Pengikut Setia.. XD

Wednesday, 11 February 2015

Terbaik Bagimu Bab 11



“AWAL kau datang hari ni?” tegur Nisaa saat mata memanah pada Tisya yang bergegas datang ke ruangan tempat mereka. Kerusi ditarik sebelum dilabuhkan punggung di situ. Masih tidak menjawab soalan rakannya, leher Tisya memanjang ke segenap ruang pejabat mereka. Tak cukup dengan itu, jam tangan dibelek lagi sekali.
    
        Senyuman terukir indah di bibir. Awal lagi! Yes. Senang hati sungguh bila hari ini dia bisa tepati janji dengan Kak Jue. Pasti dah tak kena marah dan harapnya Kak Jue tidak lagi bermasam muka dengannya. Yelah, teruk semalam dia kena marah gara-gara masuk lambat.

            Apa-apapun kerja tetap kerja. Nampak macam banyak aje kerjanya hari ni dek prestasi kerjanya sejak dua tiga hari ni agak menurun akibat masalah keluarga yang melanda. Aduhai.

            “Pagi Kak Jue.” Teguran seseorang yang tak jauh dari Tisya, memaksa Tisya angkat muka. Tak salah lagi. Kak Jue sudah datang. Sengihan di bibir mati tatkala pandangan mereka bertaut. Tisya mendiam diri. Tak mahu bercakap walaupun sekali.

Gerun juga sebenarnya nak menghadap muka yang bagaikan singa itu.

“Dia marah lagilah…” tegur Nisaa. Bahu Tisya dicuit kecil. Tisya mengeluh lemah sebagai jawapan.

“Lama-lama nanti okeylah kut..” jawabnya dengan mata masih tak lepas dari menyemak fail akaun bulanan syarikat.

Nisaa mengangguk. Kak Jue memang selalu macam tu. Angin sebadan kalau pekerjanya buat hal. Tapi anginnya tidaklah seteruk macam bos yang lain. Cukuplah dia dera dengan serangan mental macam tu. Tapi, bagaimana pun perbuatan tak bemoral tu tetap buat mereka sebagai pekerja ni jadi lemah semangat. Lemah habis segala urat-urat sendi ni.

“Tapi…kenapa kau datang lambat semalam? Tak cukup lagi ke cuti yang kau apply tu?” soal Nissa kebingungan. Sudahlah Tisya ambil cuti tanpa bersebab. Tak beritahunya pun. Sampai hati!

“Sambung kerja kau lah.” Tak ada mood Tisya nak menjawab soalan dari reporter tak bergaji ini. Sudahlah dia pening dengan kerja bertimbun-timbun atas meja ni. Aduhai.. Nissa akur jua. Kembali ke tempat asalnya sambil bibir mencebik tanda geram. Tanya sikit pun tak boleh.

Dah berjangkit dengan Kak Jue tu ke?

“Assalamualaikum..”

Salam bersambut. Cuma perlahan bunyinya. Seraya kepala diangkat matanya terpaku melihat beberapa jambangan bunga di pelukan lelaki di hadapannya ini. Cantik sungguh bunga-bunga yang berada di tangan lelaki itu. Berbagai warna lagi! Paling menarik perhatiannya adalah Tulip ungu itu. Wah! Geram pulak dia yang melihatnya!

“Siapa Airin Nasuhah?” Tisya buat muka. Dia lagi.

“Tu.. Kat sana.” Tak pasal-pasal lelaki di depannya ini kena layan kasar begitu. Tisya kembali tundukkan wajah. Menyambung kerja. Rasa sakit pula hatinya. Kenapa selalu perempuan yang sama dapat bunga?

Bila dia pulak yang nak dapat bunga? Menyedari akan itu, cepat-cepat Tisya beristighfar. Apa dia buat tadi? Tak baik! Dah nak buat macam mana kalau si Airin tu ramai orang yang sukakan dia. Lagipun, bukannya minah tu yang mintak untuk diberikan bunga. Jadi..janganlah nak salahkan orang dalam hal begini.

“Err..Mana Tisya Harlena?”

Terkejut! Ibarat ruangan pejabat di sini bertukar gelap serta merta. Pandangan tajam orang ramai di sini mengejutkan Tisya. Tisya pun lebih kurang aje. Nak tersembul biji matanya tatkala namanya dipanggil.

“Saya..” teragak-agak Tisya mengaku dialah pemilik nama itu. Lelaki itu tersenyum sambil melangkah ke arahnya.

Sign kat sini.”

“Kat sini?” Tisya menurut. Sejurus itu, ucapan terima kasih berbalas sesama mereka sebelum lelaki itu meninggalkannya dengan sejambak bunga ros merah. Biarlah bukan tulip ungu sekalipun tetapi kehadiran bunga inipun dah buat dia sesak nafas.

“Oh! Dah ada boyfriend tak nak ngaku, ye?” Kak Jue mencelah tiba-tiba. Suasana yang senyap akibat terkejut tadi gamat bila Kak Jue memulakan langkah.

“Siapa yang beri?”

“Alah, cakaplah Tisya. Takkan nak berahsia lagi..”

Tisya tak mampu sembunyikan rasa. Dia suka! Bahagia pun ada bila menerima sejambak bunga ini. Ditenung bunga itu tak berkelip.

“Siapa Tisya?”

“Huh?” Tisya baru perasan. Sehingga kini tak ada satu mata pun terlepas dari memandangnya. Gugup pula rasa Tisya dibuatnya. Orang pandang dia bagai mintak dia buat pengumuman hari raya puasa sahaja. Dengan muka berharap macam tu lagi.

“Entah..” jawab Tisya sepatah.

“Tengok! Suka sangat berahsia tau. Kalau dah ada tu cakaplah ada.” Kak Jue membebel geram. Bebelan itu cuma berjaya meraih sepotong senyuman Tisya sahaja.

“Sudah terang lagikan bersuluh kak. Confirm dah ada ni. Suka sangat berahsia minah ni sorang. Geram sungguh!” bebel Ariana pula menerangkan bagi pihak Tisya. Tisya mampu sengih bila kena marah-marah sayang begitu.

Sehingga kini dia memang berahsia. Jikalau orang tanya dia sudah berpunya atau belum pasti Tisya akan menjawab tiada. Cuma tidaklah secara terang-terangan kerana dia juga malu untuk mengaku tentang itu. Maka, dia hanya diam sambil tersenyum. Rasanya itu sudah cukup barangkali untuk mengaku akan apa yang terjadi.

“Cuba tengok..siapa yang bagi?” Nisaa datang mendekat bila keadaan sudah berbalik pada normal kembali.

“Kau pun mesti curiga kan?” Tisya soal Nisaa. Melihat reaksi sahabatnya pun dia sendiri dah tahu. Memanglah curiga! Tak pernah dapat kut bunga selama ni!

“Agaklah. Tapi..serius ke kau dah berpunya?” senyuman panjang tahap tak ingat. Tisya pening. Itu senyuman ikhlas atau tak sebenarnya tu?

“Tak..Tak ada.” lurus jawapan Tisya.

“Cuba tengok kalau-kalau ada kad kut.” Tisya mengangguk bersetuju. Kenapalah dia tak ingat tentang itu? Ni mesti kes berdebar punya pasal. Maklumlah, first time dapat bunga.

“Cepat.”

“Sabarlah..” makin berdebar Tisya dibuatnya. Kad di tangan diperhati. Cantik betul teddy bear ni!

“Bukaklah.” Desak Nisaa. Dia di sebelah sudah berdebar semacam. Nak jugak tahu siapa lelaki yang menghantar bunga pada rakannya yang sorang ini.

Majlis Reunion Batch Pheonix XII
Tempat : Ball Room, Hall A, Hotel Malikson
                Masa     : 8 P.M-10 P.M (13 JULY 2014)

Tisya bungkam. Rasa terujanya habis terpadam. Baru sebentar tadi dia membayangkan dirinya akan berjumpa dengan prince charming yang diidam-idamkan. Malangnya tetap juga tidak memunculkan diri hingga sekarang. Terbit rasa iri hati lagi pada Airin. Bestnya! Tentu bunga yang dia dapat tadi adalah dari teman lelakinya.

Yang bunga ni pun satu hal! Kenapa ketua mereka nak kena bagi bunga segala? Reunion je pun. Tak boleh just hantar text message ke, apa ke? Ini tidak! Bikin orang salah tafsir ajelah. Geramnya! Ini yang buat dia nak naik hantu tiba-tiba ni.

Kerja atas meja dipandang tanpa riak! Dah dua hari tak jadi kerja janganlah hari ni dia ditimpa nasib yang sama pulak! Sakit hati tiada sesiapa yang tahu. Aduh.

“Kalau kau dapat bunga…habis aku?” jari telunjuk tepat dituju ke arah dirnya sendiri. Nisaa menunduk. Kecewa!

“Entah aku. Siapa ketua reunion kali ni?” soal Tisya. Memang dia nak sangat tahu! Nanti kalau jumpa siaplah dia kenakan budak tu nanti.

Soalan dari Tisya dibalas Nisaa dengan gelengan sahaja. Dia sendiri pun tak tahu menahu tentang hal itu. Siapa yang menjadi ketua bagi reunion memang tak akan diumumkan sehinggalah majlis itu bermula. Kerana segala tentatif majlis adalah sulit dan tak boleh didedahkan kepada sesiapa. Tak surprise kata mereka.

“Bestlah kau.. dapat invitation dari bunga. Aku nak jugak.” jujur Nisaa meluahkan. Mati-mati dia ingatkan ada manusia special mana yang bagi rakannya bunga itu. tapi, bila dia dapat tahu yang bunga itu adalah jemputan ke majlis reunion mereka, dia pun nak jugak. yelah, dalam pejabat mereka ini hanya dia dan Tisya sahaja yang senasib.

Mereka berkongsi banyak persamaan. Yang paling utama ialah mereka tiada sebarang perhubungan yang bisa dianggap istimewa. Persamaan kedua, kedua-dua antara mereka juga tak pernah menerima bunga sepanjang mereka berkerja di sini. Rata-rata perkerja lain di sini sudah pernah punya pengalaman begitu.

Dan..bila sekarang Tisya sudah mendapat bunga, apa jadi pada dia?

“Jangan bimbanglah. Nah. Ambillah kalau nak sangat.” Tak ingin Tisya nak terimanya. Akibat geram punya pasal dia pun jadi malas nak layan dengan bunga-bunga ni. Bila nampak bikin dia panas sahaja buat apa? Karang tak ada satu pun kerja yang siap. Bila tak siap mulalah Kak Jue membebel. 

“Apa pulak. Ni yang kau punya.”

“Tak ada nama pun kat situ. Kau ambik jelah.” Nisaa terdiam sekejap. Tak lama kemudian, kepalanya menggeleng lagi.

“Tak nak aku! Bunga ni memang untuk kau. Terang-terang nama kau tadi. Takkan aku pulak yang terhegeh-hegeh nak ambil bunga ni.” Tisya mencebik. Kalau dah namanya nak tu cakap ajelah.

“Ambik ajelah. Tak ada siapa-siapa pun yang tahu.” Nisaa jungkitkan kening.

“Ya tak ya jugak.” Tisya mengangguk bersahaja.

“Nur Annisaa Kamarul Rafiqin?” semua toleh pandang ke arah pemilik suara garau itu. Masing-masing terkejut kerana penghantaran bunga yang disangka mereka sudah ditamat di situ rupanya masih belum surut. Jikalau tadi Tisya yang menerima sekarang Nisaa pula.  Kini mata-mata terarah pada Nisaa pula. Apa sudah jadi pada syarikat mereka. Tuah apa pula yang menanti ni sebab yang tak mustahil sudah jadi mustahil kini.

Mata Nisaa bulat. Sedang tangan seakan mahu mengambil bunga pemberian Tisya, namanya pula dipanggil. Lantas, bunga di tangan dibiarkan terus di atas meja sementara laju sahaja kakinya melangkah ke arah lelaki yang sedang membawa bunga itu.

Tisya menggeleng. Macam budak-budak! Dapat bunga aje pun.

Bunga atas meja dijeling sekilas. Dari mata ke atas, turun ke bawah. Ada bakul sampah di situ. Rasa-rasa..muat tak? Tangan nak buang tapi akal menegah. Macam mana tu? Tisya mengeluh.

Kalendar atas meja ditenung. Mencari di mana tarikh keramat itu. Elok matanya terhenti pada tarikh itu, matanya tak berhenti berkelip. Ini..minggu depan, kan?



HARI-HARI yang dilalui ternyata bukanlah semudah ABC. Banyak benda yang terpaksa dia hadapi sendiri. Memegang status isteri bukanlah tiket untuknya bergembira dan bersenang lenang. Lagi-lagi apabila menjadi seorang isteri kepada Afiq Hakimi. Menjengkelkankah rasanya? Entahlah. Dia sendiri tak mampu tak tahu.

“Nah..” belakang tubuh yang terasa seperti melekat dengan baju ketat itu dibiarkan begitu sahaja. Erma membatu. Lebih senang bersikap seperti itu. Sekarang, dia lebih senang untuk berdiam diri dari bercakap dengan suaminya.

Bukan jalankan mogok cuma dia letih kerana asyik bertekak tentang hal yang sama.

“Woi!! Kau dengar tak?” Erma pejam mata. Kasar sungguh bahasa suaminya. Sungguh, dia rindukan kata manis lelaki itu. Dia rindukan untuk menggelar suaminya dengan panggilan abang.

“Dengar..” Erma jawab sepatah. Lemah bunyinya.

“Kau kenapa? Sakit?” didekati tubuh itu. Erma sedikit kaget bila tangan itu berlabuh lembut di dahinya. Wajah Afiq dieprhati dalam-dalam. Dari wajah itu sepertinya dia dapat rasai sesuatu.

Sesuatu yang berbeza. Dia buntu! Permainan apakah yang sedang suaminya jalankan padanya? Ingin mendera perasaannyakah? Jika itu yang dimahukan, suaminya dah berjaya.

“Erma okey aje.”

Tangan itu ditolak. Menjauh sedikit darinya.

“Kau ni dah kenapa?” bentak Afiq sedikit geram. Tak ada ribut, tak ada hujan tiba-tiba nak merajuk ni kenapa?

“Abang…tak boleh ke abang berlakon sikit demi Erma?”

“Huh?” terangkat kening Afiq sedikit bila soalan diutarakan Erma.

“Tolong jadi suami yang baik depan keluarga Erma. Tak boleh ke?” Afiq pandang wajah itu dalam-dalam. Di saat itu, bibirnya mengoyak senyuman sinis bersama gelak tawa yang jelas mahu menyindirnya.

“Untuk apa?”

“Erma tak nak keluarga Erma bimbangkan tentang hal kita. Abang tak pernah terfikir ke yang abang dah menggali lubang sendiri? Semalam, Tisya dah nampak apa yang abang buat. Itu baru Tisya! Kalau mak, macam mana?” Afiq terkedu.

“Abang nak semua ni berhenti setakat ini sahaja ke?”

Tak lepas mata itu dari merenung segenap wajah Erma. Pelik! Kenapa dengan gadis ini? Sangkanya isterinya akan suka bila semuanya sudah terbongkar. Tapi kali ini apa yang terjadi? Sukakah Erma dengan apa nasib yang menimpa gadis itu?

“Kau kenapa?”

“Abang tolong ya.. Jadi suami yang terbaik untuk keluarga Erma?” bungkam Afiq sekejap dengan apa yang terjadi.

“Lepaslah..” tangan yang bertaut antara mereka terlerai.

“Hujung minggu ni.. Kita bermalam rumah mak, ya?” bulat mata Afiq. Sekejap mintak nak jadi suami terbaik depan keluarga minah ni sekarang ni mahu bermalam lagi? Banyak betul permintaan dia.

“Nak buat apa?”

“Untuk tutup semula lubang yang abang dah gali semalam.”

Erma tekad! Itu sahaja jalan yang dia ada. Moga-moga Afiq akan terima dengan cadangannya itu.



“KENAPA kau tak nak pergi pulak?” marah Nisaa. Terkejut dia bila dikhabarkan dengan keputusan gadis itu. Dia yang baru mengajak Tisya untuk keluar shopping cari baju tadi, ditolak mentah-mentah gadis itu. Alasannya dia tak mahu ke reunion itu.

“Pergilah wehh.. Jarang-jarang kut reunion ni. Sayanglah kalau kau tak join. Semua orang nantikan kau, tau.” Tisya mencebik! Pandailah minah ni mengayat aku. Bukan semua tapi Nisaa ni sorang aje. Takut kena bahan di semua oranglah tu.

“Malaslah aku. Lagipun..banyaklah kau jarang-jarang! Setiap tahun lah reunion tu. And..kita setiap tahun pergi tau. Tak pernah miss. So, tahun ni cubalah tak pergi.” Memang memalukan jugak bagi mereka. Setiap tahun asyik muka mereka aje yang ada di sana. Seolah-olah mereka ini setiap masa free.

Tahun lepas, mereka kena bahan lagi. ORang ramai siap boleh cakap lagi yang mereka tak sibuk selama ni sebab dah tak ada kerja nak buat. Kalau nak keluar pun tak syok, sebab boyfriend tak ada. Oh my!! Cuba bayangkan kalau orang tu cakap kat kita? Macam mana perasaannya? Sumpah, memang geram.

Kalau boleh time tu, nak aje dia tumbuk-tumbuk satu-satu muka yang ada kat situ. Tapi, gara-gara mahu majlis berjalan itu dengan lancar dipekakkan sahaja telinganya.

“Tak naklah macam tu.. Aku nak pergi, Tisya. Dapat makan free..”

“Tak payah nak tipu aku. Kau sebenarnya bukan cari makanan free, tapi kau cari mana lelaki yang masih free. Kan?” Nisaa sengih memanjang.

“Apa..apa salahnya?” Tisya tarik nafas dan hembus. Kunci kereta dalam beg tangan dikeluarkan.

“Tak ada salahnya. Jawapan aku pun mudah aje. Kau nak pergi, pergi ajelah. Aku tak halang. Cuma..jangan paksa aku. Sebab..aku memang malas!”

Nisaa tarik muncung. Tak bestlah kalau Tisya tak hadir sama. Dia jadi kekok kalau gadis itu tiada di sisi. Terus, apa yang patut dia lakukan?

“Aku balik dululah.”

Nisaa cemas. Dia perlu cari idea kalau mahu tarik Tisya sama ke majlis itu.

“Tisya!”

Tubuh yang baru mahu masuk ke dalam perut kereta terbantut. Mata tegak memandang Nisaa.

“Nazri.” Mata Tisya bulat besar. Nazri?

“Nazri Suhaimi?” Nisaa mengangguk.

“Kenapa dengan dia?”

“Kau tak nak datang?” kenapa soal dia tak mahu datang? Apa pulak kaitannya antara Nazri dengan reunion ini?

Tunggu! Jangan-jangan..

“Nazri datang?”

Nisaa mengangguk. Terpaksa dia lakukannya. Maafkan aku Tisya. Hanya ini sahaja caranya untuk tarik kau ke majlis itu meskipun dia sendiri tahu betapa tipisnya harapan bahawa lelaki itu bisa datang ke majlis reunion mereka.

Nazri?

Tisya terpempam dengan nama itu. Namun, tak lama lepas itu bibirnya mengoyak senyuman gembira. Biar betul mamat tu juga datang sama. Sudah lama dia tak jumpa dengan sahabat karibnya itu. Sejak mereka tinggalkan sekolah menengah, lelaki itu menghilangkan diri begitu sahaja. Sukar untuk dijejaki, puas Tisya mencari namun jawapannya tetap sama. Lelaki itu tiada.


Dan kini..bila nama itu meluncur di bibir Nisaa mengatakan bahawa lelaki itu bakal datang ke majlis reunion kali ini, membuatkan Tisya jadi semangat kembali. Dia akan pergi! Asalkan dapat berjumpa dengan mamat tu, dia sanggup tebalkan muka sekali lagi kalau terjadinya dirinya yang akan dijadikan bahan lawak pada malam itu. 
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com