Pengikut Setia.. XD

Sunday, 10 May 2015

Liyana Bab 11





DAH macam orang tua. Dari dia mandi sehinggalah dia keluar, keluhan tak henti-henti keluar dari bibir. Rambutnya dilap dengan tuala kecil. Status di facebooknya sudah berjaya dipadamkan. Tapi dia pasti, Hairul sememangnya sudah melihatnya terlebih dahulu. Habislah aku. Apa pulak aku nak jawab nanti?

“Haishh..” geram Hairil jadinya. Ini semua sebab minah ni lah! Dia pun kurang pasti kenapa gadis itu seperti terlalu nekad mahu mendekatinya sedangkan mereka tak pernah kenal sebelum ini. Apa motifnya? Oh, sungguh Hairil bingung. Apa yang dia mahukan darinya?

Seperti yang dijjangka, telefon bimbitnya berdering. Hairil bergerak malas ke katil. Telefon bimbitnya dirampas. Tertera nama Hairul di situ. Dah agak. Mahu tak mahu, panggilan itu tetap dia jawab.

“Assalamualaikum.”  Mesra suara itu menegur. Hubungannya dan Hairul dah baik. Mereka kalau gaduh sekejap aje. Tak bertahan lama. Alah, kata orang air yang dicincang takkan putus.

“Walaikumusalam.” Sambut Hairil mendatar. Suaranya sudah lain macam. Memanglah, matanya pun dah kuyu. Dijeling jam di sebelah. Sudah hampir dua empat lima puluh minit pagi.

“Tak tidur lagi?”

“Kalau aku tidur, kau cakap dengan siapa sekarang ni? Zombi? Hantu?” terdengar gelak tawa di hujung talian di situ.

“Kenapa tidur lambat sangat ni? Jadi lupa dunia kau kan, lepas keluar dating?” Dahi ditepuk berulang kali. Aduh! Dia dah agak! Hairul mesti nampak status tu. Geramnya aku. Rasa macam nak putuskan talian ni aje.

“Sampai hati kau tak kongsi dengan aku.”

“Jangan nak merepeklah kau. Dia bukan siapa-siapa. Aku tak kenal pun.”

“Tak kenal? Habis macam mana boleh duduk dalam ofis kau?” ah sudah! Belakang kepala dia garu. Apa dia mahu jawab.

It’s complicated. Jangan tanya lagi.”

Complicatedlah sangat. Mengaku ajelah. Alah, tak salahnya. Kau tu pun dah lama membujang. Apa salahnya kau cuba hidup berdua?” seloroh Hairul lagi. Hairil yang dengar sindiran itu rasa nak hentam-hentam kepala abangnya. Gaya bercakap kalah orang tua!

“Ni kau call aku pagi-pagi buta ni..ada apa-apa ke?”

Hairul gelak.

“Kau jangan cakap kat aku yang kau call aku semata-mata sebab ni. Aku tumbuk kau, karang.” Memang panas hati kalau apa yang teka itu betul. Memang sengaja kembarnya itu mahu cari nahas.

“Bukanlah. Aku cuma terkejut bila nampak status kau..sebab aku ada terfikir sesuatu.” Kening Hairil naik ke atas spontan.

“Fikir apa pulak?”

“Kita memang ditakdirkan kembarlah. Apa benda kau ada, aku ada. Terkejut jugak aku tadi bila tengok kau up status macam tu.”

“Bukan aku yang post tulah!” pangkah Hairil laju. Tapi, dia diam tiba-tiba. Akalnya seperti memproses kata-kata si abang.

“Hairul.. apa benda sebenarnya kau nak bagitahu aku ni? Boleh tak tukar topik lain? Aku dah bosan ni.” suaranya mula serius.Dia tidak suka apabila dikaitkan dengan Liyana. Berkenalan tak sampai sehari sudah bergelar jodoh? Oh, tolonglah.

Hairul tergelak. Tahu sangat rupa adiknya itu.

Kidding.” Hairil buat muka. Nak bergurau boleh. Tapi bukan tentang gadis malang itu. Memang jelas terasa balanya lagi. Aduh!

“Tapi, dia okey apa? Cantik..” Hairil jongket kening. Suara abang kembarnya ini kedengaran lain macam. Ini macam nak menyindir aje. Hairil memilih untuk diam. Dia malas nak cakap banyak-banyak. Giliran Hairul pula diam. Suasana sepi antara mereka buat lelaki itu mengeluh kecil.

“Dia sudah ada andaian sendiri. Disebabkan tidak mahu menuduh melulu, dia tanya dulu. Jangan buat andaian sendiri, itu prinsipnya.

I think..aku dah jumpa jodoh aku.” bulat mata Hairil. Rasa kantuknya terus hilang. Mata yang makin sepet sudah macam nak terkeluar kedua-dua biji matanya. Apa yang abang dia cakap tadi?

“Kau serius?”

Hairul gelak.

“Aku tak tipu.”

“Cantik tak?” amacam? Itulah soalan pertama lelaki.

“Itu tak penting.” Hairul..itulah abang kembarnya. Bagi kembarnya itu, cantik rupa tak penting. Apa yang penting, cantik dalaman. Tapi, bagi Hairil dia amat pentingkan luaran dan dalaman.

Itulah satu-satunya perbezaan yang dia nampak antara mereka berdua. Abangnya baik sikit berbanding dia. Dia pula seorang yang memilih.

“Iyalah! Tapi, cantik ke tidak? Kalau tak aku reject!” ucap Hairil sekadar ingin bergurau. Sudah lama rasanya mereka tidak bermesra begini. Betapa sudah lama mereka terpisah gara-gara sikapnya yang dulu. Hairil mengeluh sendiri tatkala terkenangkan perihal yang lama itu.

“Cantik rupa paras takkan kekal. Harta tinggi melangit pun ke kubur juga. Kalaupun baka dia dari yang baik-baik sekalipun boleh jadi busuk dan buruk kalau tidak pandai menjaga. Yang hakiki hanyalah agama. Jangan nilai wanita dari persepsi kehendak nafsu tapi nilaikan darjatnya di sisi yang Maha Esa. Tak semua beruntung untuk memiliki gadis seperti itu. Gadis baik-baik untuk lelaki baik-baik. Nak ibu kepada anak-anak kita yang jenis pandai menjaga maka harus bijaklah menilainya dari sekarang. Kelak menyesal gigit jari baru tahu.” Panjang lebar Hairul menerangkan ciri-ciri calon isteri yang perlu dititikberatkan oleh kaum adam di sisi agama islam. Hairil pula hanya tekun mendengar tanpa berniat untuk menganggu.

Hakikatnya, apa yang dibicarakan oleh abang kembarnya itu adalah benar belaka. Tidak ada sedikit pun salahnya, cuma biasalah pabila manusia.. Antara kehendak dan kemahuan, dua-dua dijadikan keutamaan. Maka, Hairil rasakan tidak salah sekiranya dia masih inginkan juga gadis yang cantik paras rupanya untuk dijadikan sebagai isteri.

Yelah, kalau nak cari bini biarlah yang menyenangkan. Yang sejuk mata memandang. Takkan nak pilih orang yang mukanya bagai jambu batu yang tumbuh meliar di muka? Nak pandang pun tak lalu. Naya aku kalau dapat yang macam tu!

“Apa-apapun, cantik tak?” Hairil sengih sendiri. Lagi sekali dia bertanyakan hal yang sama. Ini memang menempah maut namanya. Kena marah dengan Hairul nanti.

“Cantik.” pendek jawapan Hairul. Menjawab juga semata-mata mahu puaskan hati adik kembar seirasnya punya pasal. Ah, memang silap besarlah Hairil tanyakan padanya. Baginya, cinta hatinya mana pernah nampak buruk di pandangan mata. Akan tetapi, memang tak dapat dirinya sangkal sama sekali. Apa yang terbias pada pandangan mata lelakinya tak pernah menipu.

Pilihannya sudah tepat! Tepat dengan ciri-ciri muslimah yang diidam-idamkan oleh pria-pria di luar sana. Ceh! Dia bercakap bagai gaya dirinya sudah dapat pikat si gadis itu sahaja pula. Tidak semena-menanya Hairul tersengih. Apa nak jadi dengan kau, Hairul? Aduhai…

“Orang sana ke?” lagi Hairil selidik.

“Hurm. Tapi bukan asal sini lah. Itu yang aku dengar. Kata orang, keluarga dia mix. Malaysian and orang sini.” Hairil mengangguk kecil. Sudah membayangkan bagaimana rupa bakal kakak iparnya. Mix pun pasti akan ada iras-iras orang arab, kan? Orang arab memanglah cantik. Wah! Tak sabar pulak untuk dia tengok siapa bakal iparnya itu.

“Mama macam mana? Kau dah bagitahu mama?” tiba-tiba terlintas persoalan itu di benak Hairul. Lantas, diutarakan terus apa yang terbuku di dadanya. Hairul pula menggeleng bila terdengar akan suara yang seperti kurang sabar itu.

“Nak bagitahu apanya. Macamlah kitaorang dah declare.” Hairil mencebik. Suara abangnya sungguh menjengkelkan. Tanya sikit nak naik suara kenapa? Huh!

“Lah. Beria-ria kau cakap, rupa-rupanya kau syok sendiri aje?” makanya, kesimpulan kecil mudah dibuat Hairil. Hairul tergelak.

“Tak salahkan?” terlepas juga tawa dari bibir Hairil.

“Apa-apalah. Semoga berjaya bawak balik bakal kakak ipar aku tu.” makin menjadi-jadi gelak Hairul. Apa yang lawaknya? Pelik sungguh Hairil yang menjadi pendengarnya. Atau  memang macam ni kalau orang dah angau nak bercinta?

Naik bulu roma dia. Huh! Teruk sangat agaknya kalau kemaruk cinta ni. Aduhai. Kalau macam ni gayanya, seram sungguh untuk dia nak bercinta. Sumpah dia tak nak.

Kau cakap macam kau sendiri tak pernah bercinta? Bisik hati itu jahat. Hairil terdiam sendiri dengan kata dari gerak hatinya.

“Eh, dah lewat ni kan? Kau tak kerja ke esok?” Hairul mengingatkan. Itupun setelah dia terpandangkan jam di dindingnya yang menunjukkan hampir ke arah jam sebelas malam itu. Dekat dia sebelas malam kalau di Malaysia sana? Pukul tiga kut!

Rancak bercerita, Hairil langsung tidak sedar akan hal itu. Namun, apabila sudah diingatkan oleh Hairul, moodnya untuk berbicara terus direntap pergi. Argh! Itu satu hal. Gara-gara minah tu punya pasal, dia yang sengsara. Dia yang kena tanggung semua ni.

“Tak kerja lah kut esok.” Dengan malas Hairil beralasan.

“Haa! Nak keluar dating la ni? Maju sungguh adik aku sekarang ni.” usik Hairul. Cepat sahaja dia membuat konklusi. Meluat Hairil dibuatnya pula.

Mintak jauh-jauh la.

“Tak ada maknanya. Dahlah! Aku nak tidur ni. Gara-gara minah tu punya pasal, aku pulak yang kena tanggung. Penat aku.”

“Biasalah. Adat orang bercinta.” Panjang bibir Hairil mencebik.

“Jangan harap aku nak tergila-gilakan minah tu. Aku tak kenallah dia. Kau jangan nak kaitkan aku dengan dia. Huh. Dahlah. Aku nak tidur.” Sangkal Hairil laju-laju. Harap tak jadilah apa yang si Hairul tu cakap. Malas dah dia nak fikir. Talian dimatikan.

Tanpa berlengah lagi, gebar ditarik tinggi meyelimuti tubuhnya. Esok..harap-haraplah ada sinar buatnya. Sinar untuk dia bahagia sebab dia dah cukup menderita hari ini.


BALA! Memang hidupnya bala sungguh. Apa nak jadi dengan dia? Argh! Hidup Hairil makin rasa tak berguna bila dia asyik dikawal setiap masa. Entah dari mana minah ni jumpa aku? Macam mana dia tahu aku tak pergi kerja dan yang paling penting macam mana dia tahu aku ada kat sini? Urgh! Tertekannya!

“Kau nak apa dari aku?" Hairil menyoal serius. Dia sudah bosan. Tak boleh tahan dah. Ke mana sahaja dia pergi pasti gadis itu akan ada sekali. Baru semalam mereka berpisah, Hairil ingat dia dah boleh larikan diri dari Liyana. Sangka dirinya, pasti gadis itu akan datang ke pejabatnya lagi. Oleh itu, dia ambil EL dengan aktiviti yang bisa menenangkan dirinya dengan melepak di golf club namun lain pulak jadinya. Nak terkeluar biji mata bila dia nampak Liyana juga turut berada di sini.

Malang sungguh hidupnya. Peristiwa dirinya hampir-hampir ditangkap khalwat semalam menjengah ke dalam mindanya kembali. Dahi Hairil ditepuk. Aduh! Dia sungguh bencikan dengan peristiwa itu. Mata Hairil pandang tegak ke hadapan. Wajah Liyana ditatap. Wajah yang beriak tidak bersalah!

Liyana langsung tak rasa apa-apa. Boleh pulak dia senyum manis kat lelaki tu.

“Hai, awak. Morning,” ceria suara Liyana menyapa. Hujung kakinya sengaja digeselkan ke seluar Hairil. Hairil tarik kakinya menjauh. Liyana mencebik. Tarik muncung, dan tubuh bersandar ke kerusi. Elok sangat perangai gedik macam tu.

“Apa? Buruk tahu tak, buat muka macam tu. Ingat cantik?” sindir Hairil pedas. Liyana ketap gigi. Tak habis-habis lelaki ni nak menyindirnya. Semalam kutuk skirt dia, sekarang? Cakap wajah dia pulak? Esok-esok? Cakap mulut dia berbau? Oh! Hello, tolonglah. Gosok gigi tiga kali sehari kut. Kalau dia cakap macam tu jugak, memang dia akan gosok gigi tiga puluh kali sehari lah! Biar kasi gusi dia berasap.

Benci sungguh rasanya!

Nasib baik aku berlagak macam sukakan mamat ni, kalau tak jangan harap lelaki ni masih bernyawa sampai ke saat ini.

“Kau buat apa kat sini?” soal Hairil lagi. Dingin benar suaranya.

"Tak faham lagi ke? Dah terang tang-tang dah ni. Saya penat-penat ikut awak ke hulu ke hilir macam ni. Boleh awak tanya soalan macam orang tak lepas SPM tu? For surelah, saya datang sini sebab nak awak kahwin dengan saya.” Jawab Liyana angkuh. Jawapannya kedengaran agak berlagak. Tak sedarkah gadis itu dia sedang meminta pertolongan dari lelaki ini? Huh! Gaya yang sungguh biadap.

Nak minta tolong buat cara minta tolong. Diam lah kau! Lantang Liyana memarahi hatinya agar diam dari menderhakai tuannya.

“Awak tolonglah. Saya dah pening fikir macam mana ni. Semalam saya migrain awak tahu tak? Semuanya sebab saya fikirkan tentang hal ni.." bohong Liyana sambil pelipisnya diurut-urut. Menipu lagi sedangkan semalam tak henti-henti dia gelak guling-guling atas katil, gelakkan lelaki itu. Teringat balik status yang dia post di timeline lelaki itu. Memang kerja gila Liyana. Haha. Hairil menyandar di kepala kerusi.

“Migrain kepala otak kau! Aku yang patutnya migrain! Kau tahu tak berapa ramai yang text aku tanya pasal gambar…” Hairil ketap bibir. Ah sudah! Dia sudah terlepas cakap ni! Kena jadi bahan lawak minah ni lah pulak alamatnya. Ah, geram betul aku. Liyana sudah senyum memanjang usai mendengar ulasan itu.

Menarik! Lantas, tubuhnya sengaja didekatkan dengan tubuh lelaki itu.

“Kawan awak tanya apa pasal kita? Dia tanya bila nak kahwin ke?” Hairil buang pandang.

"Eh, sebenarnya kenapa kau kena pilih aku? Kau dah tak ada calon lain ke?" Hairil tukar topik. Liyana mencebik. Suka sangat mengelat. Tak tahu nak jawab macam manalah tu. Tapi, gara-gara dia lihat bersungguh-sungguh lelaki itu bertanya, hatinya jadi lembut sedikit untuk menjawab. Lalu, Liyana menjawab soalan itu dengan gelengan kecil.

"Tak! Tak ada. Tapi, kalau saya ada calon pun, saya tetap akan pilih awak." Hairil angkat kening.

"Kenapa pulak?"

"Sebab awak handsome. Kawan lelaki saya semua tak sehandsome awak. So, kalau saya nak buat boyfriend saya jealous, saya kena ambik orang yang lebih handsome dari dia." Liyana sempat buat muka. Ya ya lah tu. Tapi, part handsome tu memang Liyana tak boleh nafi lagi.

Hairil gelak sinis. Dalam gelaknya itu terselit juga rasa bangga sedikit. Siapa tak bangga bila perempuan memujinya?

“Cinta tak kenal erti rupa..” Hairil termangu sendiri dengan apa yang diujarkannya sebentar tadi. Yelah tu sedangkan dia sendiri menitik beratkan tentang hal itu. Liyana pula terkebil-kebil memandang Hairil. Tergamam sendiri dengan rumusan dari lelaki itu.

“Rupalah penting supaya nanti bila tua tak adalah makin hodoh untuk dipandang.” Liyana menjawab dengan jawapan poyonya sementara Hairil sudah rapat ketap gigi. Orang bagi nasihat serius boleh pulak dia main-main.

“Rupa cantik kalau perangai tak cantik tak jadi jugak..” perli Hairil. Liyana yang sedikit sentap berpeluk tubuh sambil mencari idea untuk membalas.

“Nasib baik saya dua-dua cantik.” Hairil mencebik. Sendiri angkat bakul betul.

“Orang buta aje boleh kahwin dengan kau..”

“Mintak-mintaklah awak buta. Baru boleh kahwin dengan saya. Ya tak?” nafas panjang ditarik-tarik. Rasa oksigen berlumba-lumba masuk ke dalam paru-parunya. Cepatlah masuk. Cepat sikit sejuknya.

Liyana yang melihat riak wajah itu, tahan gelak. Nak marah lah tu.

“Alang-alang, awak dah beria-ria cari saya jom lah kita main golf sama-sama.” Ajak Liyana angkuh. Tak sedar siapa yang cari siapa.

Hairil sekadar ketap gigi. Entah siapa nak ikut dia?

Next Bab: Liyana Bab 12

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.
Anda dah baca smuanya? Sila-silalah komen, ya.
Beri pendapat mahupun penambahbaikkan.
Terima kasih.
Kerjasama anda, amat saya hargai.

Copyright© All Rights Reserved silencernovel.blogspot.com