begitu sahaja. Melihat sorakan dan sambutan yang hebat itu membuahkan idea yang bernas dalam diri Liyana.

Seronoknya mereka bersorak turut ingin Liyana ikuti sama. Wajahnya dibuat-buat ceria sambil tangan naik ke udara untuk meraikan sama gol yang dijaringkan Malaysia ketika ini.

“Yeay! Gol! Gol awak.. Gol.. Yeay..” bila taring dah muncul, mulalah idea jahat nak datang. Di kesempatan itu, tangan Hairil dengan selamba dia gengam sambil melompat-lompat bersorak girang.

Liyana sengih sehingga menampakkan sebaris giginya yang teratur. Hairil tak marah! Peluang baik ni.

“Yeay, gol..” tak cukup dengan pegang tangan, terus tubuh Hairil dia peluk. Di balik pelukan itu, kening Liyana terangkat sebelah. Kenapa suasana dah senyap balik? Mata yang terpejam dibuka perlahan-lahan. Terkebil-kebil mata orang ramai pandang ke arah dia dan Hairil.

Lantas, kepala didongakkan ke atas sedikit. Hairil ketap bibir.

“Ehem..” rambut disebak ke belakang. Dengan gaya selamba, punggungnya dilabuhkan duduknya kembali dengan mata kembali pandang pada skrin besar di depan sana. Liyana tahu pasti orang pandang mereka pelik. Orang sibuk mahu tengok bola dia ajak Hairil beromen pulak kat situ. Ah, pedulikanlah! Bukan betul-betul romen pun.

Yelah, tapi pandangan manusia tiada siapa yang tahu. Ah, lantak merekalah.

“Hah! Lagi sekali!!” tempikan suara itu mengembalikan keadaan seperti normal kembali sekaligus menarik perhatian Liyana. Liyana jeling sebelah. Mata lelaki itu begitu ralit tertumpu pada skrin. Nafas kelegaan meluncur laju dari bibirnya.

Fuh.. Nasib baik Hairil tak cakap apa-apa.


3 comments:

  1. Next bab please !!!Serius cite ni best... :)

    ReplyDelete
  2. Sambungan plez!!!! Cite ni best sngt2....dah lama tak update new chapter nii :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com