“HUH? SERIUS?”
itu soalan pertama.
“Betul ke ni, angah?” itu soalan
kedua dari Fahmi.
“Jeongmal-yo? (Betul ke)” ini soalan dari
budak sesat Afrika mana sampai-sampai bercakap bahasa asing ni? Sudu di tangan
diketuk ke permukaan tangan gebu Karmila.
“Aduh!!
Argh.. sakitlah!!” marah Karmila. Tangan digosok lembut berselang seli dengan
tiupan halus ke tangannya. Jelingan tajam itu cuma dibalas Tisya selamba. Tak
takut!
“Cakap
tu elok-eloklah sikit. Ada hati nak cakap bahasa orang. Bahasa sendiri pun tak
lepas.” Bebel Tisya tak puas hati.
“Apa?
Apa salahnya belajar bahasa orang? Lagipun..best apa bahasa dia?” Karmila
mempertahankan haknya. Memang dia tak salah! Belajar bahasa asing itu kira
bagus apa. lagipun..dia minat! Itu yang penting. Thanks to my running man
and k-drama!!
Tisya
buat muka meluat.
“Sudah..
sudah! Asyik bertekak aje kamu semua ni. Yang kamu ni Karmila, bawak-bawaklah
sedar sikit yang bahasa melayu kamu masa SPM dulu C aje. Lepas tu, ada hati nak
cakap dengan mak yang sekarang kamu dah belajar bahasa asing? Dah pandai sangat
ke?” Karmila buat muka bila kena sindir begitu.
Tisya
tarik senyum. Suka dengan cara maknya mematikan pergaduhan antara mereka. Mak memang
hebat! Rasa nak high-five aje. Huhu.
“Ceritalah
angah..” desak Fahmi. Dia sudah tak sabar. Dengar khabar berita itu aje rasa
macam nak melompat aje. Tak percaya! Tapi..tak bolehlah depan ahli keluarganya.
Bisa jatuh standardnya ni.
“Haa..ceritalah.
Adik-adik nak dengar tu.” Tisya menjeling ke arah Aliah dan Aliah membalasnya
dengan sengihan panjang. Gaya orang tak bersalah.
“Ringan
betullah mulut mak ni.”
“Ringanlah.
Sebab tu mak boleh angkat bibir ni.” Tisya menggeleng dengan jawapan loyar
buruk si emak. Ni belajar dari siapa pulak jadi orang loyar buruk ni? Aduhai!
Mak oh mak.
Muka
penuh pengharapan dari adik-adiknya diperhatikan satu persatu. Aduhai. Tak
sampai hati betul. Dia sebenarnya bukan tak nak khabarkan tentang berita itu,
cuma dia belum bersedia. Berita itu pun dia sendiri tak tahu akan sejauh mana
tahap kebenarannya itu. Sebab itu dia nak rahsiakan dulu. Kalau salah, macam
mana? Tak ke naya nanti?
“Hah?
Serius, mak?”
“Wah!
Bestnya! Dapat baby! Dapat anak saudara! Wohoo!”
“Okey!
Achik dah jadi auntie.”
“Oh,
tolonglah. Achik of course dia panggil mak…” Fahmi terhenti sejenak. Kalau
along, panggil mak long. Kalau angah, panggil mak ngah. Terus, kalau achik?
“Mak
chik?” Fahmi terdiam. Apa bezanya mak chik dengan mak cik? Oh! Bezanya mungkin
pada ejaan kut.
Karmila
melayang buku lima di udara.
“Achik..”
terhenti perbuatan Karmila bila mendengar teguran itu. Fahmi sempat menjelirkan
lidah sebelum menyambung suapan yang tergendala itu akibat pengumuman mengejut
dari ibunya itu.
Tisya
pula menggeleng dengan aksi ibu. Muka tak bersalah Aliah dipandang tanpa jemu.
Mak ni..cepat sangatlah.
“Tisya..esok
kita pergi rumah along, ya?” sekali lagi muka adik-adiknya ternaik bila sebut
nama along mereka. Yang kecik itu Tisya faham kalau dengan muka terujanya, tapi
ini..yang besar ni? Yang umur bagai bapak dan mak orang ni nak buat muka macam
tu jugak kenapa?
“Jom!
Jom! Bestnya..” Karmila meluahkan rasa tak sabarnya.
“Bolehlah
angah.. Ya?” ternaik kening Tisya. Pertama kali dia mendengar satu nada yang boleh
dikatakan merayu dari bibir Aiman. Okey! Ini memang serius. Adik-adiknya memang
nampak gembira benar dengan berita hamil Erma itu.
Aduhai..
“Hurmm..”
“Yay!!”
serentak mereka bersorak riang.
“Shh..sambung
makan tu. Makan kena diam.” Aliah menegur meskipun reaksi keterujaannya tetap
terserlah melalui air muka itu. Tisya ketap bibir.
“Esok
achik teman mak pergi beli barang baby, ya.” Karmila mengangguk laju sambil
tersenyum. Sesuap nasi dilunaskan lagi ke dalam perutnya.
“Mak..apa
ni?” Tisya lekas-lekas menghalang. Hatinya terdetik sesuatu.
“Alah..beli
benda yang asas aje.” Kening Tisya bertaut menjadi satu.
“Apa
ni mak? Awal lagi, kan?”
“Biarlah.
Cucu mak.” Aliah mencebik. Sibuk pulak anaknya ini. Tadi bukan dia yang
beria-ria sangat beritahunya akan berita ini. Tengok-tengok malam ni, dia pulak
yang masam semacam. Entah apa sebabnya dia tak tahu.
Rasanya
apa yang dia buat tak salah. Mungkinlah terlalu awal, tapi apalah sangat. Dia
beli benda yang patut dibeli jugak nanti. Ah, tak apa. Tak salah!
Tisya
tak tahu lagi mahu membalas apa. Lantas, dia hanya membiarkan Aliah bercoleteh
itu dan ini. Malam itu menyaksikan Aliahlah manusia yang paling gembira. Siap
main senduk-senduk lauk masuk ke dalam pinggan anak-anaknya lagi. Sesuatu yang
jarang sangat si ibu lakukan. Di kala itu, terdetik sesuatu di hatinya yang
paling dalam.
Along..betul-betul
mengandung kan?
PAGI
itu Tisya buat keputusan. Dia mahu melawati Erma. Pedulikan tentang kedatangan
keluarganya yang mahu datang pada sebelah petang itu, karna ada sesuatu yang
ingin dia dapatkan kepastian terlebih dahulu. Rasa nak pecah dada bila
semalaman dia berfikir tentang perkara ini.
Hujung mata sempat menjeling rumah
teres itu. Pelik! Rumah yang dibelikan oleh abang ipar buat keluarganya lebih
besar dari rumah mereka berdua. Dia pun hampir pening bila memikirkan tentang
keputusan abang iparnya itu sewaktu ketika dahulu. Mungkin disebabkan faktor
ahli di dalam satu rumah itu barangkali. Yelah, along dan suami dia hanya
berdua. Bukan macam mereka yang berlima.
Sebut
pasal pening, satu hal lagi yang membuatkan dia pening. Perkara tersebut datang
melintasi ke minda lagi. Kekuatan dikumpul sebelum langkah kakinya berjaya
menjejak di halaman rumah itu.
Kenapa
aku perlu berdebar sangat ni? Hatinya berdetik. Sampai di depan pintu,
tangannya mula mengetuk permukaan kayu itu. Dua tiga kali, akhirnya pintu itu
mula terkuak dari dalam.
“Along..”
sapa Tisya gembira. Meskipun dadanya berdetak kuat tanpa sebab, namun senyuman
tetap mekar di wajah. Erma terkejut. Mukanya jadi pucat tiba-tiba.
“Angah
buat apa kat sini?” soalan drastik bikin Tisya kerut dahi. Apa kena dengan
alongnya ini? Kenapa berlainan benar perangai kakaknya. Lagak gadis itu seperti
penjenayah sahaja.
“Along..kenapa
dengan..” tak sempat soalan dia habiskan, tangannya sudah ditarik masuk ke
dalam. Tisya tak banyak cakap, cuma membiarkan tangannya ditarik Erma.
Dilabuhkan duduk atas sofa sambil mata tak lekang memandang segala keletah Erma
yang dianggapnya aneh itu.
“Kenapa
along bawak masuk kasut angah ke dalam rumah?” ini memang pelik! Apa kena ni?
Serba tak kena alongnya ini.
Erma
tarik senyum paksa.
“Angah
sihat?” Tisya mengangguk. Sekali lagi dia perasan alongnya cuba mengelak dari
menjawab soalannya. Ada apa ni?
“Along…”
tangan itu cuba Tisya raih. Erma angkat kening. Riak wajah itu masih seperti
tadi. Kekal dengan manisnya cuma ada sesuatu yang kurang pada pandangan
matanya. Riak wajah itu seperti dibuat-buat.
“Kenapa
dengan along ni? Along ada masalah ke? Masa jumpa dekat hospital pun along
macam ni.” Erma senyum.
“Ada
apa angah datang sini?” Tisya pejam mata. Nampaknya memang susah buatnya nak
korek apa yang dah jadi pada along.
“Mak
cakap dia nak datang sini..”
“Kejap!”
percakapannya terhenti. Mata turut mengekori sama ke mana Erma bergerak.
Tingkap rumah dibuka kecil. Sesuatu yang aneh! Baru Tisya perasan, rumah
kakaknya bagaikan diselubung dengan selimut! Gelap sungguh. Langsung tak macam
rumah orang kahwin. Macam rumah orang bujang yang takut bersendirian sahaja.
Dan..ada
sesuatu yang lagi pelik. Kakaknya sudah pandai main intai-intai segala. Apa
yang dah jadi ni? Dia kenal siapa Erma! Along nya tak pernah berkelakuan
seperti itu sebelum ini.
“Along..kenapa
ni?” suara Tisya terketar-ketar.
“Sini..ikut
along.” Langsung tangan Tisya ditarik Erma. Tisya yang tak sempat berbuat
apa-apa cuma ikut sekali lagi. Wajah kakaknya yang benar-benar disamun dengan
angin ketakutan bisa dirasainya.
“Duduk
sini diam-diam.” Pesanan itu berakhir di situ sahaja. Ditempatkan di balik stor
ini buat Tisya rasa segan. Tubuhnya dipeluk. Resah gelisah sekali dia di dalam
sini. Sudahlah apa yang jadi dia masih tak tahu. Bagai lembu dicucuk hidung.
Dia cuma mengikut tanpa tahu hujung pangkalnya.
“Kereta
siapa kat luar tu?” Tisya telan liur. Suara siapa tu? Garangnya!
“En..entah,”
suara Erma gagap menjawab.
Afiq
menjeling tajam pada Erma. Jauh ke dasar anak mata wanita itu. “Betul kau tak
tahu?” Erma mengangguk laju.
Afiq
berjalan ke ruang tamu sambil dibuntuti Erma.
“Nah.”
Sejurus tubuh dilabuhkan atas sofa nasi di tangan diserahkan pada Erma. Erma
sambut tanpa sebarang persoalan. Dadanya sekarang sedang mengepam laju darah
ni. Rasa berdebarnya buat akalnya mati. Sekarang, apa yang paling penting! Dia
tak boleh buat suaminya marah. Kalau tidak, habislah segala rahsianya bocor nanti.
“Kejap!”
langkah Erma ke dapur terbantut. Kepala ikut pusing ke arah suara yang
memanggil itu.
“Ada
apa, abang?” hidung Afiq bergerak atas bawah. Perlakuan itu ternyata buat Erma
resah tak sudah. Tanpa sedar, peluh renik memercik keluar di dahi.
“Bau
apa yang wangi sangat ni?” Erma cuba tarik senyum seluas mungkin.
“Bau
Ermalah.” Afiq kerut dahi. Rasa pelik di hati tak dapat dia sangkalkan lagi.
“Betul?”
Erma
angguk laju.
Afiq
mendekat tiba-tiba. Jantung Erma berdetak laju bila lelaki itu mula menghidu
bau tubuhnya. Pinggangnya ditarik rapat ke dada lelaki itu tiba-tiba. Erma yang
tidak sempat menahan akhirnya jatuh tersembam ke dalam lembah pelukan sang
suami.
Dari
rambut sampailah ke lengan baju, dihidu Afiq. Erma telan liur. Dia tahu dirinya
sekarang sudah berada di dalam mulut naga. Pasti dia akan kena sembur nanti.
Habislah. Mata terpejam rapat.
“Cakap
dengan aku..kau bawak siapa masuk dalam rumah?” dibisik begitu perlahan suara
itu. Tubuh Erma terasa seperti bergegar akibat getaran yang maha hebat itu. Apa
yang perlu dia buat? Rasa cuaknya sudah melebihi segala-galanya.
“Aku
tanya ni..” suara itu masih lembut bertanya.
“Err…Erma..
Erma..” gugup!
“Kau
bawak jantan masuk rumah?”
Erma
geleng laju.
“Habis..kau
bawak siapa masuk?”
Pinggangnya
makin rapat ditarik ke dada bidangnya. Erma cuba menolak tubuh itu dari mencium
dadanya. Sungguh dia rasa lemas diperlakukan seperti ini.
“Aku
tanya siapa yang kau bawak masuk ni!! Kenapa susah sangat nak jawab, huh?!
Pekak ke?!” Erma menjerit pabila dengan mudahnya dia ditolak jatuh ke lantai.
“Berani
kau bawak orang masuk dalam rumah..” rambutnya ditarik kuat.
“Sakit abang..” rayu Erma. Rambutnya terasa
bagai nak tercabut. Kuat sangat lelaki itu tarik sehinggakan matanya jadi
berair pula.
“Semalam
kau lari lagi dari kelab, lepas tu kau ada hati lagi nak cabar aku?! Bawak
orang masuk rumah lagi. Kau tahu kan yang aku paling pantang kalau orang luar
jejak kaki masuk ke dalam rumah aku, kan?!”
Erma
angguk. Dia tahu itu semua.
“Erma
tahu bang..Tapi, percayalah. Erma tak bawak siapa-siapa pun.”
“Tipu!!
Aku tanya baik-baik, Erma. Baik kau cakap. Kau bawak siapa?!” tengking suara
itu lantang. Erma ketap bibir. Tidak! Dia tidak akan menjawab kerana kelak dia
bimbang Tisya pula yang menjadi mangsa.
“Oh..degil
ya?”
“Adduh..
sakit, bang..” rambutnya diseret ke muka pintu. Erma menjerit kesakitan. Tangan
yang menggengam sungguh padat membuatkan dia rasa tak bermaya untuk melawan
akibat rasa sakit itu.
“Lepaskan
along..” mata Erma membulat. Tidak!
“Tisya..”
Afiq tergamam. Melihat seraut wajah adik kandung Erma itu buat dia jadi serba
tak kena.
“Dasar
jantan dayus. Ini yang abang buat kat along?” rambut itu terlepas dari
gengamannya.
“Kenapa?
Kau nak marah? Apa hak kau?! Huh?”
“Amboi..kasarnya
bahasa.” Sinis Tisya. Tak suka sungguh mendengar tengkingan itu. Bukannya dia
takut! Cuma dia rasa bingit. Tak mustahil gegendang telinganya lari sebab tak
tahan dengan frekuensi bunyi suara itu. Dahlah tak sedap!
“Sebelum
Tisya call polis baik abang keluar dulu. Walaupun abang suami tapi abang tetap
boleh didakwa atas penderaan ke atas isteri. Tak mustahil Tisya sanggup buat
macam tu.” Afiq ketap bibir. berdirinya masih teguh di situ. Tak akan dia
larikan diri. Lagi nampak dia penakut nanti!
“Kalau
abang berani berdirilah lagi kat situ. Jangan cabar Tisya abang. Abang belum
kenal siapa Tisya yang sebenarnya.”
“Abang..”
Erma diam balik bila Afiq merenungnya tajam. Kaki seluar lelaki itu digengam
Erma lembut sebelum Afiq merentap kasar kakinya dari terus melekat tangan itu.
“Siap
kau!”
Erma
menunduk. Masalah lagi datang menimpanya.

Hah! Harap Erma dan Tisya selamat. Biar Afiq terima balasan yg sepatutnya.
ReplyDeleteBEST 3X.
ReplyDelete