Bab 9
ATAS bawah, atas bawah Hairil pandang
Liyana. Tak senang sungguh Liyana dibuatnya. Nak minum pun bagaikan nak lari
seratus meter. Berdebar kencang jantung ni weh! Lelaki itu siap angkat kening
lagi. Liyana sambung minum. Gelas di tangannya bertapak lama di bibir sambil
mata menjeling Hairil. Alamak kau, Yana! Dia tak habis-habis tenung kau. Apa
nak buat? Mata Liyana membulat.
“Ehem!”
dehemen sudah kedengaran. Liyana sembunyi senyum. Pasti dah datang bersama idea
jahatnya! Suka nak mengusik lelaki ini. Nampak comel!
Hairil buat bodoh saja. Kembali pada
kerjanya. Aik? Terbaliklah pulak! Tadi, bukan main macam dirinya yang mahu
mengusik Liyana tapi sekarang? Haih? Takkan sekali usik dah goyah kut? Hairil
ketap gigi. Diamlah, kau!
“Tahulah, kalau berdua tu ada syaitan
di tengah. Tak payah nak jeling saya macam nak ngap! Saya faham maksud tu..”
Liyana senyum gatal. Hairil angkat muka. Mukanya tegang. Marahlah tu.. Tapi..
apa yang Liyana peduli? Bukan salah dia!
Lelaki tu pun satu! Bukannya tahu nak
balik. Aku pulak yang kena jadi mak guard
dia. Nak tidur pun rasa gelisah. Faham-fahamlah, memang dia buat-buat gedik
tapi itu tak bermakna dia tak malu buat semua ni? Gila ke apa kalau dia nak
tidur sini? Memalukan betul.
“Apa kau merepek ni?”
“Kata orang, kalau hati dah suka,
jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang..” Liyana senyum sumbing. Tayang
gigi terbaik yang dia ada.
“Ada lada celah gigi kau..” Membulat
mata Liyana. What?! Really? Kepala dibuat pusing belakang.
Toleh pada pintu atau lebih tepat membelakangi Hairil. Sebelah tangan menutup
mulut, yang sebelah lagi cuba check
celah giginya. Mana? Cuba digagaunya dengan lidah pula. Membulat mata Liyana.
Ya Tuhan! Betullah. Cebisan lada itu
dikeluarkan. Membulat matanya. Besarnya!! Malu! Argh! Kat mana nak sorok muka
ni? Aku malu! Macam mana nak berdepan dengan dia? Aduh! Ingatkan dia dah
berhasil nak usik lelaki itu, tapi… alih-alih dia yang kena. Apa ni? Tak adil!
Tak apa! Just berlagak biasa, Liyana.
Buat bodoh aje. Eksyen bodoh aje depan dia. Liyana tarik nafas. Yeah! Aku boleh
buat.
Bila tubuh itu pusing, rasa
menggeletarlah pulak kepala lututnya. Lelaki itu masih galak merenungnya dengan
pandangan sinis. Pasti mamat ni duk
kutuk aku! Huh! Bencinya. Liyana tarik gelas jus oren. Tengok! Saat ini, dia baru
dapat merasai jus oren seperti yang dimintanya kepada lelaki itu. Lelaki itu
baru beri kepadanya selepas hampir sehari dia duduk dalam bilik ni. Semuanya
kerja Hairil. Memang dasar lelaki tak berperikemanusiaan betul. Dia punyalah
lama menunggu. Tunggu di mana datangnya jus oren tu. Rasanya, lelaki itu sudah
menyuruh setiausahanya untuk beli jus tersebut.
Tapi, bila dia tanya Hairil, lelaki itu
jawab PAnya masih belum pulang membawa jus tersebut. Tapi, rupa-rupanya, mamat sengal
itu sengaja sorok jus tersebut! Dan.. baru sekarang dia keluarkannya! Argh! Can’t believe this! Dia dipermainkan
dengan sebodoh-bodohnya? Urgh! Memang mamat ni sengaja mencabar kebetinaannya.
Nasib baik dia the Diva, boleh tahan
sabar dengan baik.
“Gedik!"
mata Liyana membulat. Dia kata apa tadi? Gedik? Dia cakap dekat aku ke tadi?
Liyana letak kembali gelas ke atas meja kaca itu.
"Awak cakap saya apa tadi?"
soal Liyana. Inginkan kepastian.
"Gedik!" Liyana angkat
kening. Rasa gelabah yang hadir cuba ditepis dengan baik.
"Kenapa? Tang mana awak nampak saya gediknya?" Hairil gelak sinis.
Sengaja mahu membakar hati Liyana. Pasti gadis ini paling tidak pun akan marah
bila ditempelak begitu. Namun, riak Liyana jauh panggang dari api. Meleset
habis tanggapannya. Gadis itu bukannya nak marah tapi kelihatannya begitu
berminat mahu mendengar kata-kata Hairil yang seterusnya. Hairil tarik nafas.
Hati batu ke apa minah ni?
"Cuba kau minum.." Liyana
menurut. Bagaikan lembu dicucuk hidung. Ikut aje.
"Tu.." Liyana angkat kening.
Tu apa? Geram pulak aku ni.
"Tu apa?" suara itu mahu
ditinggikan namun mengenangkan ada sesuatu yang dia inginkan dari lelaki ni,
jadi dia kontrol dulu. Tak apa. Lepas dia setuju untuk kahwin dengan aku, kita
hentam dia puas-puas.
"Nampak jari kelingking kau
tu?" Liyana angguk.
"Orang cakap kalau jari tu naik
bila kita tengah minum air, tandanya orang tu gedik!" membulat mata
Liyana. Apa benda dia cakap ni? Ni bahan dia nak kenakan aku ke? Tak guna! Mata
pandang Hairil. Lelaki itu sedang enak ketawakan dirinya. Apa yang lawaknya?
Ee! Tak apa. Dia tak kenal lagi siapa Liyana.
Liyana gelak. Gelak yang dibuat-buat
dengan intonasi gediknya. Gelaknya sehingga ternaik bahu-bahu sekali. Tak cukup
dengan itu, matanya juga dibuat gedik. Dikerdip-kerdipkan bulu mata itu
berulang kali. Haa! Amacam? Hebat kan? Hairil pandang semacam. Apa kena dengan
minah ni? Kurang vitamin C ke?
“Kenapa kau gelak? Kau baru tahu ke kau
ni gedik?” Liyana ketap gigi. Tak guna! Tak apa. Tenang, Liyana.
"Tak! Bukan sebab tu..” Hairil
angkat kening.
“Jadi? Sebab apa?”
“Sebab saya baru perasan sesuatu.
Sesuatu yang begitu mengejutkan saya..” ucap Liyana dengan penuh gaya gediknya.
Hairil buat muka. Melebih-lebihlah pulak minah ni.
“Apa dia?”
“Awak tahu tak yang awak ni
beruk?" membulat mata Hairil.
"What?!" marah Hairil. Liyana pura-pura kerut dahi.
Seolah-olah, tidak mengerti kenapa lelaki itu marah.
"Kenapa nak marahkan saya? Jangan
salahkan saya sebab saya hanya sampaikan aje. Sebab ada orang cakap manusia ni
asal daripada beruk." membulat mata Hairil.
"Kau percaya semua tu? Benda tu
teori bodoh, kau tahu tak?" Liyana angkat bahu.
"Dah kalau macam tu, itu jugak
teori bodohlah yang gedik tu." Hairil langsung terdiam dengan rumusan yang
dibuat oleh gadis itu.
Liyana sambung minum. Di sebalik gelas
itu, bibir merahnya merekah dengan senyuman kemenangan. Ambik kau! Padan muka!
“Argh!
Pergi berambuslah, kau!” Liyana gelak.
Berjaya Liyana. Kau menang!
HAIRIL pandang Liyana dengan pandangan tidak
puas hati. Liyana macam biasa. Buat bodoh aje. Tak peduli dengan jelingan maut
itu. Lelaki itu mengeluh berat. Jam dinding dijeling sekejap. Keluhan berat
terluah lagi. Sudah jam sebelas tiga puluh minit malam sudah. Wajah Liyana
ditatap lagi.
"Bila kau nak balik ni?" Soal
Hairil tanpa banyak soal bicara. Malas nak berdalih banyak dengan perempuan
yang tak tahu bahasa ni.
"Saya nak duduk sini terus. Selagi
awak tak terima lamaran saya, selagi tulah saya akan terus duduk sini."
Hairil mendengus. Degil betul minah ni.
“Kau ni dah gila ke? Aku dah cakap kan,
tak nak. Janganlah desperate sangat.”
Membulat mata Liyana. Automatik, jarinya berhenti dari scroll skrin iPhonenya. Dia cakap apa tadi? Desperate? Aku yang pekak atau dia yang bahalul?
“Awak ni memang…” kata-kata Liyana
tergantung sendiri. Kejap! Dia tak boleh cakap kasar! Tak! Tak boleh. Nanti
jatuh standard. Tenang, Liyana. Cari
cara lain nak bidas. Lama punya dia fikir, akhirnya Liyana memutuskan untuk
diam sahaja.
Oh! Inikah jalan penyelesaian yang
terbaik yang dia ada?
Liyana kerut dahi. Dah nak buat apa
lagi? Nak dancing-dancing
tengah-tengah lantai ni? Tak pun nak wrestling
dengan mamat ni? Huh! Jangan harap. Ini aje jalan terbaik yang dia ada untuk
memelihara kegedikannya ini.
Liyana.. Liyana.. Speechless dibuatnya!
“Eh, pergi baliklah..” Hairil sekali
lagi bersuara geram. Mungkin lelaki itu serabut dengan kehadirannya barangkali.
Ah, apa dia peduli?
“Dah awak ni kenapa sibuk sangat tanya
saya nak balik ke tidak? Ikut suka sayalah nak duduk sini atau tak.” Hairil
ketap gigi.
"Ikut suka hati kaulah! Duduklah
kau sampai mati kat sini." Bidas Hairil geram.
"Boleh aje. Duduk sampai mati.
Lepas tu, jadi hantu dan saya akan kacau awak terus. Biar awak tak boleh kahwin
dengan mana-mana perempuan! Biar semua perempuan takut nak dekat dengan awak
sebab saka Liyana." Liyana gelak jahat. Hairil pula mahu terbakar pun ada.
Serabut!
"Gila!!"
"Memang.. Gilakan awak!!"
Hairil buat bodoh. Sambung kerja lagi bagus! Liyana menjeling nakal pada
Hairil. Timbul dah idea pemusnah tahap petala langit dia ni. Tak habis-habis.
“Awak..” panggil Liyana dengan suara
sensualnya. Suara yang membuatkan bulu roma mana-mana lelaki naik. Hairil
berlagak macam biasa. Pen di tangan sibuk mencoretkan sesuatu.
“Awak..” Hairil tarik nafas panjang.
Duduk dengan minah ni memang dapat pahala banyak sebab mengucap panjang.
"Awak tahu tak ni dah malam?"
Hairil masih berlagak seperti tadi. Kerjanya diteruskan. Liyana pula makin
nakal. Makin Hairil khusyuk menyambung kerjanya, makin galak Liyana mahu
mengusik. Dia sudah berdiri tegak bersama langkah yang mula diorak ke arah
lelaki itu.
"Kau nak buat apa ni?" Soal
Hairil tiba-tiba. Dadanya berdebar sedikit gara-gara tindakan yang tidak
terkawal dari Liyana ini. Liyana gelak kecil. Jadi, lelaki tu pasang mata dan
telingalah ya sepanjang apa yang dia cakap? Ceh! Ingatkan memang lelaki itu
abaikan akan kewujudannya di sini. Liyana makin lebar senyumnya.
Hairil jadi cuak.
“Eh! Jauhlah sikit,” Suara Hairil sudah
bertukar. Sedikit cemas apabila Liyana mula mendekat. Liyana senyum herot.
"Kenapa susah sangat awak nak
kahwin dengan saya?" Soal Liyana. Gayanya persis perempuan psiko.
"Dah aku tak sukakan kau!"
Liyana tarik nafas dengan alasan itu. Tak habis-habis dengan rasa suka dia tu.
"Okey! Fine!" Telefon
bimbitnya dicapai. Hairil cuma pandang tingkah aneh perempuan itu. Ingatkan dia
akan diapa-apakan tadi. Dada diurut sambil mata perhati langkah Liyana.
Perempuan itu sedang jalan sekeliling kamar pejabatnya dengan telefon melekap
di telinga. Seperti sedang menunggu panggilan yang dibuatnya itu berjawab
barangkali. Tidak lama kemudian, suara Liyana bergema.
"Hello. Ini pejabat JAIS ke? Saya
nak buat laporan," bulat mata Hairil. Segera kaki berlari mendapatkan
Liyana sambil tangannya tangkas ingin merampas telefon itu.
"Weh! Apa kau buat ni?"
"Nak kahwin dengan awak!"
Liyana..kau
memang nekadlah.
Bab 10
SINARAN lampu suluh yang liar cukup meresahkan
Hairil. Sungguh dia tidak menyangka gadis itu akan bertindak seberani ini.
Mulanya, dia hanya menganggap itu sekadar gurauan bodoh sahaja. Tapi, bila dia
melihat pada skrin telefon Liyana akan panggilan yang dibuat gadis itu
betul-betul benar, dia mula bertindak. Tangannya segera mengheret gadis itu
untuk menyorok!
Kepala Hairil rapat mencium dinding.
Dadanya turun naik berulang kali. Usah cakap bagaimana perasaannya. Cukup
resah! Dan rasa resah itu turut dirasai Liyana. Tetapi bukan kerana lampu suluh
itu.
"Awak.." panggil Liyana. Agak
kuat suara itu.
"Shhh.." Hairil memintas laju
dalam nadanya yang tertahan. Liyana ketap bibir.
“Mana budak-budak tu? Tak ada pun.”
terjah satu suara. Liyana cuba memanjangkan lehernya. Hairil yang melihat
tingkah itu cepat-cepat dia tarik kepala gadis itu agar rapat ke dadanya
kembali.
“Apa awak buat ni? Saya nak tengok
diaorang kejaplah,” gumam Liyana dengan nada geramnya. Hairil menjengilkan
kedua-dua biji matanya.
“Kau gila?! Jangan nak mengada!” marah
Hairil dengan nada yang sama. Liyana tarik muncung.
"Ini tak lain tak bukan, mesti
panggilan palsu ni." rungut suara lain pula. Terdengar keluhan antara
mereka.
"Haih.. Apa nak jadi dengan
budak-budak ni? Suka sangat main-main. Tak tahu ke, yang kita banyak kerja.
Aduhai. Apa nak jadilah.." Bebel suara yang awalnya tadi pula. Liyana
ketap bibir. Dia tidak berpuas hati. Dia tak tipulah!
Lantas, lehernya ingin dipanjangkan
sekali lagi namun sekali lagi juga itulah Hairil bertindak dengan menarik
kepala gadis itu kembali. Kepala itu ditarik rapat ke dada bersama tangan sasa
lelaki itu sekali yang memegang kepala Liyana agar tidak lari lagi dari
dadanya. Bulat mata Liyana. Oh my God!
Liyana cuba meronta awalnya namun
tenaganya tidak begitu kuat untuk melawan. Lantas dia berdiam diri begitu
sahaja. Lama mereka berkeadaan begitu sehinggalah kumpulan JAIS itu berlalu
pergi.
Hairil cuba nasib, melihat keadaan
sekeliling. Bila semuanya tampak selamat, nafas kelegaan mula kedengaran. Lega!
Kepala Liyana dilepaskan dari terus digengamnya. Namun, Liyana tidaklah pula
larikan kepalanya dari dada Hairil malah gadis itu boleh pula berpura-pura
tidak sedarkan diri. Hairil pandang Liyana. Bahunya menolak badan gadis itu
sedikit.
Liyana buat bodoh.
"Hoii!! Pergilah dari badan aku
ni! Diaorang dah baliklah." marah Hairil.
"Alah! Diaorang ada lagi tu.
Duduklah sini sikit lagi. Satu jam dua ke, barulah kita lari." Membulat
mata Hairil dengan jawapan Liyana.
“Apa kau cakap? Jangan mengada! Cepat!
Aku dah naik rimas ni.” Liyana menggeleng.
“Tak payahlah. Kejap lagi. Lima minit,”
jawabnya malas. Sambil matanya terutup lagi. “Bestnya! Selesa sangat.."
gumam gadis itu perlahan.
"Apa kau cakap?!" Liyana
membulat. Opss! Dia dengarkah? Bibir bawahnya digigit. Aduh! Habis kau Liyana.
Apa pasal menggatal tak bertempat sangat?!
ARGH! Penatnya! Balik sahaja dari pejabat
Hairil, Liyana terus baring ke atas katil. Hujung
matanya sempat menjeling
telefon bimbitnya. Tercetus gelak kecil di situ. Bermula dari gelak kecil, tawa
itu kian kuat. Segera ingatan beberapa minit tadi berlangsung kembali dalam mindanya.
“Alah.. Dah
sampai ke?” Liyana memuncung panjang. Tidak suka! Terasa sekejap benar dia
melabuhkan punggung di dalam kereta Hairil ini. Hairil yang melihat perangai
mengada Liyana merengus geram.
“Eh!
Baliklah kau! Dah lewat ni! Dah nak dekat pukul dua dah ni,” Liyana pura-pura
menguap lalu dia buat-buat tidur di situ. Hairil menggeleng.
“Aku kata bangunlah!” bahu itu
digoncang Hairil. Kuat. Pabila tiada respon dari Liyana, makin kuat Hairil
tolak bahu itu. Liyana mendengus. Tidak suka ditolak begitu.
“Isyh! Lurus bendullah awak ni. Kalau
lelaki lain, tentu dah bawak saya ke lain ni.” Hairil ketap gigi. Eh, budak ni!
Jauh macam tu sekali dia fikir? Kepala Liyana ditolak menjauhinya.
“Eh, kau ni. Cubalah jual mahal sikit..
Tak ada cabaran langsung untuk lelaki nak kejar kau,” membulat mata Liyana.
“Dah nak buat macam mana, saya tak ada chance! Orang tu jual mahal sangat.
Kalau saya jual mahal, dua-dua rugi! Saya tak nak jadi manusia yang rugi..”
Hairil ketap bibir. Cakap dengan minah ni, memang sampai bila-bila dia tak akan
menang.
“Haih.. Memang saya dah gila! Bila awak
marah, macam mana saya boleh nampak awak lebih mengancam, ya?” terkedu Hairil.
Hilang terus amarah yang ingin memuncak dalam dada. Liyana kerdipkan bulu mata.
Buat-buat gaya perempuan comel.
“Dah! Keluar!” Liyana mencebik.
Ingatkan boleh lah buat lelaki itu terpesona dengannya. Ini apa dah jadi? Siap
kena halau lagi. Tak guna punya lelaki!
“Awak tak minat ke tengok saya buat
gaya macam ni? Tak nampak cantik ke?” Hairil pandang Liyana. Gadis itu berusaha
keras mengerdipkan bulu mata sekali dengan bahunya yang naik sekali. Sampai
macam tu sekali?
“Kau ingat kau nampak cute ke bila kau
buat macam tu?” soal Hairil malas. Tak ada mood dia nak melayan. Makin dilayan
makin mengada budak ni. Liyana tarik muncung. Badannya disandarkan di kepala
kerusi. Sengaja cari pasal dengan Hairil. Apa salahnya? Sengaja lengahkan masa.
“Tak cute ke? Habis nak buat macam mana
supaya nampak cute? Perlu saya buat gyomi?”
Hairil menggeleng. Jadi geram pulak.
“Eh, aku penatlah.” Bersinar mata
Liyana mendengar keluhan itu.
“Huh? Penat? Kalau macam tu jom! Jom
tumpang tidur rumah saya. Boleh berkenalan dengan parent saya terus,” Hairil makin geram. Sabarnya makin menipis
dengan gelagat gila Liyana ini.
“Kau keluar, sekarang.” arahnya tegas
dalam nada mendatar. Liyana tarik nafas. Tahu benar intonasi suara itu. Sengaja
tau nak menghalau dia!
“Pintu kunci..” Liyana beri alasan.
Hairil pandang pintu tersebut. Aah! Kunci! Lalu tanpa berlengah, tangkas sahaja
tangannya menekan punat di sisinya.
“Dah bukak..” Hairil pandang Liyana
kembali. Renungan mata itu selamba menunjukkan ke arah pintu keluar. Ceh!
Nampak sangat dia nak Liyana segera keluar dari keretanya.
“Tak boleh bukaklah. Tubuh saya
tersekat..” Liyana cuba nasib lagi. Tubuhnya terkial-kial cuba bangun, namun
tidak berhasil juga.
“Awak.. Kenapa ni? Saya rasa saya kena
tindih lah! Tak boleh bangun ni? Hah!! Macam mana ni?” Liyana bersuara cemas.
Hairil sudah tidak mampu bertahan lagi. Segera dia keluar dari perut kereta.
Terdiam Liyana dengan aksi spontan lelaki itu. Ke mana lelaki tu nak pergi? Nak
tinggalkan dia sorang-sorang kat sini ke? Keningnya diangkat seraya kepala
pusing belakang, mencari jejak lelaki itu.
Sibuk mencari di mana Hairil, tanpa dia
sedar pintunya dikuak dari luar.
“Argh!” terkejut Liyana. Dadanya
diurut. Menjeling tajam pada Hairil. Apalah mamat ni? Buat orang takut ajelah.
Ke sini rupanya.
“Kau dah kenapa?” Liyana diam, tidak
mahu menjawab. Sebaliknya, matanya setia memandang akan tingkah Hairil yang
membuka tali pinggang keledar yang mengikat tubuhnya tadi.
“Macam mana? Feel better? Dah tak rasa kena tindih lagi?” terkebil-kebil mata
Liyana pandang Hairil. Dia sindir akulah ni? Huh! Asyik kena sindir aje ni?
Orang nak berloyar buruk sikit pun tak boleh.
“Sekarang ni, rasa okeylah. Tapi kalau
awak tindih saya nanti macam mana?” Hairil geram dengan sikap mengada Liyana
ini. Tangan Liyana dia tarik keluar. Terkejut Liyana. Tubuhnya terdorong ke
hadapan.
“Aduh! Sakitlah! Janganlah kasar-kasar,
jadi merah lah kulit saya nanti,” Hairil buat bodoh. Apa dia peduli?
“Dah! Aku balik dulu,”
“Alah.. Dah nak balik ke?”
Tanpa menjawab soalan Liyana, awal-awal
lagi kaki itu masuk ke dalam perut kereta. Liyana angkat kening. Sampai hati
dia tinggal awek dia kat luar ni
sorang-sorang. Langsung tak romantik.
Kakinya dijungkit. Ingin melihat di
mana keberadaan kereta Hairil. Eh, mamat ni? Biar betul? Baliklah sini balik!
Dia sengaja tinggalkan kasut dia dalam kereta lelaki itu! Argh! Apa ni? Dia tak
nak pulangkan ke?
Baru kaki itu ingin melangkah masuk ke
dalam, ada kereta laju sedang reverse
menuju ke arahnya. Liyana angkat muka. Wajahnya terus berubah! Riak keterujaan
semakin meninggi. Wah! Tak sangka! Heronya akan datang ke sini semata-mata mahu
menggembirakan sang puterinya. Ceh! Banyaklah kau Liyana.
Kini, kereta itu berhenti tepat di
hadapan Liyana. Liyana angkat kening bila cermin kereta di hadapannya terbuka.
Nampak wajah kacak Hairil.
“Dah agak! Kalau kena penangan Liyana,
takkan boleh tinggal lama-lama punya! Itulah. Tadi, elok-elok dah JAIS ada,
boleh kahwin free-free. Eh, awak tahu
tak? Sekarang ni, perempuan-perempuan cantik ramai demand macam-macam tau bila lelaki ajak kahwin. Yang awak ni?
Cubalah bersyukur sikit bila dapat saya ni. Cantik kebabom kut.” Sampai langit ketujuh Liyana puji dirinya sendiri. Sayangnya…
Krik..
Krik.. Tiada
respon dari sesiapa.
“Apa kau
mengarut ni? Aku datang sebab inilah. Nah!” dicampak kasut tumit tinggi itu
dari luar tingkap. Membulat mata Liyana. Berani dia buang kasut aku?
“Kenapa
pulangkan balik? Pergilah bawak jumpa bomoh ke apa? Buat minyak pengasih ke?”
Hairil senyum sinis.
“Untuk apa? Aku tak buat semua tu pun,
aku dah dapat!” Liyana senyum girang! Jerat yang mengena!
“Really?
Wow! Nampaknya ada orang tu jual mahal dengan makna yang tersiratlah.” Hairil
senyap. Salahkan diri sendirilah tu sebab terlepas cakap.
“Jangan nak mengada! Daripada aku buat
minyak pengasih, baiklah aku santau kau dengan kasut tu. Ada jugak faedahnya.
Aman hidup aku.” Liyana buat muka.
“Cakap aje pandai. Buatnya tidak!
Berani awak nak santaukan saya? Percayalah selama awak hidup, hidup awak tak
akan tenang tahu tak? Sebab apa? Sebab saka Liyana!” Liyana gelak jahat. Dalam
sibuk dia tayang gelak jahat ala-ala gediknya, kereta itu sudah menderum laju
ke hadapan.
Tersedak terus ketawa itu. Liyana ketap
bibir.
“Hey! Hairil! Hairil! Balik sini balik!
Balik sini balik! Urgh!” dicampak kasutnya ke arah kereta itu. Tak kena!
Ting!
Liyana bangkit dari baringnya. Baru
tersedar dari anganan yang baru sahaja berlalu beberapa jam yang lepas. Dicapai
iPhone itu. Ada satu mesej masuk melalui aplikasi whatsapp. Bibirnya mengoyak
senyum. Ada voice mesej lah.
Jari mula tekan, download! Beberapa
saat berlalu.. siap! Tanpa berlengah lagi, jarinya terus memainkan mesej itu.
“Apa kau dah buat pada facebook aku?!”
Liyana gelak tak sudah. Tergolek-golek
dirinya ketawa atas katil. Mesej itu dibiarkan begitu tanpa berjawab. Jarinya
bergerak menekan butang pada aplikasi facebook. Di skroll atas bawah. Tiada?
Haih! Dibawa jari itu ke butang search.
Jari mula menaip sesuatu. Loading sekejap. Sabar menunggu. Bila
dah jumpa, bibir mengoyak senyum manis. Senyuman panjang tahap tak ingat.
Dibuka timeline akaun facebook itu.
Status paling latest..
Inilah
dia.. Wanita idamanku, sepanjang masa.
Akanku jadikan kau miliku. Hanya milikku.
Akanku jadikan kau miliku. Hanya milikku.
Itulah bunyi status tersebut. Liyana
pandang gambar itu balik. Ada seorang wanita yang bergambar dengan berlatar belakangkan
gambar Hairil. Dalam gambar itu, dapat dia lihat betapa lebarnya senyuman itu.
Wanita itu sungguh sempurna dan tampak cantik sekali. Di bawah status itu ada
hashtag. Wow!
#Liyana<3Hairil_Forever
Liyana senyum sumbing. Alahai abang
Hairil ni.. Tak perlulah nak kecoh-kecoh. Tahulah sayangkan saya sangat-sangat.
Seketika, tawa jahat itu mengilai lagi.

Haha..sabar jer la ngan liyana ni yer hairil
ReplyDeletesengal tak hengat minah ni..mmg xleh lepas dah
selagi xdpt selagi tu la dia kejar.. ;)