"WHAT?! Kau
nak aku jadi suami pinjaman? Kau ingat aku lelaki yang available dekat rak library tu ke?" Tangan Liyana digengam
sesama sendiri.
"Alah awak.. Tolonglah! Tolonglah
saya." Rayu Liyana. Entah buat kali yang ke berapa.
“Tolong apa ke bendanya? Kau ingat
benda ni main-main ke? Suami? Kau tahu tak suami?! Kau gila ke?!” Liyana diam.
Dia memang sudah lama gila semenjak dia tahu perangai sebenar Marlia itu lagi.
Oleh itu, dia mahu jadikan Hairil miliknya supaya kelak dia boleh mencabar
perempuan bodoh seperti Marlia itu. Ingat minah tu hebat sangat? Liyana
mendengus geram. Dia pun boleh aje kalau nak pikat lelaki handsome macam ni.
Akan tetapi, tatkala teringat kembali
kedinginan Hairil, Liyana rasa down
kembali. Bibir itu diketap lama. Hairil ni pun satu. Apa susah dia cuma mintak
tolong aje, kan? Huh! Susah sangatlah!
“Tolonglah awak,” Hairil geleng kepala.
Tak setuju!
"No!! No! And no! Aku tak setujulah. Apa ni? Main-main kahwin bagai.
Kau ingat aku apa?" marah Hairil. Dia cukup tak setuju dengan rancangan
gila itu. Liyana sudah resah sendiri.
"Alah, awak. Bolehlah. Jadi suami
saya aje pun. Bukan saya suruh buat apa-apa pun. Cuma angkat akad aje. Lepas
tu, kita buat macam biasa tapi depan pakwe saya kita act la. Alah, awak. Bolehlah. Please.." rayu Liyana. Wajahnya
sudah berupa kartun. Sibuk main mengerdipkan bulu mata. Aduhai. Hairil jeling
sahaja keletah itu. Langsung tak mencuit hatinya meskipun gadis ini adalah
antara gadis yang paling cantik yang pernah dia jumpa.
Liyana gigit bibir. Harap-haraplah
taktiknya kali ini menjadi. Mula-mula dia mahu jadikan lelaki ini sebagai teman
lelaki pinjaman terakhirnya walhal itu semua hanyalah sekadar alasan sahaja
untuk lelaki itu terima cadangannya. Apa-apapun, targetnya harus dicapai. Dia
tetap mahukan Hairil sebagai suaminya. Titik!
Amacam? Hebat tak? Tambah-tambah dengan
muka sedih Liyana yang konon-kononnya macam orang hilang suami sahaja. Kali
ini, sahaja! Tolonglah terima, Hairil.
"Hah! Memang angkat akad aje.
Tapi, kau ingat angkat akad ni macam angkat plastik sampah? Berat tau kesan
dia. Sudahlah kau ni banyak buat dosa. Tak pakai tudung. Lepas tu, sibuk pakai
skrit paras paha pulak! Dah. Tak nak aku." membulat mata Liyana. Skirtnya
dipandang.
"Hey! Jaga mulut tu sikit, okey!
Skrit ni, saya beli dekat Paris tahu tak. Sesedap hati aje cakap campak-campak macam tu.." bidas Liyana. Sakit hati!
"Tak kiralah beli dekat pasar
malam ke, pasar siang ke, Paris, London ke, yang penting baju tu jugak yang
akan campak kau ke neraka nanti." Eee! Sumpah! Liyana bencikan lelaki ini.
Kenapa pedas benar mulut dia? Terlebih cili ke? Atau mamat ni tengah period?
Geram aku!
"Sudahlah! Tak nak tolong, cakap
tak nak. Jangan nak main hina-hina saya macam tu. Biar sayalah nak pakai apa.
Nanti-nanti bila saya ready saya pakailah. Yang awak tu, langsung tak sedar
diri. Buat salah tu masih tak nak mengaku lagi. Buruk betul perangai. Memang
awak ni dasar tak kenang budi. Saya tak mintak dengan awak ganti rugi pun dah
cukup bagus, tahu!" Liyana mengungkit tentang peristiwa beberapa hari yang
lepas. Membulat mata Hairil.
"Apa? Bukan salah akulah! Kau yang
mula dulu. Sesedap masuk lorong orang, tak tengok kanan kiri, lepas tu bila aku
langgar bontot kereta kau, kau nak salahkan aku pulak? Wah. Hebat punya
orang!" Liyana mencebik.
"Ah! Apa saya peduli. Nak tahu
siapa betul siapa salah, jom kita ke balai polis. Biar polis tentukan."
Liyana sengaja mengapi-apikan Hairil.
"Hey, minah. Dah memanglah salah
aku kalau kau adu dekat polis. Tak tahu undang-undang ke?"
"Mengaku pun." pintas Liyana.
Hairil mengetap giginya. Geram yang amat dengan perempuan ni. Salah satu sebab
kenapa dia tak sukakan perempuan ni adalah inilah! Kurang ajar betul!
"Dah! Pergilah kau.
Berambus!"
“Mana air?” Hairil menjeling geram pada
Liyana. Tak tahu malu! Cari pasal dengan aku, lepas tu ada hati mintak air?
Huh!
“Dah bapak kedana sangat ke sampai
mengemis mintak air dengan aku?” Liyana menjuihkan bibirnya.
“Orang tanya bukan pasal air orang,
orang tanya mana air dia. Baru nak letak ubat tidur.” Hairil kerut dahi.
“Nak buat apa pulak?”
“Boleh saya bawak awak masuk hotel.
Lepas tu, kena tangkap basah. Hah! Hebat tak idea saya? Alah. Kenapa saya
bagitahu awak pula? Bikin spoil aje. Aduh.”
Hairil buat bodoh dengan keletah Liyana itu. Gadis itu garu kepala, sesal
barangkali dek rancangan yang sudah dibocorkannya secara tidak disengaja itu. Terhembus
dengusan kasar Hairil di situ. Layan minah ni buat sakit jiwa, sakit hati!
“Dah pergilah kau berambus! Serabut
aku. Aku ada banyak kerja lagi nak kena buat.” Liyana ketap bibir. Beg tangan
Prada kuning cairnya itu diangkat.
"Tak payah nak halau. Orang dah
tahu jalan pulang. Tak payah susah-susah nak jadi tea-man kat sini." Makin berapi Hairil. Eloklah sangat. Datang
pejabat orang lepas tu buat macam pejabat sendiri. Hebat! Matanya memanah pada
tubuh Liyana yang berura-ura membuka tombol pintu itu. Namun, langkah gadis itu
terbantut. Mukanya dipalingkan menghadap Hairil kembali.
"Ha! Kenapa? Ada barang tertinggal
ke?" Liyana mendekat.
"Muktamad dah ke awak?"suara
Liyana kembali seperti tadi. Suara merayu tangkap leleh!
"Muktamad! Aku tak nak kahwin
dengan kau." Liyana memuncung.
"Sikit pun tak ada keinginan nak
kahwin dengan saya? Kita boleh duduk serumah?" Hairil angkat kening.
"So, what?" Liyana terpempam. Eh, apa aku melalut tadi?
"Ah! Lupakanlah apa saya cakapkan
tadi. Awak. Tolonglah.. Please.."
"Aku kata tak nak!"
"Kenapa?"
"Sebab kita tak pernah
bercinta." Liyana diam. Kepalanya seperti sedang ligat memikirkan sesuatu.
"Saya cintakan awak?" luah
Liyana tiba-tiba.
"What?!" Hairil terkejut.
"Okey! Jom kahwin! Yeay!!"
Rumusan yang cukup ringkas disimpulkan oleh Liyana. Misinya pasti akan berjaya!
BOSANNYA! Sumpah dia bosan! Duduk dalam bilik
ni, macam duduk dalam penjara. Sunyinya yang amat! Huh! Geramnya. Hujung mata
menjeling Hairil. Lelaki itu masih tekun pada kerjanya. Pelik betul Liyana yang
melihatnya. Dasar mamat robot! Tak reti rehat ke? Kalaulah ada fius di otak tu,
memang dah lama Liyana matikan. Asyik berkerja dua puluh empat jam, bila masa
nak mengulit isteri dekat rumah tu?
Kesian
dirinya nanti. Liyana sengih gatal. Adeh! Boleh ke situ pulak kau mengarut ye
Liyana?
“Awak..
Awak..” panggil Liyana meleret. Ini mesti kesan anganan bodoh tadi. Tapi,
hampeh! Dia panggil punya panggil Hairil hanya buat bodoh aje? Oh! Dia ni
memanglah nak kena! Khusyuk benar dengan kerja dia. Rasa hangat seluruh tubuh
Liyana.
“Awak..” Pen
yang sedang laju mencoret kata atas kertas ditolak Liyana lembut sedikit dengan
hujung jari telunjuknya. Hairil berhenti menulis. Kepala angkat memanah pada
Liyana tiba-tiba. Liyana telan liur. Kenapa? Pen itu terconteng kat mana-mana
kertas ke?
Kecut perut Liyana dengan pandangan
itu.
“Apa? Bukan salah saya. Saya tak buat,
apa-apa.” dalih Liyana. Mahu dia tak dalih kalau dia tengok aku macam nak bunuh
aje. Takutnya!
“Kau tak nak balik ke?”
Terhembus nafas kelegaan di situ. Nasib
baik! Ingatkan apa lah tadi. Muka macam orang tertelan kapur barus aje. Liyana
menggeleng kecil.
“Eh, kau baliklah! Dah nak malam ni.”
geram Hairil dibuatnya. Hampir seharian gadis itu melepak dalam biliknya. Dah
tak pasal-pasal dia terpaksa menjadi penjaga buat gadis ini secara tidak
langsung. Dalam masa yang sama, hubungan mereka juga terasa semakin akrab. Dari
stranger, bertukar menjadi kenalan.
Nanti apa pulak? Mutual friend? Girlfriend? Lastly..bini?
Oh! Kalau itu benar-benar terjadi,
sumpah dia akan mintak kena telan di batu belah batu bertangkup nanti!
“Uish. Mana boleh tinggalkan awak
sorang-sorang kat sini.” Hairil buat muka.
“Kenapa pulak?” Liyana merapatkan
dirinya ke meja.
“Tak takut ke?” Hairil gelak sinis.
Gaya lelaki kontrol macho.
“Aku? Takut? Kalau kau nak tahu, setiap
hari aku balik malam-malam.” Liyana angguk. Lelaki jenis apa macam ni? Kalau
aku dah jadi bini dia nanti, tak ke haru aku nak tunggu dia setiap malam? Fikiran
Liyana sudah jauh ke laut. Lagi sekali dia angankan sebegitu rupa. Sesuatu yang
belum terjadi atau dengan kata lainnya memang tak akan terjadi.
Hei! Celupar mulut. Janganlah doakan
yang buruk-buruk. Ah! Macam mana sekalipun dia nak juga Hairil jadi lelaki pak
sanggupnya. Liyana tahan senyum. Pak sanggup? Ye-yelah tu.
“Kalau macam tu, lepas saya balik nanti
awak mesti tak sanggup nak duduk malam-malam kat sini lagi.” Hairil angkat
kening. Apa benda minah ni duk merapu sorang-sorang?
“Kenapa pulak? Selama ni, okey aje.”
“Yelah. Mesti awak tak sanggup sebab
asyik teringat-ingatkan saya. Termimpi-mimpikan saya. Sampaikan kertas tu
nampak muka saya. Bukak fail ada gambar saya kenyit mata. Pergi tandas nampak
saya mop lantai.” Hairil tahan gelak. Mop lantai? Buruknya anganan budak ni.
“Buruk betul mimpi kau. Jadi cleaner pulak tu.” Liyana jeling Hairil.
Dia dah lupa ke aku yang jadi kak cleaner
kat sini tempoh hari? Short sangat
memori dia ni kalau dia tak ingat aku. Rasanya baru minggu lepas perkara tu
berlalu.
“Tak kisahlah. Alah, mop lantai pun
sebab nak tulis atas lantai tu. Will you
marry me? Amacam sweet tak? So bila awak masuk je tandas, tadaa! Saya kasi
surprise punya! Then, awak pun terharu lepas tu saya duduk dan bukak kotak
cincin. Awak pun menangis sebelum angguk dan kita pun kahwin. Yeay! Happy ending!” Hairil mendengus. Makin
lama dia di sini, makin gila dia dibuatnya!
“Tengkorak kau! Kau ingat aku ni
perempuan?”
“Lah. Apa masalahnya. Biasanya lelaki
lamar perempuan, tapi apa salahnya kalau perempuan lamar lelaki? Biar kita
lain, boleh masuk book worlds of loves of
record.” Hairil menggeleng.
“Mesti hidup kau masa kecik-kecik
seksa. Sebab tu kau punya angan-angan yang bodoh dan bangang macam ni.” Liyana
gelak.
“Kelakar jugakkan awak ni? Pandai buat
lawak bodoh.” Sindir Liyana dalam diam. Diam terus Hairil dibuatnya.
“Awak.. Bila nak balik?” Hairil senyum
sinis. Dah agak! Tak boleh tahan punya minah keparat ni.
Ting!!
“Woi! Kenapa kau kunci pintu?” Liyana
angkat bahu.
“Alah. Nampak macam awak sibuk aje.”
“Apa kena mengenanya?”
“Kita tidur sinilah.” Hairil tarik
nafas. Sabar!
“Hah. Elok jugak. Boleh aku buat kerja
sampai subuh.” Hairil ingin menyindir perempuan itu dengan harapan Liyana akan
melenting. Namun tidak disangka-sangkanya lain pula yang dibalas Liyana.
“Alah, janganlah.” Rengek Liyana.
“Kau ni dah kenapa?”
“Nanti tidur sebelah saya, eh.”
Membulat mata Hairil. Apa punya jenis perempuan ni? Siap main pelawa diri lagi.
Aduh! Apa kena dengan dia?
“Mati hidup balik aku takkan tidur
sebelah kau!”
“Saya nak tidur dulu. Nanti selimutkan
saya, tau. Tak dapat jaket, peluk tangan orang tu pun okey jugak.” Hairil tegak
dari menyandar pada kerusinya. Penat! Penat melayan kerenah minah ni.
“Apa kau cakap?!” Liyana tidak
membalasnya. Dia cuma diam sahaja. Hairil memanjang lehernya pada sofa panjang
hujung sana. Dah tidur ke? Minah ni.. Biar betul? Tiba-tiba, kepala itu
diangkat. Terkejut Hairil, lantas tubuhnya menyandar kembali pada kerusi.
“Aih.. Mana phone saya ni? Nampak phone
saya tak?” Hairil memuncungkan bibirnya. Liyana menghampiri meja kerja Hairil.
Telefon bimbitnya dicapai.
“Seksi betul awak.. Aumm!” tergamam
Hairil dibuatnya. Oh my.. Ya Allah.
“Pergi tidurlah kau!” arah Hairil
tegas. Liyana memuncung. Sentap bila kena marah. Telefonnya dicapai kasar.
Tanda marah dan protes! Hairil buat bodoh. Peduli apa?
“Ah! Bila dia nak tidur ni? Susahlah
nak timing untuk call JAIS nanti.”
Gumam Liyana perlahan.
“Apa kau cakap?!” Liyana menjelirkan
lidahnya.
“You
don’t know me very well, Encik
Hairil. Selagi you tak setuju, selagi tulah I akan cari cara untuk buat you
setuju!”
Next Bab : Liyana Bab 9 & 10
Aduhaiii..liyana..liyana..camna plan nak menjadi klu dah
ReplyDeletesemuanya ko bgtau hairil..
mau nyer tak mengaummm jer pakcik tu..
tabah jer la ko layan minah sengal ni yer hairil..hihihi