“ALONG..”
Panggilan itu buat Erma tarik muka ke atas. Gelas di tangan Tisya tidak
disambut sebaliknya cuma dihantar dengan isyarat mata supaya meletaknya di atas
meja. Senyuman Tisya dibalas seadanya. Kepalanya kembali menunduk. Sesekali
rambut itu diraup ke belakang. Fikirannya jadi kusut.
Tisya yang melihat ketap bibir.
Segalanya masih jelas di matanya. Bagaimana along dipukul oleh suami sendiri
adalah sesuatu dia tak dapat jangkakan sama sekali. Apa benda semua ni? Sungguh
tak tercapai dek akalnya sama sekali.
“Along..”
rambut Erma diusap Tisya lembut. Usapan itu mengingatkannya akan bagaimana
kuatnya rentapan Afiq terhadap kakaknya tadi. Dia yang melihat pun bagaikan
terasa bagaimana sakitnya.
Mulanya
berdiri di dalam stor sambil ditemai tingkap kecil yang ada di sebelah
membantunya dalam merungkaikan segala misteri yang bersarang di mindanya. Kini,
semuanya jelas di mata. Cuma tinggal bagaimana dia mahu buat Erma menceritakan
segala-galanya padanya.
“Along
okey?” mata mereka saling bertentang. Sinar wajah Erma tidak seperti dahulu
kala. Wajah itu bagaikan menyimpan seribu satu rahsia. Yang pasti dia inginkan
hari ini juga akan rahsia itu untuk dibongkarkan.
“Along
okey..” Tisya tarik nafas. Rasa geram. Okey apa macam ni?
“Along
bahagia ke?” anggukan itu memang Tisya tak dapat sangka. Apa yang alongnya
fikirkan sekarang ini?
“Itu
romantik?” soalan itu buat Erma diam. Suara mendatar Tisya buat bicaranya mati.
“Itu
namanya caring?” Tisya ketap bibir.
Dia sedih. Inikah yang dinamakan kakaknya sebagai manusia paling sempurna atas
muka bumi ini?
“Angah
tak faham..”
“Apa
yang angah tak faham? Apa yang jadi sudah jelas di mata angah. Dia buat along
tak ubah macam binatang. Macam kucing kurap! Dia pernah tak sebenarnya anggap
akak sebagai isteri dia?”
“Sudah
angah..” suara Erma bergetar, menyuruh Tisya berhenti. Telinganya rasa sakit
dengan bebelan yang tanpa henti itu.
“Kenapa
dengan along?! Tolonglah sedar along. Along tahu tak along dah banyak berubah?
Disebabkan lelaki bodoh tu?!”
“Cukup
angah!!!” Tisya diam. Tergamam sekejap dengan amarah tiba-tiba itu.
“Tisya
tak faham dengan along. Kenapa dengan along?” soalnya bersama kerutan di dahi.
“Kenapa
dengan along? Angah sepatutnya tanya diri angah tu dulu. Kenapa dengan angah?”
Tisya rasa nak menangis. Bila diherdik begitu oleh insan yang selama ini dia
sanjung dan sayang dia rasakan seperti dirinya dipijak-pijak.
“Apa
salah angah?” Erma diam. Dia sudah tersalah cakap. Dia terlanjur bicara.
Terlukakah perasaan adiknya? Subhanallah.
“Cakaplah
along. Kenapa dengan angah? Huh, along? Apa salah angah?” bahu Erma ditumbuk
halus.
“Angah
cuba tolong along. Along…nampak terseksa.” Erma pejam mata.
“Along
akan bertambah seksanya bila angah terseksa. Bila keluarga kita terseksa.”
Tisya terkedu. Suara lirih itu buat dirinya tertanya-tanya akan apa sebenarnya
yang Erma mahu tunjukkan. Apa yang gadis itu mahukan?
“Angah
tak faham..” Erma kesat hujung matanya yang terasa berair.
“Angah
akan faham juga nanti..” bahu Tisya diusap Erma lembut.
“Along..along
cakaplah. Along okey ke?” Erma angguk berulang kali.
“Along
okey. Percayalah..” kepercayaan Tisya cuba Erma raih kembali. Dia tahu
kepercayaan itu sudah rapuh namun dia tetap memilih untuk mencantum kembali
serpihan itu.
“Habis..abang
Afiq?” Erma bungkam.
“Jangan
bimbang..along tahu nak buat macam mana.”
“Abang
selalu buat along macam tu? Dia dera along?” Erma menggeleng. Tisya bingung
namun dia memilih untuk tidak mempercayainya. Firasatnya kuat mengatakan
alongnya didera! Kepala itu menggeleng.
“Along
tipu, kan?”
“Abang
Afiq stress tu. Sebelum ni dia tak macam tu..”
Ya
ke? Tisya jadi ragu-ragu. Terus, untuk membuktikan segala-galanya, segala
anggota tubuh Erma dia belek satu persatu.
Erma
cuma membiarkan. Biarlah adiknya mahu buat apa-apapun. Dia tak akan jumpa kesan
itu. Sebab kesan itu hanya tersimpan kemas di fikiran dan hatinya. Sesuatu yang
mustahil untuk manusia nampak.
“Tak
ada apa-apa.”
“Kan
dah cakap?” jawab Erma sambil senyum. Tisya menjeling akan pandangan itu.
Tampak lain macam di matanya, namun sedikit sebanyak kata-kata Erma tadi, dia
ambil sebagai kata dia tersilap membuat kesimpulan tadi.
“Nah..minum
along?” dihulur gelas minuman itu. Erma menyambutnya mesra sebelum gelas itu
diteguknya rakus.
“Oh
ya.. Apa angah nak cakapkan tadi? Tak silap along, along dengar angah ada sebut
pasal mak. Apa dia?” pasal mak? Oh! Tisya baru teringat akan hal itu.
“Mak
cakap nak datang sini..”
Mata
Erma terus membulat. Gelas di tangan hampir melucut dari tangannya. Pantas,
Tisya merampas gelas itu.
“Tak!
Jangan, angah. Bahaya kalau mak datang sini.”
“Kenapa
pulak?” Tisya benar-benar tak nampak sebarang sebab kenapa mak tak boleh
bertandang ke sini.
“Angah
nampak kan apa yang jadi tadi? Abang Afiq memang tak suka orang luar datang
masuk sembarangan dalam rumah ni.”
“Huh?
Mak orang luar ke?” berlapis-lapis kerutan terbit di dahi. Serius dia tak
faham. Apa yang Erma sedang fikirkan sekarang ini? Sungguh dia tak dapat baca
fikiran alongnya itu.
Erma
telan liur. Dia harus leraikan tali yang bagaikan sudah mula mahu bersimpul
mati itu dengan seeloknya agar tiada sesiapa yang terkena tempiasnya itu.
“Bukan
macam tu..Cuma, memang abang Afiq macam tu. Boleh mak nak datang. Tapi, bukan
hari ni. Yelah..angah tahu kan macam mana mood abang Afiq tadi? Along tak rasa
abang Afiq akan okey kalau tiba-tiba dia balik mak ada depan mata nanti. At least, bagilah ruang supaya abang
Afiq tu tenang sikit.” keterangan Erma diterima Tisya. Ada logiknya di situ.
Jadi, dia cuma mengangguk sebagai tanda setuju.
“Kenapa..mak
nak datang sini tiba-tiba?”
Kalau
tadi Erma yang rasa cuak, kini keadaan terbalik pula. Tisya telan liur. Nak
cakap ke tidak? Ah! Mana boleh tak cakap. Dah lupa ke apa tujuan utama dia
bertandang ke sini atas kerana apa?
“Along..mengandung?”
“Huh?
Siapa cakap?” Tisya gigit bibir. Suara Erma yang naik seoktaf bikin dia jadi
kecut perut pula.
“Tisya..tanya
jururawat yang ada dalam bilik along tu.” tak terluah ayat di bibir Erma. Tak
percaya sejauh itu Tisya sanggup bertindak. Dia ingatkan pertemuan mereka
sekadar berakhir dengan persoalan begitu sahaja.
Tapi..tidak.
Boleh pulak Tisya cop dia mengandung? Alahai. Kejap! Erma seperti fikirkan
sesuatu. Sesuatu yang melalui laluan sukar di fikirannya.
“Jangan
cakap yang angah cakap dekat mak yang…along mengandung?” Tisya menunduk.
Jawapan along tetap dia jawab dengan anggukan.
“Angah!
Apa angah buat ni?” cemas Erma dibuatnya. Yelah! Mahunya tak cemas kalau dah
sampai semua ini melibatkan Aliah si ibunya.
“Apa
salah ke?”
“Memanglah
salah sebab angah buat kesimpulan terburu-buru. Tengok aje terus buat keputusan
sendiri tanpa fikir dulu.”
“Apa
along main tuduh-tuduh ni? Tisya tanyalah jururawat tu.”
“Dia
jawab apa kat angah?” Tisya diam. Hilang sudah kelantangannya ketika menjawab
kata itu.
“Err..dia
cakap along jalani ujian air kencing. Test sama ada along mengandung atau tak.”
“Dia
ada cakap tak jawapannya postif?” Tisya menggeleng lemah. Gelengan itu ternyata
buat Erma mengeluh kuat.
“Inilah
kenapa sebab along malas nak cerita hal along. Sebab angah ni memang suka buat
keputusan sendiri. Dengar tak habis lagi dah pandai-pandai buat kesimpulan. Apa
ni? sekarang macam mana? Apa along nak jawab dengan mak? Ya, Allah! Malulah
along, angah. Orang tak mengandung tapi dibilangnya mengandung.”
“Sebenarnya..mak
ada beli barang-barang baby untuk along. Dia cakap sebagai ucapan tahniah.”
Jujur Tisya meluahkan. Rasa bersalah makin menggebu.
“Apa?
Subhanallah..” dahinya ditepuk.
“Maafkan
angah, along. Angah salah.” Tisya ketap bibir. Patutlah dari semalam lagi dia
rasa tak sedap hati sangat. Rupa-rupanya macam ni, jadinya.
“Itulah
angah. Aduh..”
“Along
pun salah jugak.” geram pulak Tisya. Sikit-sikit dia yang nak disalahkan.
Lagi-lagi dia! Dia tahulah ini semua berpunca darinya tapi tak payah nak ulang
banyak kali!
“Apa
salah alongnya?”
“Yelah..ke
hospital bagai. Zaman sekarang kan dah ada pregnancy test? Guna ajelah benda
tu. Tak payah nak buat orang pening sampai-sampai ke hospital segala. Hospital!
Bukannya klinik. Memanglah orang buat assumption
macam tu. Jadi, along tak boleh salahkan angah sorang dalam hal ni.” Erma
terdiam.
Tanpa
sedar dia turut akui ada betulnya juga hujah itu. Tapi..dia punya alasan
tersendiri kenapa dia perlu buat macam tu. Kalau dia buat pregnancy test tu
lagi naya dia dibuatnya kalau Afiq tahu. Dalam rumah ni, satu benda pun dia tak
mampu sorok dari lelaki itu.
Tapi..ada
sebab yang paling penting. Dia tak tahu mana mahu membeli, macam mana nak beli
dan macam mana nak pakai. Jadi itulah sebab utama akan kenapa dia terpaksa ke
hospital. Ke klinik pun dia tak berani sebab jirannya itu kerja di klinik
tersebut. Tak pasal-pasal riuh nanti di seluruh kejiranannya.
Ke
klinik lain, jauh pula. Jadi lebih mudah kalau dia hanya ke hospital. Segala
masalah dapat diselesaikan dengan agak mudah.
“Sorry..”
tangannya yang terasa seperti digengam seseorang buat segala lamunannya
terhenti. Melihat wajah bersalah Tisya memaksa bibirnya tersenyum manis.
“Taklah.
Angah betul. Dalam hal ni, along pun patut dipersalahkan jugak sebab tak pandai
nak kawal situasi.” Tisya senyum hambar. Matanya memandang tepat ke mata Erma.
Tak sampai seminit, matanya jadi membulat.
Wajah
Erma tidak lagi menjadi tontonannya sebaliknya matanya membuntang melihat ke
arah jam yang sudah menginjak ke arah ke arah jam sepuluh itu.
Ah
sudah! Dia cakap kat Kak Ju dia mungkin lewat setengah jam aje. Ni apa? Dah
lebih satu jam!
“Along..angah
dah lewat!”
“Lewat
ke mana?” kening Erma terjungkit ke atas sedikit.
“Kerjalah..”
mulut Erma membulat.
“Lah..
kerja? Kenapa datang sini jugak kalau tahu dir itu kerja?” Tisya tayang sengih.
Inilah dia! Kalau dia asyik fikirkan sesuatu janganlah harap satu kerja pun dia
mampu lunaskan selagi apa yang dia fikir itu tak dapat diselesaikan.
“Along..angah
pergi dulu.” Pamit Tisya sopan. Pipi Erma dikucup.
“Baiklah..”
tangan yang menjadi ikatan antara mereka masih tak dilepaskan.
“Apa
lagi ni?”
“Janji..call Tisya selalu tau. Tak Tisya, along calllah mak. Mak dah terlalu rindukan
along tu.” Erma tercengan sesaat dua. Dia tak mampu berjanji tentang itu. Mahu
bercakap di corong telefon pun perlu main sembunyi-sembunyi dari Afiq.
Tapi,
apa yang dia fikirkan tak sama dengan apa yang terjadi pada kepalanya. Kepala
itu tanpa sedar beberapa kali mengangguk. Tisya senyum puas hati. Akhirnya
dengan langkah senang hati, dia melangkah keluar dari rumah yang dianggapnya
pelik itu.

Erma x mengandung ya?
ReplyDeleteAfiq tu kejam bebenor. Ish, rasa nak teranjang dgn sopannya lelaki itu. Grrr....!!