2
Tahun Kemudian..
TALIAN
sudah mati. Lantas telefon di tangan diletakkan kembali ke atas meja. Penuh
berhati-hati. Sedang mata merenung lembut peralatan alat solek atas meja,
bibirnya mengeluh kecil. Tak tertahan rasa hati, tiba-tiba ada air mata
mengalir di pipi.
Tidak mahu mutiara jernih itu
berpanjangan, dikesat pantas dengan hujung jari. Nafas ditarik bersama mata
yang memanah kemas ke figura dirinya di sebalik cermin besar ini. Ditilik
tubuhnya atas bawah.
“Hurmm…”
Bila
teringatkan kembali perbualannya bersama Tisya tadi, dia jadi sebak. Tidak
sangka bibirnya mampu mengorak kata indah begitu. Segala anganan fantasi yang
dia angankan dahulu kalanya, diceritakan pada si adik. Seolah-olah apa yang dia
angankan dulu menjadi nyata bila hati sudah berpaut pada insan yang bernama
Afiq Hakimi.
“Aku
buntu Yati. Aku dah hilang cara dah. Apa lagi aku nak buat? Masalah aku rasa
macam lagi bertambah-tambah pula.” Adu Erma. Resah gelisah sekali dirinya.
Teringatkan
akan kedatangan Norman, bapa saudaranya ke rumah tempoh hari sungguh buat
mereka sekeluarga sesak nafas. Bicara orang muda itu tampak sopan namun
sinisnya tetap ada. Tamak sangat sampai-sampai tanah yang kecik bagai mini
kebun itu pun tetap dimahunya. Tapi itu bukan masalahnya!
Apa
yang dia alami benar-benar buat dia serabut. Rumah yang mereka sekeluarga bina
atas titik peluh sendiri terasa sia-sia. Habis segala duit dilaburkan oleh
arwah ayah mereka gara-gara mahu membina sebuah rumah yang tersergam indah di
atas tanah itu.
Sejurus
memperoleh persetujuan dari Suharti, dengan senang hati arwah ayahnya membina.
Balik kerja pada sebelah petang terus berkerja ikat bata pula. Berkerja sendiri
bersama anak-anaknya. Tidak ada seorang pun ahli-ahli keluarga belah si ibunya mahu
membantu. Keluarga si ayah mereka pula tiada dek ayah mereka adalah anak
tunggal dan di waktu dirinya berumur 3 tahun, segalanya sudah berakhir buat ayah
apabila orang tua mereka sudah pergi. Dan ketika itu apa yang penting bagi
kami, cukuplah dengan adanya keluarga sendiri.
Letih
itu memang letih namun apakan daya. Mahu upah orang, mereka memang tak akan
mampu. Cukuplah duit mereka dihabiskan dengan membina rumah yang dikira
melebihi dari kemampuan mereka. Rumah baru berasaskan batu?
Itu
adalah rumah impian maknya. Tak dapat dia lupa betapa gembiranya si ibu bila
rumah itu siap sepenuhnya. Saat itu memang berbaloi mereka berhempas pulas,
mengerah keringat dalam membina rumah ini. Yang wanita pun tak jadi macam
wanita bila mereka pun turut turun padang. Tolong si ayah membina rumah. Angkat
tiang batu untuk dijadikan sebagai asas pengukuh rumah mereka kemudian angkat
bata untuk memudahkan kerja si ayah.
Ah!
Ingatan itu sungguh indah untuk dibayangkan. Meskipun keesokkan harinya mereka
mengadu sakit-sakit belakang dan sebagainya, namun perasaan indah itu tetap
ada. Berkumpul sambil bergelak ketawa ketika berkerja itu sangat menyeronokkan
apatah lagi hanya melibatkan ahli keluarga mereka sahaja.
Terasa
ukhuwah yang sedia ada, semakin kuat ikatannya. Namun…kini? Ianya bagai sudah
musnah. Rumah dibina bersama harapan terasa sepertinya punah ditelan arus.
Hanya dengan sikap kerakusan manusia, mereka yang menjadi mangsa.
Redha.
Itulah apa yang selalu Aliah pesan kepadanya. Apa-apapun yang terjadi, kita
cuma pasrah. Ikut sahaja segala arah yang Tuhan tetapkan buat kita. Berusaha
untuk ke arah yang lebih baik. Dan kerana itu.. Erma akhirnya telah buat satu
keputusan besar dalam hidupnya.
Menerima
Afiq Hakimi bukanlah kehendaknya. Hanya kerana satu masalah yang tak mampu dia
selesaikan, dia terpaksa menerima lelaki itu. Berdiri di atas garisan antara
takut dan tanggungjawab, dia akhirnya memilih tanggungjawab kerana waktu itu
hatinya seakan yakin dengan keprihatinan dan kesopanan Afiq Hakimi untuk dia
angkat sebagai suami. Hatinya yakin lelaki itu mampu membahagiakannya.
Dumm!!
Tersentak
dengan hentakan pintu yang maha kuat itu memaksa Erma untuk berpaling ke arah
suara yang sedang sakan gelak itu. Sinisnya wajah itu hanya dibalas Erma hambar. Tidak dihiraukan pandangan itu, mata Erma
hanya sempat memanah pada pelukan erat si suami pada pinggang seorang gadis
yang dia tak kenali.
“Nah!!”
gaun merah paras lutut dilempar ke katil. Erma cuma menjeling. Tidak berniat
untuk dia ambil.
“Siapa
dia?”
“Huh?”
Afiq seperti terkejut dengan soalan yang dia tak jangkakan dari bibir mungil
isterinya. Erma sudah tak kisah yang lain, apa yang jelas di matanya sekarang
ini dia perlukan jawapan! Jawapan dari lelaki itu akan siapa perempuan yang
berada di sebelah lelaki itu.
“Siapa
perempuan ni?” Afiq gelak lepas. Soalan bodoh mana isterinya tanyakan dia ni?
Huh! Macamlah Erma tak biasa nampak dirinya yang sering bertukar perempuan ini.
Erma
gigit bibir. Tak dapat dia nafikan, hatinya amat memerlukan jawapan dari lelaki
itu. Kalau tidak hatinya pasti akan gusar memikirkan akan jawapan itu. Kenapa
dengan dirinya? Sudah jatuh cintakah dia pada lelaki itu?
“Siapa
lagi? Kekasih aku lah.” Allah! Rasa sungguh perit dadanya. Bagai nak pecah
sekeping hati ini. Begitu mudah Afiq lukakan hatinya. Saban hari, pasti
suaminya akan bertukar perempuan sedangkan dia masih mampu melayani suaminya.
“Abang
nak apa lagi dari perempuan-perempuan macam ni?”
“Eh
kau…”
“Sayang…you
buat apa dengan dia ni? Jomlah masuk bilik, yang…” rengekkan itu mematikan
kata-kata Afiq. Ketapan di bibir berganti dengan manisnya senyuman lelaki itu.
Erma pejam mata. Sekelip mata si gadis ini mampu membuat suaminya tersenyum.
Dengan dia? Jangan haraplah dia mahu memberi senyuman, usahkan senyuman
bercakap dengan lembut pun lelaki itu masih tak mampu.
“Abang…”
lengan Afiq digengam Erma sambil kepalanya menggeleng. Enggan melepaskan
suaminya.
“Eh,
kau kenapa?” suara sudah naik seoktaf. Jelingan tajam lelaki itu cuba dihadapi
dengan nafas yang tenang.
“Abang..kalau
abang nak dia layan abang, tak payah. Erma ada.. Erma boleh layan abang.”
Bersungguh-sungguh Erma meyakinkan lelaki itu. Dia tidak lagi mahu suaminya
bertukar ganti perempuan saban hari kerana dia rasakan seperti dia tak ada
gunanya sebagai isteri lelaki itu.
Pelukan terlerai di pinggang gadis itu sementara Afiq sudah melangkah ke
arah Erma. Perlahan-lahan, kaki dari lantai naik ke atas katil. Erma mahu
mengundur namun paha lelaki itu sudah memerangkap dirinya. Lantas, tubuhnya
hanya mampu berbaring ke atas katil bila wajah Afiq menghampirinya. Jarak
antara mereka kini hanyalah tinggal beberapa inci.
Erma
telan liur. Apa yang mahu suaminya lakukan? Kalaupun lelaki ini mahukan dia,
takkanlah di depan gadis ini?
“Kau
boleh layan aku sekarang?” soalnya membuatkan segala bulu roma Erma naik
menegak sembilan puluh darjah.
“Err…”
tergagap-gagap Erma dibuatnya. Afiq gelak sinis. Pipi gebu Erma ditampar halus.
“Kalau
kau bagi aku free sekalipun, memang aku tak nak.” Gelak tawa gadis itu buat
Erma serba tak kena. Kata-kata Afiq begitu mengguris hatinya. Tubuh lelaki itu
yang mahu bangkit darinya ditarik kembali.
“Woi!!
Apa kau buat ni?!” marah Afiq.
“Kenapa
abang cakap Erma macam tu? Apa yang buruk sangat Erma sampai abang tak mahukan
Erma lagi?”
“Sebab
aku jijik dengan kau!” membulat mata Erma. Tidak percaya kata itu bisa terlafaz
dari bibir lelaki itu.
“Jomlah
sayang. I dah tak sabar ni..” ditarik lengan Afiq namun cepat-cepat Erma tepis
tangan gadis itu. Kurang ajar betul minah ni!
“Hey!
Kau ni kenapa? Dah orang tak suka, janganlah paksa!” bentak gadis itu.
Pangg!!
“Woi!!”
mencerlung mata Afiq menikam sepasang mata lembut milik Erma. Turun naik dada
gadis itu.
“Jangan
nak kurang ajar sangat! Dah! Siap-siap, lagi satu jam van dah nak sampai.”
Makin berapi Erma dibuatnya. Lagi-lagi, bila melihat keprihatinan Afiq terhadap
gadis itu. Main usap-usap pipi bagai.
“Tak
nak! Erma tak nak buat kerja ni lagi!!”
“Apa
kau cakap?!” kaki yang mahu melangkah keluar terus balik ke dalam kembali.
Pandangan tajam itu, Erma cuba hadapi dengan berani meskipun nyatanya tidak.
“Erma
tak nak buat benda ni lagi!”
Kepala
terus refleks dengan tindakan Afiq. Bila tangan lelaki itu mahu hinggap ke
muka, kepala Erma laju sahaja menunduk. Namun, tunggu dan tunggu, ianya tetap
juga begitu. Mata Erma perlahan-lahan naik merenung sekujur wajah suaminya.
“Jangan
nak macam-macam Erma! Kau ingat sikit, siapa yang tolong kau! Kalau bukan sebab
aku, keluarga kau dah merempat tahu tak!” belang yang baru mahu tunjuk taring
seperinya tumpul kembali. Erma jadi lemah bila perihal keluarganya
dibangkitkan. Afiq tarik senyum. Sinis sungguh senyuman itu.
“Kau
tahukan siapa aku? Jangan main-main dengan aku Erma sebab kau sendiri dah tahu
apa kesannya nanti. Jadi..kalau kau tak nak aku buat yang buruk-buruk pada
keluarga kau, baik kau teruskan aje dengan apa yang kau patut buat!”
Kaki
tak mampu menampung tubuh yang kian lemah itu. Tubuh itu akhirnya melorot jatuh
ke bawah. Kata-kata Afiq sehingga ke saat ini masih belum mampu dia buangkan
jauh-jauh.
Ya,
dia sedar. Keluarganya memang terhutang budi kepada lelaki itu. Sekarang
sebagai balasan atas segala budi baik itu dirinya dijadikan sebagai galang
gantinya. Ibarat barang dagangan atau sistem barter sahaja lagak yang sedang mereka mainkan. Ikatan perkahwinan yang mengikat ibarat hubungan dagangan antara
manusia. Subhanallah! Siapakah dia di mata suaminya?
Puas
dia tahan, akhirnya air mata itu jatuh menitis ke pipi. Menangisi nasib yang
satu itu.
Kesiannya erma... naper kejam sgt afiq nie...
ReplyDeleteSiannya..knp nsb erma jd mcm tu???
ReplyDeleteEr...kejam betul Afiq.
ReplyDeleteKasihan Erma.
Kerana terhutang budi sanggup Afiq memperdagangkan maruah isterinya sendiri.
Aduhaii...kenapa sampai jd macam ni kehidupan erma..
ReplyDeleteteruk betul la suami dia..