Pengikut Setia.. XD

Saturday, 31 January 2015

Terbaik Bagimu Bab 7




TAMAT sahaja perbincangan ringkas antaranya dan Kak Ju, terus Tisya ambil keputusan untuk pulang. Sedarnya dari awal dia datang ke Cofee House di sini, mulutnya tak henti-henti membebel. Geram juga dengan wanita itu. tak pernah mahu hormati hari-hari bahagianya. Kalau begini gayanya baik tak payah cuti.

Cuti bagai tak cuti. Asyik berkerja aje, boleh buat dia gila! Ini yang buat dia mahu berhenti kerja. Tapi, apakan nasib.. berkerja di bawah perintah orang ini memang banyak cabarannya. Maka, terimalah dengan hati yang terbuka.

Fail di tangan dibelek seketika. Keluhan terluah lagi tapi cepat-cepat kepalanya menggeleng. Dia tak boleh mengeluh. Tak baik! Lantas, fail di tangan diletak di tepi sebelum handbrake dijatuhkan.

Sekarang dia perlu ke klinik untuk ambil ubat ibunya. Radio dipasang bagi menghiburkan suasana sekaligus mahu membuang segala lara yang bersarang di hati. Hilanglah stress, pergilah main jauh-jauh. Dia ambil cuti bukan kerana mahu stress tapi nak rehat.

Rehat? Rehat lah sangat dengan gaya macam ni. Aduhai.. kalau dia tahu Kak Ju berikan dia tugasan time cuti, baik dia tak payah cuti. Sama aje! Hih!



KEPALA mengangguk sebagai tanda terima kasih. Mereka kini saling bertukar tangan. Yang sorang menghulur surat dari doktor manakala yang satu lagi menghulur plastik ubat. Sebelum pergi, sempat ucapan terima kasih meluncur di bibir Tisya. Sebagai manusia, seharusnya kita menghormati insan sesama kita. Barulah hidup akan lebih harmoni. Cewah! Sejak bila dia jadi sopan santun bagai ni?

            Menggeleng dengan apa yang difikirkannya, matanya terhenti saat ada tubuh melintasi dirinya. Tak berkelip mata Tisya merenung tubuh itu. Tidak nampakkah dia pada dirinya ini?

            Dilupakan tentang andaian itu, kaki mula bergerak laju. Berlari-lari anak dirinya dek ingin menyaingi gerak langkah gadis itu. Akibat tidak mahu terus ketinggalan, tangan itu direntapnya. Namun tidak pula Tisya sangka akan tubuh itu yang bisa terjatuh gara-gara rentapan itu. Mulutnya ditekup.

            Menyedari akan adanya pandangan jahat orang ramai di sekelilingnya, cepat-cepat Tisya bergerak mendapatkan Erma. Bahu gadis itu ditepuk halus.

“Along okey?” bulat mata Erma tatkala pandang wajah itu. Macam mana adiknya boleh ada di sini? Jangan cakap Tisya tahu akan sebab kenapa dia bisa bertandang ke sini. Teringatkan tentang itu, wajah putih itu berubah serta merta.

Tisya kerut dahi. Perubahan mendadak pada wajah itu bikin Tisya panasaran. Apa yang tak kena pada kakaknya? Nampak gelisah semacam aje. Serba tak kena sekali. Ditilik tubuh itu dari atas hingga ke bawah. Dengan pakaian yang agak selekeh baginya ditambah dengan wajah sugul itu buat Tisya tak sedap hati.

“Along..along kenapa ni?” suara itu bertanya bimbang. Lengan yang menjadi ikatan antara mereka masih belum dilepaskan. Dicuba memandang tepat ke anak mata itu namun Erma berat sekali mahu membalasnya.

Pasti ada yang tak kena ni..

“Along buat apa kat sini?” dalam teragak-agak Tisya bertanya.

Erma membatu. Langsung tiada niat mahu membalas soalan itu.

“Along sakit ke?” soal Tisya lagi seiring dengan tangannya yang naik ke dahi gadis itu. Erma membiarkan.

“Along..along kenapa?” makin pelik Tisya dengan keletah aneh kakaknya ini. Apa kena pulak ni?

“Angah buat apa kat sini?” soalan Tisya dibiarkan sebaliknya dia mengambil alih tugas adiknya itu. Diberi soalan lain pada Tisya supaya soalan yang seakan mahu memerangkapnya tadi dapat dilupakan.

“Ambil ubat mak..” jawab Tisya sambil plastik ubat di tangan dibelek sepintas lalu. Erma terpaku sejenak. Perkataan mak itu buat hatinya jadi gundah. Pilu rasanya bila teringatkan ibunya.

“Mak sihat?” tidak tertahan dengan rasa rindu yang kian menggebu di dada. Terbayang di ruangan matanya akan wajah Aliah. Oh tuhan! Jiwanya terseksa bila terbayangkan wajah itu.

“Along..?” makin berkerut dahi Tisya. Kakaknya makin pelik. Boleh berangan pulak kat sini?

“Along nak cepat ni.. Ada hal. Angah kirimkan salam sayang along pada mak, ya?” tak menyempat! Dia mahu bertanya khabar pun tak jadi. Kenapa dengan kakaknya? Kenapa perlu tergesa-gesa?

Dipandang jejak langkah gadis itu.

“Peliknya..” kepala digaru. Memandang kelibat terakhir Erma yang sudah menghilang di balik perut lif itu. Persoalan tentang kenapa kakaknya bisa berada di sini sungguh menganggunya. Terasa tidak tenang selagi dia belum mendapat jawapan akan persoalan itu.

Tepat pada waktunya, Tisya tersenyum. Dia sudah dapat akal bagaimana mahu mendapatkan jawapan itu dari mana! Tubuh yang menghadap pintu keluar dipusing kembali. Tatkala itu juga, ada satu tubuh yang baru keluar dari kamar pemeriksaan itu. Senyuman di bibir kian lebar.

“Assalamualaikum. Cik..Boleh saya tanya sesuatu?” dirapati jururawat itu bersama ukiran senyuman manis di bibir.

“Boleh. Apa dia?”

Tisya tarik nafas.

“Boleh saya tahu sesuatu?”

“Tentang apa, ya?”

Mudah-mudahan, gadis genit ini murah hati mahu menolongnya. InsyaAllah.



PONN!! PON!!

            “Arghh..” Tisya gelak tak sudah dalam kereta. Keletah Aliah begitu mencuit hatinya, lagi-lagi bila ditambah dengan gayanya itu. Dengan tangan bagai lagi. Aduhai. Boleh kecut perut sebab suka banyak sangat.

            Usai kereta diparkir elok, kaki melangkah keluar. Keluar dari perut kereta bersama pakej senyuman senget di bibir. Muka tak puas hati Aliah dibalas dengan selamba sahaja. Beg plastik di tangan dibawa keluar.

            Pandangan mata Aliah masih belum surut. Nak marahlah tu. Tisya cuba berlagak selamba. Buat bodoh sahaja tatkala tubuhnya melintasi orang tua itu.

“Tisya!!” Tisya gelak lepas. Muka masam itu begitu menggamit hatinya. Tanpa berlengah lagi terus kaki mendekat.

“Nampak tak parang ni? Baru aje mak asah pagi tadi.” Tisya telan liur.

“Gurau sikit pun tak boleh ke?”

Aliah menggeleng.

“Tak boleh! Mak tak suka!”

“Alah..gurau pun tak boleh ke?” Aliah buat muka sinis.

“Ambil ni..” plastik ubat diberi pada Aliah. Aliah yang terpinga-pinga cuma menurut. Mengambil plastik itu tanpa banyak soal. Namun, belumpun terlerai persoalan di benaknya, si anak sudah meninggalkan dia di situ keseorangan.

            “Bertuah punya budak! Tisya!!”

Tisya berpaling ke arah suara itu.

“Apa?” bibir memuncung. Pura-pura merajuk. Aliah membalas selamba pandangan itu.

“Apa-apa? Ini apa?”

“Itu ubat maklah.”

Aliah mengeluh. “Mak nak buat kerja ni, kan.. Tolonglah bawak masuk.” Plastik di tangan dihulur kembali kepada gadis itu. Tisya membatu. Langsung tidak menunjukkan minat mahu meraih plastik itu kembali.

Sambil berpeluk tubuh, mata itu begitu ralit memandaang Aliah tak berkelip.

“Marahkan mak pulak?”

Tisya angguk. “Kenapa mak marahkan Tisya? Tisya gurau aje, tadi.” Aliah tarik nafas. Yang anaknya sensitif sangat ni kenapa?

“Yelah, kamu tu. Bergurau tak bertempat.” Lagi nak berceramah jadi terhenti bila melihat muka masam Tisya. Aliah mengeluh. Keluhan berat terbit di bibir.

“Yelah..maafkan mak.”

“Tak! Mak tak salah. Tisya yang salah. Maafkan Tisya, ya mak?” muka yang tiba-tiba bersalah itu bikin Aliah jadi hairan. Tadi, bukan main muka macam pengganas minta dia memohon maaf, sekarang ini apa pula?

“Demam?” dahi si anak disentuh belakang telapak tangannya.

Tisya menggeleng.

“Sakit apa pulak ni?” Tisya kerut dahi.

“Mak ni dah kenapa? Tisya tak sakit pun.”

“Yang kamu lain sangat ni kenapa? Period ke?” soal Aliah lagi.

“Taklah.”

“Habis tu? Kenapa dengan kamu ni? Emosi tak menentu sangat..” Tisya angkat kening sebelah. Sekejap matanya ke atas. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

Soalan Aliah dia tafsir satu persatu. Kalau ditanya pada dirinya, dia sendiri pun tak tahu kenapa dia jadi macam ni. Tapi, dia tahu ini semua berpunca dari apa.

“Jelas sangat ke?”

“Urmm..” laju Aliah mengangguk.

Kepala Tisya garu. “Mak..”

“Hurmm..” Ah, sudah! Kenapa dengan anaknya yang sorang ni? Dah jadi ulat bulu pulak ke? Melihat tangan si anak yang mula merayap ke segenap ruang lengannya buat dia jadi seram pula. Ibarat penggoda professional sahaja.

“Apa yang Tisya bagitahu mak ni…mak jangan terkejut tau.”

“Apa dia?” lengan Tisya dijatuhkan. Rimas dengan lengan itu apatah lagi dengan peluh yang sedia ada di lehernya ini. Panas! Pakai skarf sahaja pun dah panas. Kalau tudung macam mana? Untung kebunnya agak tersorok sedikit dari pandangan orang ramai. Maka, bolehlah dia buat kerja tak senonoh sikit.

“Janji tau..”

“Apa dia?” Tisya cepat-cepat larikan pinggangnya dari dicubit Aliah.

“Tangan macam ketam. Malaslah nak cakap.” Bebelan Tisya akhirnya terpaksa Aliah tamatkan dengan dirinya yang beralah. Nak buat macam mana? Dia tak punya pilihan selain beralah.

Kalau tidak dia akan kempunan pulak untuk mendengar apa yang ingin disampaikan oleh si anaknya itu. Manalah tahu kalau-kalau itu berita gembira. Untung-untung, anaknya nak bawak balik calon menantu! Hebat tu!

“Haa..macam tulah.”

“Cepatlah!!!” desak Aliah tidak sabar.

“Yelah..” Tisya sengih panjang.

“Eh! Tak payah bisik-bisiklah. Mak rimaslah. Cakap ajelah.” Tubuh Tisya selamba Aliah tolak menjauh. Dia rimas! Sudahlah gatal akibat dia tebas lalang-lalang kat sini tadi. Anaknya pun satu hal. Asyik nak menempel aje kerjanya. Duduk jauh-jauh sikit tak boleh ke? aduhai.. Dasar anak ketiak betul.

“Mana boleh mak. Rahsia ni..”

“Rahsia apa ke bendanya. Duduk dekat ceruk semak ni kamu ingat manusia mana nak duduk?”

“Isyh, mak ni. Cakaplah tu perlahanlah sikit. Mak mana tahu tak ada orang? Kut lah kalau ada orang berak ke kat sini, kalau cakap kuat-kuat tak ke naya nanti?” Aliah kancing gigi. Anaknya memang akal tradisonal sungguh. Tak maju lagi ke akal budak ni?

Hantar sekolah tinggi-tinggi tapi boleh jugak dia fikirkan benda tu. Dia ingat ni zaman 80-an? Aduhai..

“Ada ke situ pulak kamu fikir? Tak moden-moden kamu ni. Cubalah ikut peredaran masa sikit.”

“Amboi, mak.. Sindir nampak.” Giliran Aliah sengih bila Tisya menyakat. Alah, dia pun apa salahnya kalau nak berlagak berfikir secara modern. Kan?

“Mak nak dengar tak ni?” Tisya pulak yang jadi tak sabar. Tak sabar sebab nak tahu reaksi maknya bagaimana.

“Huh? Apa dia, cakaplah?” lantas, akibat malas nak bertekak Aliah merelakan sahaja perlakuan itu. Biarkanlah! Asalkan anaknya bahagia.

Ibaratnya win-win situationlah. Dia dapat tahu apa yang ingin disampaikan dan anaknya boleh lepaskan hajat nak berbisik dengannya.


Huh! Entah apa yang seronok berbisik itupun dia tak tahu.

1 comment:

  1. Gulp Erma ke klinik sbb hal dia muntah hari tu ke?
    Apa yg Tisya borak ngan mak dia eh? Hurmmmmmm....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com