Pengikut Setia.. XD

Tuesday, 10 February 2015

Terbaik Bagimu Bab 10



PENUH longlai langkahnya. Apatah lagi bila dari luar sayup-sayup kedengaran suara Aliah menempik supaya anak-anaknya bersiap cepat memandangkan dirinya yang sudah sampai ini. Tisya gigit bibir. Kasihan ibunya. Nanti bila dia ceritakan kisah benar apa pulak kata Aliah? Pasti kecewa orang tua itu.

Aduhai..

“Tisya..masuk cepat. Minum-minum dulu.” Laung Aliah dari pintu utama mereka. Tisya garu kepala. Kaki melangkah berat menuju ke sana.

“Hai, angah..” Karmila menyapa. Sibuk menilik diri di balik cermin itu. Pakai tudung lilit bagai.

“Nah, air..” segelas jus oren diletakkan atas meja. Tisya cuma mengangguk sementara Aliah ke dapur kembali. Ada benda yang dia mahu siapkan. Nak sediakan lauk untuk Erma. Anaknya pasti perlukan rehat yang secukupnya. Yelah, mengandung kan perlukan rehat yang secukupnya.

Sedang dirinya menyenduk lauk itu, fikirannya seperti diganggu sesuatu. Aneh sebenarnya. Kenapa hanya Tisya sahaja yang memberitahu mereka tentang berita ini? Sepatutnya, Erma sendirilah yang memberitahunya. Tak Erma, Afiq pun jadilah. Tapi, dia tak kisah mana.

“Dah sudah?” Aiman, Fahmi dan Karmila mengangguk serentak. Masing-masing terpancar riak ceria sambil kaki mula mendekati Tisya.

“Lambat lagi ke angah?” leher Tisya diragut Fahmi. Dia dah tak sabar nak jumpa dengan along. Rindu sungguh dengan kakaknya yang sorang itu. Jarang mereka jumpa. Asyik cakap di corong telefon aje. Mana seronok. Lagipun kalau selalu bercakap tak apalah jugak, ini cuma sekali sekala sahaja.

“Kenapa tak minum air tu lagi?” Tisya tak menjawab sebaliknya matanya tertacap kemas ke arah barangan yang ada di atas sofa bersebelahannya. Banyaknya! Ini pasti barang-barang yang diborong ibunya bersama Karmila di sebelah pagi tadi.

Melihat barang-barang itu jelas di matanya akan bagaimana perasaan keluarganya terhadap kedatangan anak kecil ke rumah mereka. Tisya jadi serba salah. Mulut ingin dibuka tapi terasa terlalu berat.

“Angah..lambat lagi ke? Cepatlah..lambat sampai nanti.”

Tisya pejam mata.

Satu persatu wajah berlari di ruangan mata sebelum yang terakhir melekat di wajah Aliah. “Mak..” Aliah jungkit kening.

“Kalau kita tak pergi hari ni, boleh?” lembut Tisya bertanya. Berhati-hati dan teratur bicaranya.

“Kenapa pulak?” Aliah bertanya.

“Mana boleh!” serentak adik-adiknya menjawab juga soalan itu.

Tisya menunduk. Dia buntu untuk memberi jawapan apa. Kalau tetap dia mahu bawa keluarganya ke sana, pasti akan mengundang benda yang lebih buruk nanti. Ditambah dengan kerenah abang iparnya yang dianggapnya pelik itu.

“Kenapa ni? Hurmm..” tangan Tisya diramas-ramas Aliah. Terbit pula rasa bimbang dalam dirinya takala melihat keadaan Tisya yang lemah ini. Tak sihat ke?

“Penat?” Tisya menggeleng.

“Habis tu?”

Tisya diam kembali. Mulutnya benar-benar terkunci dari menjawab persoalan itu. Bagaimana lagi untuk dia jawab soalan itu? Dia sendiri tak punya idea akan bagaimana mahu menjelaskan segala-galanya.

“Hari ni..kita tak payah pergilah mak. Tak ada apa-apa pun,”

“Apa kamu cakap ni? Tak ada apa-apa?” Tisya gigit bibir. Apa benda dia cakap tadi? Aduh! Kenapa boleh cakap macam tu kat mak? Dah tahu Aliah ni macam mana. Aduhai.

“Err..bukan macam tu, mak.”

“Habis?!” sengaja Aliah menggertak anaknya. Dia tahu Tisya tak berani nak menipu dalam keadaan begini.

“Kenapa dengan angah? Lain semacam aje..Ada yang tak kena ke?” Karmila mencelah. Memang itu yang dia nampak dari pandangan mata kasarnya. Kelibat Tisya seakan ada sesuatu yang ingin gadis itu sorokkan.

“Agaklah. Aiman nampak jugak.” Aiman menyokong kata Karmila. Pandangan mereka berempat benar-benar tertumpu pada si kakak. Riak Tisya dengan gaya tangannya yang bergumpal sesama sendiri benar-benar meyakinkan mereka akan angahnya memang sedang sorok sesuatu.

“Apa angah ni? Fahmi nak tengok along lah.” Fahmi membentak geram. Dia dah siap handsome-handsome macam ni, takkan tak jadi kut? Penat-penat dia berlari balik dari sekolah tadi semata-mata nak menghitung masa untuk tiba di rumah along mereka. Last-last, angah buat hal macam ni. oh! Memang dia tak dapat terima. Sampai hati sungguh angah buat dia macam ni.

Rasa nak merajuk aje empat belas hari empat belas malam campur dua bulan. Erk! Apa yang dia merapu ni?

“Yelah angah..Tengok adik-adik kamu. Kesian diaorang. Kita pergi kejap aje, ya? Mak janji..tak lama.” Tisya ketap bibir. Ini bukan masalah lama tak lama. Cuma..keadaan tak mengizinkan.

“Bukan macam tu, mak..Cuma..”

“Yang angah nak bagi alasan banyak sangat ni, kenapa? Saja tau..”

“Abang..” Aiman tarik muncung. Bila nak start naik suara aje, mak dah tegur awal-awal.

“Entah angah ni..yang cuak semacam tu kenapa? Takut gila nampak. Macam dah tipu orang aje.” Bebel Fahmi sambil tubuhnya dihempas kasar ke sofa bersama muncung di bibir. Tak puas hati betul.

“Kejap! Takkanlah, angah..”

Mata Karmila bulat pandang Tisya. Aliah yang melihat terpinga-pinga jadinya. Apa yang dimaksudkan dengan takkanlah Karmila tu? Haih. Bingung sungguh dia dengan bahasa orang muda ini.

Tisya gigit bibir. Mampus aku!


MASAM wajah sorang-sorang. Tak ada senyuman terpalit di bibir. Masing-masing lebih selesa mendiamkan diri. Sudah gaya duduk dalam perputakaan aje. Suasana yang selama ini tidak ubah seperti pasaraya jual ikan kini jadi macam tempat perkuburan. Tisya ketap bibir. tak cukup dengan itu, dia telan liur lagi.

Kenapa seram sangat dia rasakan bila tengok wajah-wajah mereka ni?

“Makan..” mangkuk nasi diletak atas meja. Tisya cuma membiarkan adik-adiknya terlebih dahulu ambik nasi sementara matanya mengikuti setiap gerak langkah Aliah.

“Mak..”

“Hmm..” gumam Aliah kecil. Gayanya tenang tapi di pandangan Tisya ianya macam mogok! Nampak macam mak seperti menjauh darinya. Alah, tak sukalah macam tu.

“Mak marah ke?”

“Sangat!” Aiman sampuk.

“Sangat!” Fahmi turut sekali menyampuk.

“Marah..” dan tidak tinggal Karmila untuk menyambung perkataan mereka bertiga itu untuk menjadi satu ayat.

“Angah tak tanya kauorang lah.” Fahmi menjelir lidahnya.

“Mak marah ke?” Aliah mengeluh bila soalan itu diutarakan lagi kepadanya. Dia mahu menjawab apa sebenarnya dia sendiri pun masih bingung. Berita yang disampaikan Tisya itu sungguh tak mampu dia sangkal, buat dia rasa sungguh gembira dan teruja.

Yelah, bakal menjadi nenek siapa yang tak suka bukan? Lagi-lagi, bila mengenangkan akan dirinya yang sanggup bersusah payah turun ke hypermarket membeli barangan bayi itu semua. Ah, nampak sangat seperti dia mahukan cucu.

Tapi..apa yang Tisya jelaskan padanya tidaklah buat dia marah. Mungkin ada sedikit rasa itu cuma tidaklah melampau karna jika dia di tempat Tisya pasti dia juga memikirkan tentang yang sama. Pergi hospital untuk buat test air kencing bagai, memang buat kita curiga.

“Mak?”

“Ya?” mata Aliah terhenti pada figura anaknya. Terkebil-kebil dia memandang Tisya. Maklumlah baru sedar akan apa yang berlaku depan mata.

“Mak marah, eh?”

Aliah sempat tarik nafas terlebih dahulu sebelum bersuara. “Mak tak marah sangat.. Cuma adalah rasa terkilan sikit..”

“Ni mesti mak terkilan sebab nak cucu. Kan?” Aliah tak mengangguk, dan tak juga menggeleng dengan andaian Aiman. Bimbang jika dia menjawab lagi buat Tisya rasa serba salah.

“Apa susah..suruhlah angah kahwin cepat-cepat. Lepas tu dapatlah anak.” Karmila gelak dengan cadangan selamba Fahmi itu. Sudahlah gelaknya kuat sempat lagi dia menyinis kakaknya itu.

Sambil gelak sambil pandang Tisya. Tak ke kurang ajar tu namanya? Saja nak kenakan dia. Nak kena sungguh achik ni! Sudu di tangan mahu diketuk ke permukaan licin kulit lengan Karmila itu. Malangnya Karmila lebih pantas. Tangannya dilarikan segera sebelum menjadi mangsa kepada angahnya itu.

Angah dah bertukar menjadi Maleficient.. Huhu. Kejam yang amat. Tapi, dia tahu kejam-kejam pun penyayang orangnya. Hihi.

“Sedap kutuk angah, ye?”

“Adik..” Fahmi angkat muka dari menyuap nasi ke dalam mulut bila Karmila memanggil. Soalan dari Tisya dibuat tak peduli olehnya.

“Daripada adik suruh angah kahwin, baik adik tolong achik adjust dengan mak supaya kahwin dulu. Nanti dapat anak saudara cepat sikit.” Fahmi kerut dahi.

“Kenapa dengan angah sekalipun? Kenapa achik cakap achik boleh bagi anak saudara cepat dari angah? Angah tak boleh mengandung ke?”

“Haih!” Tisya geram. Sehabis kuat dia ketap bibir. Tangan pun dah melayang ke udara. Cakap aku lambat mengandung? Huh!

“Bukan..angah ni lambat lagi nak kahwin sebab tak ada calon. Lainlah kalau achik..achik dah ada calon.” Bibir dah menyimpul senyum bila nampak muka Tisya yang sedang berasap itu.

“Achik!!” Karmila gelak kuat. Suka mengusik Tisya meskipun terkadang dia memang memaksudkan akan apa yang dia katakan. Berharap benar suatu hari nanti angah dan mak akan bersetuju dengan cadangannya. Dia tak boleh lama menunggu! Bimbang sang pujaan hati mula bosan. Alahai.. susahnya!

Tapi..dia juga rasa berat kalau mahu langkah bendul. Lagipun..dia faham perasaan angahnya. Pasti sedih kalau adik yang berkahwin dulu. Nasiblah mereka tak punya saudara mara, kalau tidak makin naya kakaknya kena bahan nanti sebab kahwin lambat.

Jangan ada yang menggelar angahnya andartu sudah! Kalau ada memang dia cili-cili mulut tu!

“Sudah-sudahlah tu.. Jangan nak diusik lagi angah tu.” bicara Aliah lemah. Semua usikan tadi jadi mati tiba-tiba. Tak ada hati nak mencelah lagi. Akhirnya, dia terdiam. Tisya ketap bibir.

Kenapa dia rasakan macam Aliah tawar hati dengannya?



“MAK..” Aliah terkejut. Sejak bila Tisya boleh ada di sini? Lantas, tubuhnya dikeraskan menghadap singki. Langsung tak pandang Tisya.

            Tisya gigit bibir bawahnya. Macam lah dia tak nampak apa maknya buat di situ. Dia nampak tangan itu menyeka di hujung mata wajah itu. Lantas tubuh itu dia datang mendekat.

            “Ada apa?” Aliah bertanya. Sekadar mahu mengelak dari bertembung empat mata dengan anaknya. Bimbang rahsianya tika ini bocor pula.

“Pinggan tu..biar Tisya yang basuh.” Huluran bantuan diberi. Namun, Aliah menolak tangan itu.

“Tak apa. Mak boleh buat.”

“Tak apalah, mak. Tadi mak dah masak. Biar Tisya yang basuh. Lagipun..sikit aje ni.” tangan Aliah dibalas dengan tolakan kecil. Aliah tak membantah, cuma menurut. Langkah kaki diatur ke meja makan di belakang sana bersebelahan dengan peti ais, setelah tangannya dicuci.

“Along apa khabar?” Tisya yang membasuh cuma tersenyum kecil. Setidak-tidaknya mak masih mahu membuka bicara dengannya. Tak adalah marah sangat dia nampak. Harap-harapnya lah.

“Okey aje, mak.”

“Kamu cakap dia ke hospital…sakit apa pulak kalau bukan mengandung?” terhenti sekejap tangannya dari menyental pinggan mangkuk itu. Bibir bawah digigit. Apa dia mahu jawab dengan mak ni?

“Entah..sakit biasa-biasa aje dia cakap, mak. Dia cuma pening-pening macam tu.” Aliah cuma mengangguk.

“Dia ada kena morning-sickness tak?”

“Entah.. adalah kut.” Dengan beraninya Tisya buat andaian lagi. Yelah, mungkin ada morning sickness lah kut sebab tu Erma bisa datang ke hospital semata-mata mahu periksa keadaan dirinya itu.

“Dia period?”

Tisya bungkam sekejap. Namun, tak lama lepas itu kepalanya menggeleng. Sekali lagi, Tisya! Oh my..

“Afiq…macam mana dengan Afiq? Tak ada apa-apa jadi kat abang ipar kamu tu ke?” Tisya tarik nafas. Pinggan terakhir diletak ke dalam rak sambil tangannya merenjis kasar sisa-sisa air yang melekat di tangan. Kain di tepi dinding dilap ke tangan.

“Mak..kan Tisya dah cakap dengan mak.” Tangan Aliah Tisya capai lalu dilandaskan kucupan hangat di situ.

“Betul ke dia tak mengandung, angah?” Tisya pejam mata. Tangan itu makin erat dia gengam. Ya Allah, mak.. Dia boleh rasakan ibunya seakan berharap benar akan berita itu bakal menjadi kenyataan.

“Mak..Tisya dah cakap, kan? Tolonglah, mak..” mata pandang ke mata itu. Berharap apa yang dia mahu luahkan bisa difahami ibunya.

“Yelah..” Aliah menjawab lemah.

“Mak..” terpaksa Tisya seru nama itu supaya mata itu bisa pandang tepat ke arahnya.

“Hmm?”

“Maafkan angah..” tangan itu disalami. Lama dahinya mencium tangan itu. Mata terpejam rapat.

“Mak tak salahkan angah pun..”

“Tapi, semua ni berpunca dari angah. Kalau angah tak buat cerita ni, tentu semua ni tak akan jadi macam ni..” meleret suara itu memohon keampunan.

“Tak apalah angah. Mak faham. Mak tak marah. Sungguh.”

“Serius mak?”

“Ya..” Aliah menjawab ikhlas.

“Sungguh?” tanya Tisya lagi. Masih belum berpuas hati dengan jawapan dari Aliah itu. Macam dalam mimpi pun ada.

Aliah mengangguk.

“Cuma..” laju Tisya angkat muka menentang pandangan tua itu.

“Cuma mak rasa terkilan sikit..” Tisya mengeluh kecil. Seperti yang dia sendiri jangkakan. Nampak sangat Aliah begitu mengharapkan benda itu bisa terjadi. Ya Allah.. Terasa sungguh berdosa bila buat orang berharap begini.

“Tapi..mak tak kisah pun. Ada atau tak, itu kan dikira sebagai rezeki. Rezeki ini mana bisa kita mampu jangkakan ianya bagaimana. Tak apa. Mak masih mampu bersabar dan menunggu. Asalkan along kamu bahagia cukuplah.”

Kebahagiaan dalam penderitaan. Ayat itu tiba-tiba melintasi pemikirannya. Melihat apa yang terbentang di mata akan peristiwa pagi tadi timbul lagi perasaan curiga di dadanya. Persoalan tentang benarkah along berbahagia di samping Afiq itu?

“Along bahagia kan?” kening terjungkit tatkala terasa seperti tangannya bersentuhan lembut dengan tangan Aliah. Dipandang muka itu dalam-dalam. Aliah masih menanti akan jawapan dari Tisya.

Serba salah Tisya dibuatnya. Jawapan apakah yang perlu dia berikan karna sekarang inipun dia sendiri tak pasti apakah sebenarnya keadaan Erma. Baru pagi tadi rasanya dia yakin kakaknya itu bahagia tapi entah kenapa di malam hari semua perasaan tenang itu berkocak hebat kembali.

Hati mula bertanya benarkah segala luahan si along atau ianya hanyalah sebagai pemanis bicara di bibir?

Lantas, tak mahu Aliah lama menanti akan jawapannya, Tisya mengangguk jua. Tetap menyatakan bahawa Afiq itu merupakan lelaki yang paling baik di dunia ini. Sebaik-baik manusia untuk dijadikan stok imam.

Aliah menghela nafas kelegaan. Dia pasti suatu hari nanti pasti akan dimakbulkan Tuhan juga akan doanya itu. Berkat kesabarannya ini dia pasti akan ada suatu hikmah yang tidak terhingga akan datang menyinari kehidupan mereka sekeluarga.


InsyaAllah..
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com