Pengikut Setia.. XD

Wednesday, 28 January 2015

Terbaik Bagimu Bab 6




“YA.. Saya faham! Okey, Kak Ju. Thank you.” Butang merah ditekan terus. Tubuh bersandar ke sofa bersama keluhan berat. Kepala digaru bila mindanya mengulang kembali pesanan Kak Ju tadi. Alah, malasnya!

            “Jom makan.” Panggilan Aliah, Tisya patuh. Melangkah dengan penuh malas. Terbantut segala selera dia bila mengenangkan kembali arahan itu. Alah, tak sukalah!

“Kenapa masam ni? Tak baik buat muka macam tu depan rezeki.” Tisya tarik nafas dengan soalan Aliah itu.

“Dia tengah pertimbangkan tawaran achiklah tu, mak.” Karmila mengusik. Tisya tayang muka tak puas hati. Sudu dalam mangkuk berisi tumis telur itu diangkat tinggi.

“Nak angah buat mata kau jadi macam lauk ni ke?”

“Sudah. Sudah. Hisyh. Bergaduh depan rezeki ni tak baik. Tahu tak?” dua-dua diam bila Aliah sudah mula memberi ceramah. Maklumlah, maknya ni memang stok ustazah pilihan. Berbeza benar dengan anaknya yang perangai entah apa-apa ni.

“Siapa yang call?”

“Tak baik bercakak sambil kunyah mak.” Selamba Tisya mengenakan Aliah. Karmila gelak kuat. Tak tertahan dengan wajah cemberut ibunya itu. Bulat mata Aliah bila ditegur begitu.

Okey! Itu memang salahnya.

“Alah..manusia. Biasalah.” Jawab Aliah selamba juga. Tisya sengih memanjang.

“Siapa yang call?” ulang Aliah lagi. Kali ni, memang dia berhenti dari mengunyah bila diutarakan soalan itu. Bimbang kena tembak lagi sekali. Mulut anak-anaknya boleh tahan pedas juga.

“Kak Ju..” hambar benar kalau dengar suara itu. Aliah dan Karmila menunduk. Tahu sangat dengan gerangan nama itu. Kalau tak perihal kerja, jangan harap nama itu mahu memanggil. Namun, tak semua menunduk. Ada dua makhluk yang seperti teruja bila bibir Tisya menyebut nama itu.

“Huh? Kak Ju? Dia nak apa angah?” Tisya buat muka. Adik-adiknya ni. Boleh tahan gatal jugak! Kalau si Aiman ni dia fahamlah sebab dah berumur 19, tapi si adik bongsu ni dah kenapa? Mata bersinar-sinar bagai ni?

“Sebut Kak Ju laju sangat mulut ni kenapa?” sinis Karmila bertanya.

“Biar oranglah.” Jawab Aiman geram. Menyibuk aje kakaknya yang sorang ini.

“Kan, abang? Sibuk aje.” Celah Fahmi pula, si adik bongsu.

“Yang adik beria-ria back-up abang ni kenapa? Suka jugak dengan Kak Ju?” mata Tisya tajam merenung adiknya. Umur setahun jagung dah pandai nak ada rasa cinta-cintun ni. Aku yang besar gedabak ni tak sampai-sampai lagi cinta ni. Apa nak jadi agaknya? Alahai..

“Dah tentulah akak. Kak Ju tu…barang baik punya!” amboi!! Jawapan budak-budak ni. Memang mintak penumbuk agaknya. Barang baik? Oh sungguh dia rasa nak seligi-seligi aje kepala budak ni. Biar botak! Dah tak boleh nak pacak-pacakkan lagi rambut macam tu.

“Barang baik konon. Cantik lagi kakak-kakak kauorang ni. Limited edition kut.”

“Kan..” sokong Tisya laju-laju. Tangan mereka berdua melayang tinggi ke udara. Kasi high-five paling kaw punya. Aiman dan Fahmi buat muka toya mereka.

“Limited-limited pun, tak kahwin-kahwin jugak.” sinis Aiman selamba. Giliran yang lelaki pula tarik sengih sampai telinga. Tisya dah sentap. Kahwin-kahwin ni jangan main-main. Sensitif sungguh rasanya.

“Opss.. Bukan salah achik tapi angah yang lambat.” Lagi bulat mata Tisya. Apa benda ni? Semua asyik mahu kenakan dia aje hari ni? Tak adilnya!!

“Jangan mintak lagi wang saku dengan angah.” Tisya tarik senyum sinis. Dari dia melenting tak tentu pasal, baik dia ugut adik-adik diaorang ni. Muka Aiman dan Fahmi, masing-masing berubah riak. Kan dah cakap, sebut hal duit aje terus jadi munafik adik-adiknya ini.

Munafik-munafik pun okeylah as long as telinganya tak kena ayat yang pedas-pedas tu. Menusuk ke jantung sungguh!

“Janganlah macam tu angah..” pujuk Aiman. Tak suka bila digertak begitu. Ini yang buat dia lemah ni. Aduh! Tak jantan sungguh kalau asyik mahu mengayat angahnya ini. Bila melibatkan hal wang, memang dia akan kalah. Yelah, sebagai pelajar universiti memang dia perlukan duit. Nak belajarlah sangatkan. Hihi..

“Siapa suruh doakan angah macam tu?” Tisya buat-buat tak layan dengan pujuk rayu itu. Malas dia nak bercakap dengan adik-adiknya lagi. Terguris sungguh hati nan satunya ini. Ceh!

“Ya Allah..kau temukanlah si Adam buat Hawa yang bernama Tisya Harlena Binti Alias ini secepat mungkin. Kurniakanlah jodoh yang baik-baik untuknya ya Allah. Amin.” Tercengang!

Aliah, Karmila dan Aiman. Semuanya pandang tak berkelip keletah Fahmi itu. Lagi-lagi Tisya. Rasa mahu melompat bila mendengar doa itu. Cukup dengan gayanya lagi. Tinggi betul adiknya menadah doa itu tadi.

Puas dengan bunyian cengkerik antara mereka, akhirnya mereka tertawa lepas.

“Orang seriuslah.” Jawab Fahmi geram.

“Oh My… sejak bila adik akak pandai berpuitis macam ni? Geramnya akak tengok! Meh sini Fahmi, nak kasi kiss-kiss sikit. Meh sini..” Karmila memuncung bibirnya ke arah si adik. Loya Fahmi melihat bibir itu. Wajahnya dijauhkan dari memandang bibir itu. Rasanya, baik dia makan dulu dengan laju-laju. Sebelum seleranya mati.

“Malulah tu..” Aiman juga tak mahu diam sama. Diusik si adik. Masam mencuka wajah Fahmi. Tak suka sungguh bila adik beradiknya melayan dia persis budak kecil! Dia budak matang, okey!

“Diamlah abang. Makan!”

“Hoooo…” Tisya pula ambil alih giliran mengusik. Membulat mulutnya bersama suara yang sungguh menjengkelkan di telinga Fahmi. Fahmi pandang kakak-kakak dan abangnya. Masing-masing bersungguh-sungguh mengusik.

Wajah itu sudah masam. Mencari pula wajah si ibu.


“Alalaaa.. Comelnya..”

“Ala.. Mak!!” dah tak tahan. Lagi-lagi bila Aliah turut sama mahu mengusik. Kaki membentak geram. Gamat sekejap ruang dapur mereka dengan keletah anak-anak ini. Aliah ukirkan senyum. Rasa bahagia bila dapat berkumpul bersama.

Sebut tentang hal itu tiba-tiba dirinya teringatkan arwah suaminya dan Erma. Dua-dua kini seperti sudah jauh darinya. Yang sudah pergi itu dia mengerti namun, Erma? Dia bukan mahu salahkan anak itu seratus peratus, cuma desakan hati tuanya sahaja yang terlalu kepingin mahu berjumpa si anak sulungnya itu.

Bersama Erma, dia bisa menjadi kuat begini. Banyak sungguh jasa anaknya yang sorang itu. Kalau bukan kerana Erma, sudah pasti mereka sekeluarga merempat. Kalau bukan sebab Erma, mana mungkin Tisya bisa tamatkan pengajiannya. Dan kalau bukan kerana Erma, tak mungkin dia mampu untuk melihat senyuman di bibir anak-anaknya ini. Cetusan kegembiraan yang lahir hari ini adalah melalui jasa si anaknya yang tak terhingga. Allah! Besar benar jasa anak itu.

Dia terhutang budi. Tapi, kini segalanya tampak sukar. Semenjak Erma sudah menikah, jauh benar anak itu dari sisinya. Bertanya khabar pun jarang-jarang. Bila peluang itu ada, mereka hanya bercakap mana yang perlu. Entah kenapa dia mempunyai firasat buruk mengenai perkahwinan anaknya itu.

Memikirkan akan hal itu cepat-cepat dia menggeleng. Tidak mahu memikirkan hal yang buruk-buruk tentang menantunya. Dia percayakan Afiq. Dengar kata dari Tisya tentang bagaimana romantis nya lelaki itu, bisa buat dia menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, masih ada keyakinan dalam dirinya akan bahawa anaknya itu masih bisa tersenyum bahagia hingga kini.

Harap-harapnya begitulah..

“Mak..” dua tangan bersentuhan. Terjahan di mina terhapus dengan seraut wajah manis Tisya.

“Kenapa masam tiba-tiba ni?” baru Aliah perasan, semua mata anak-anaknya memaku padanya.

“Mak pening ke?”

“Mak nak adik picitkan?”

“Nak ubat? Biar abang ambilkan.” Satu persatu anaknya bersuara. Menghulur bantuan. Aliah tarik senyum. Rasa sejuk perutnya. Bertuah sungguh dia kerana memiliki permata-permata indah ini. Sungguh menjaganya.

“Mak fikirkan apa?”  dalam tenang, Tisya menyoal. Mata gadis itu tepat ke mata Aliah. Aliah tundukkan wajah sedikit. Tidak mahu menentang mata itu, bimbang anaknya tahu apa yang dia fikirkan.

Sejak mereka berpindah, jarang sekali dia tunjukkan riak sedihnya ini. hasrat hatinya, bila mereka jejakkan kaki ke rumah baru, mestilah bersama azam yang baru. Dan azamnya hanya satu. Mahu bahagiakan anak-anaknya. Akan dia pastikan anak-anaknya sentiasa tersenyum.

Dan kerana itu, dia juga akan senyum.

“Tak ada apa-apa. Cuma..Mak baru teringat.. ubat mak dah habis.” Tisya senyum sahaja. Kalau itu dia sudah tahu. Tak perlu nak bimbang sebab dia setiap masa akan periksa tentang ubat ibunya. Gara-gara tak mahu ibunya terlupa makan ubat punya pasal. Tak bisa menegur mahupun tanya ibunya sudah makan ubat ke belum sebab ibunya tak suka. Katanya, tak suka dilayan bagai budak kecil.

Macam Fahmi. Kan? Comel sangat gaya ibunya.

“Kalau itu tak apa. Esok, Tisya tolong ambilkan. Lagipun, memang Tisya cuti esok.” Aliah mengangguk mengerti. Tanpa banyak soal suapan diteruskan. Tisya cuma memandang kosong.

Di sebalik itu, dia faham. Faham akan menungan itu.


“NAK makan?”

Geleng.

“Nak minum?”

Geleng.

“Habis..nak apa?”

Geleng.

“Nak I?” soalnya bersama senyuman gatal. Erma menjeling orang tua di sebelah. Tengok mamat ni pun dia dah nak muntah, apatah lagi nak dia.

“Hurmm.. Wanginya..” haruman tubuh Erma buat nafsu lelakinya berkocak hebat. Memandang ketatnya pakaian kerlipan berwarna merah hati yang tersarung di tubuh wanita itu bikin dia tak tertahan. Duduknya tak senang. Sekejap mengerengsot ke depan dan ke belakang.

Puas menahan nafsu sendiri, akhirnya dia merelakan akalnya dirajai nafsu. Tak fikir lagi benda lain. Apa yang dia nampak hanyalah sekujur tubuh yang sungguh menggiurkan ini. Perlahan-lahan, tangan itu merayap ke paha.

Tak sentuh pun lagi, Erma sudah beralih jauh sedikit ke seberang sana. Orang di sebelah yang asyik menghimpit dia sambil berkarouke dijadikan sebagai alasan dia beralih tempat duduk. Orang tua itu bisa gelak lagi dengan alasan rekaan Erma itu.

“Mahu yang lebih privasi?” Erma ketap bibir. Memang melampau betul! Dia bukanlah perempuan yang melayan sampai ke tempat tidur! Tugasnya sekadar di sini. Hanya di sini! Kalau bukan kerana ugutan Afiq itu, mana mungkin dia bisa ada di sini.

Mempergadaikan maruah agama dan dirinya. Rasanya sungguh perit. Terasa dirinya sungguh hina dan berdosa! Bukan kehendaknya inginkan seperti ini. Namun dia terpaksa! Terpaksa menghadapi segalanya. Tidak tahu mana lagi tempat untuk meluahkan. Yati si teman baik sudah ikut suami terbang dan menetap di Australia sana.

Apalah nasibnya.

“Hurmmm…” mata Erma membulat besar tiba-tiba. Terkejut sungguh bila matanya nampak helaian rambut yang beruban yang seperti mahu dibenamkan ke lehernya. Cemas dengan keadaan itu, pantas kaki si tua itu dihentak kuat tanpa dia sedari.

“Aduh!!” teriak orang tua itu. Erma ketap bibir.

Padan muka! Biar sedar sikit.Umur dah lanjut tapi fikiran berlagak macam orang muda. Mati tu tak nak fikir. Siap-siap batu nisan sendiri ke? Geram sungguh dia.

Namun, kalau dah namanya lelaki tetaplah lelaki. Mana pernah serik. Keengganan Erma makin membuatkan si tua makin geram. Rasa ingin terkam terus tubuh itu atas sofa ini. Sudah lama dia nantikan saat-saat ini. datang malam-malam pasti dia akan gigit jari bila si Erma ni sudah ditempah orang. Maklumlah orang cantik begini siapa tak mahu?

Makanya hari ini, dia sanggup datang awal. Semata-mata kerana mahukan gadis ini sebagai layanan. Ternyata layanannya meskipun tidaklah sehebat mana, tapi dengan kegarangan gadis itu bikin dia makin tertawan.

Baru muka ingin dibenamkan sekali lagi ke tengkuk itu, dia terkejut bila tubuh Erma tegak berdiri. Mulut gadis itu ditekup sambil kaki laju berlari keluar dari ruangan itu.

Rasa mual memaksa Erma untuk ke tandas. Ditinggalkan pelanggan tua itu. Ah pedulikanlah tentang orang tak cukup sifat itu. Fizikalnya memang sempurna tapi mental tak cukup. Geram sungguh rasanya.

Masuk sahaja dalam tandas, terus ke sinki dia tuju. Dimuntahkan segala isi perutnya. Argh! Rasa senak sungguh bila asyik muntah begini. Banyak kali dia berkumur, berharap supaya rasa mual ini bisa hilang. Tatkala wajah itu diangkat, entah kenapa kata-kata Afiq terulang lagi di kepala mindanya.

“Kau mengandung?”

Erma terpanar lagi dengan soalan itu.

“Tak mungkin..” perutnya disentuh bersama kerutan di dahi.


Takkanlah…

2 comments:

  1. Huh? Erma mengandung....??
    Erma adik beradil dgn Tisya lah ya? Hermm..

    ReplyDelete
  2. Haha..aduhai angah ni takut betul dia tak dpt kahwin,
    Mesti kena belasah dgn afiq klu dia tau erma mengandung..i

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com