LIYANA hentak kaki. Semua orang di sini,
pandang semacam padanya. Liyana apa kisah? Buat bodoh dengan muka ‘blur’nya sahaja. Hatinya sekarang ini
sedang menahan gelodak geram yang teramat. Dia jalan lagi ke depan. Tiada lagi?
Jalan lagi. Tiada jugak? Ee! Mana Hairil ni? Mati-mati dia ingatkan lelaki tu
nak kejar dia tadi.
Buat letih
aje merajuk macam orang bodoh depan dia. Sekarang? Dah tak dapat berkepit
dengan lelaki tu. Liyana berhenti. Jadi? Apa susah? Pergilah patah balik.
Liyana gigit bibir dengan cadanganya sendiri. Okey ke? Alah.. Malulah! Oh, my.. Bila masa pulak kau tahu erti
malu ni, Liyana? Liyana terdiam dengan kata hati sendiri.
“Betul
jugak, kan? Apa nak dimalukan dengan lelaki tu? Alah.. Hairil aje pun. Bakal suami
aku jugak. Nak malu apa?” baru langkah pertama ingin dibuka.
“Eh, Liyana?”
sapa suara manja itu. Liyana kerut dahi. Dengarnya macam suara perempuan. Tapi
kenapa bunyinya lain macam? Lunak bukan main lagi. Tergedik-gedik suara itu.
Rasanya aku tak pernah lagi ada hubungan sumbang mahram dengan sesiapa ni.
Minah mana pulak gatal panggil aku macam tu? Bila kepala pusing belakang.. Oh!
Patutlah! Si ratu petala langit gila ni.
Liyana mencebik kecil bila pandang
penampilan perempuan itu. Lebih seksi darinya. Dia yang pakai skrit paras lutut
pun dah rasa cukup seksi inikan pulak kalau pakai paras paha? Ya ke, Liyana?
Bukan kau dua kali lima aje ke? Kau pun pakai skrit macam ni jugak semalam. Ah!
Itu hal lain. Itu kategori menggoda. Dah tak jalan taktik tu dengan Hairil, aku
pakai baliklah skrit paras lutut ni. Tapi hari ni, aku macam insaf sikit. Pakai
jeans. Amacam? Nampak warak tak aku?
“Kau buat apa kat sini?” soal Liyana.
Suara kembali macam dulu-dulu. Intonasi keras dan dinginnya bila berjumpa
dengan musuhnya yang satu ini.
“Aku? Aku..” mata Marlia naik atas.
Bertukar senyuman dengan sang jejaka di sebelahnya ini sambil jari gadis itu
begitu manja mengelus lengan lelaki yang terdedah itu. Sang arjuna itu pula,
bukan main panjang sengihannya. Lelaki! Sama aje! Lelaki di sebelah Marlia
dijeling Liyana. Lelaki lain lagi. Huh! Dasar perempuan buaya!
“Aku temankan David ni, pergi main
golf. Aku tak nak tapi dia asyik ajak aku.. tak sampai hati pulak untuk aku
tolak. Nak buat macam mana, bila dah ada boyfriend ni kenalah jaga sikit. Well.. ehem! Takut melepas,” merah padam
muka Liyana. Lagi panas hati bila melihat senyuman sinis itu.
Nampak sangat kata itu tertuju padanya
sebenarnya. Dasar perempuan tak guna! Kisah lama diungkit kembali sekaligus
mengigit memorinya kembali.
“Kau pulak buat apa kat sini?” Liyana
gigit bibir. Mahu jawab apa? Nak cakap dia ke sini sebab boyfriend? Oh! Pasti dia akan dijadikan bahan sindiran wanita itu
nanti. Marlia cukup kenal dirinya. Pasti gadis itu tidak percaya jika dia
katakan yang dirinya datang ke sini semata-mata kerana lelaki.
“Aku tanya ni? Cari… jodoh ke? Atau..
kau ada temu janji? Oh, takkan…”
“Kau buat apa kat sini?” Marlia kelu
lidahnya bila mendengar suara itu. Lidahnya bagaikan keras. Matanya pula
membulat bila pandang wajah itu. Liyana pula mengangkat pandangannya. Hairil?
Akhirnya! Dari senyuman resah dan gelisah itu kian bertukar menjadi senyuman
sinar kebahagiaan. Oh, my hero!
Sayangnya aku kat kau!
“Abang.. Abang ke mana, tadi? Puas Yana
cari tau,” balas Liyana dengan versi gediknya. Aksi Marlia turut ditiru Liyana.
Bergesel tubuh sikit, then main-main
jari atas lengan dia. Hairil jongket kening. Kena sampuk agaknya minah ni? Dipandang
Liyana dengan lirikan matanya yang turut sama memberi amaran pada gadis itu. Dicuba
tarik tangan dari pelukan Liyana tapi Liyana seperti sengaja mengeraskan
pelukannya. Hairil satukan keningnya dan bibirnya diketap tanda tidak suka!
Liyana buat muka kesian bak muka kucing bila minta diberi makanan.
Huh. Hairil mengeluh lantas dibiarkannya
sahaja pelukan itu berlangsung. Dalam terpaksa dia relakan. Liyana senyum.
“Abang nak makan tadi kan? Jom..”
membulat mata Hairil. Ini dah lebih! Tadi peluk ini dah panggil abang siap. Apa
kes?
“Apa ni? Sejak bila aku..”
Tup!
Liyana cubit pinggang lelaki itu.
Terdiam terus Hairil dibuatnya. Liyana gelak kecil. Gelak semata-mata mahu
menutup kesan jeritan kesakitan lelaki itu dari dikesan Marlia.
“Err..” suara kelu itu membuatkan
Liyana teringatkan sesuatu. Dilihatnya Marlia seperti terkedu dengan drama
sebabak yang dilakonkan mereka ketika ini. Di kala itu, muncul pula idea
pemusnah Liyana. Kata orang putih sepertinya ini adalah, perfect timing. Wah! Masa balas dendam ni.
“Oh! Lupa pulak I. Abang, ini Marlia.
Dan Marlia.. ini..” sengaja Liyana matikan katanya di situ, menyuruh Hairil
untuk tampil memperkenalkan diri. Dan entah kenapa Hairil begitu ringan
tangannya menghulur. Tak tahu ikhlas untuk menolong Liyana ataupun sekadar mahu
mencari alasan untuk berkenalan dengan Marlia.
Tidak! Tidak akan sesekali dia benarkan
itu terjadi. Hairil tidak boleh bergandingan dengan Marlia! Titik.
Ini dah kenapa?
Cemburu kah? Kepala otak dia dah gila
agaknya. Entah siapa yang nak mamat hati batu macam ni? Kalau tak disebabkan
rancangannya ini, memang dia tak akan nak lah buat semua kerja ni. Menyesal pun
ada. Buat penat aje dia kejar tapi keputusannya memang asyik negatif aje. Kalau
dia tahu Hairil ini bagaimana, tak akan sesekali dia ingin mendekat. Tapi,
sudah terlanjur. Nak buat bagaimana?
Alang-alang dia sudah mulakan langkah,
biarlah sampai ke penghujungnya. Kata orang gengam bara api biar sampai jadi
arang. Begitulah perumpamaannya.
“Hairil..”
Membulat mata Marlia. Tidak berkelip
wajahnya merenung Hairil. Liyana sudah panjang sengihannya. Amacam? Hebat tak
drama yang dia lakonkan sekarang ini?
Jelas Liyana berpuas hati. Good job, Liyana. Seru hatinya dengan
penuh perasaan bunga yang memenuhi ruang dadanya.
DARI awal mereka sampai ke
restoran di sini hinggalah ke saat ini, Liyana langsung tak pandang muka Hairil.
Wajahnya muram dan tunduk merenung lantai. Mulutnya juga membisu dari bersuara.
Hairil mengeluh lagi. Lagi? Dah berjuta kali dia mengeluh gara-gara minah ni.
Boleh jadi cepat tua dia, kalau begini gayanya. Dia yang mengeluh, sudahlah
bersama pakej kerutan di dahi. Ini kalau banyak sangat mengeluhnya boleh
berkedut mukanya.
Kalau dah sampai tahap berkedut, tak tahulah nak jawab apa.
“Buat apa kau ajak aku minum kalau gayanya macam ni?
Bosanlah, aku! Aku blahlah dulu,” Hairil pura-pura ingin bangun. Bila bangun,
kakinya pula mengeras. Kepala pandang ke bawah. Nampak kepala Liyana sedang
tidur beralaskan kedua-dua lengan dengan kepalanya tunduk ke bawah. Hairil
duduk kembali.
“Kata nak balik?” suara Liyana begitu lemah bertanya.
Matanya perasan akan kasut sukan yang masih statik tidak bergerak di bawah meja
tersebut.
Sepi suasana dengan soalan yang tidak berjawab, Liyana nekad
untuk bangun dari pembaringannya itu. Dipandang lelaki itu. Soalan itu tidak
dijawab Hairil sebaliknya telapak tangannya naik menyentuh dahi Liyana. Dahi
Liyana berlapis kerutannya tatkala menerima sentuhan yang jelasnya langsung
tidak dia duga itu. Kenapa pulak dengan mamat ni? Apa kena pulak ni?
Tertanya-tanya Liyana dengan perilaku itu. Aneh!
“Tak panas pun? Kau migrain
ke?” komen Hairil lepas. Dalam pada masa yang sama, tanpa sedar bibir Liyana
terlukis dengan senyuman kecil. Tidak sangka masih terselit juga rasa
berperikemanusiaan dalam hati batu Hairil ni. Sekarang tidak pasal-pasal terasa
dirinya dihargai oleh lelaki ini. Oh, please
jangan perasan Liyana.
Jangan buat kerja gila! Pesanan penaja yang teramat
berharga. Haruslah! Buatnya kalau dia jatuh cinta dengan mamat ni nanti
bagaimana? Tak sanggup dia kena hadap muka ini hari-hari. Waktu itu, memang
hari-harinya bermusim sejuk ajelah jawabnya. Frozen.
“Kau ni kenapa?” Hairil bersuara tenang. Agak panas juga
apabila tangannya ditolak Liyana tiba-tiba. Tak ada angin mahupun ribut, gadis ini buat perangai. Sudahlah hari
ini dia terpaksa menghadap minah ni lagi. Apa nasib dia agaknya? Agaknya memang
saka Liyana dah terkena padanya mungkin.
Mengarut!
“Siapa Marlia?” Hairil angkat kening dengan pertanyaan
spontan dari Liyana ketika ini. Pelik dengan soalan itu. Liyana pulak tak tahu
apa yang merasuk dia sekarang ini. Hakikatnya, dia sememangnya sudah tahu
sebenarnya apa yang terjadi antara Hairil dan minah sewel tu tapi dia masih
gatal nak tanya lagi.
Entah apa yang meracuni fikirannya sampai-sampai ringan
benar mulutnya menagih sebuah penjelasan dari lelaki ini. Kenapa tiba-tiba?
Bimbangkah dia? Bimbang kerana takut Hairil akan berjaya dikebas Marlia kah?
Terus, kalau itu terjadi bagaimana? Cemburukah dia? Liyana tarik nafas.
Rumusan yang cukup mengarut dan tak munasabah langsung. Mana
mungkin hatinya sudah berpaut pada sang jejaka itu. Perkenalan yang memakan dua
hari itu boleh membuahkan rasa cinta? Impossible!
“Kenapa nak tanya aku pulak? Of course, di kawan kau kan?” Liyana ketap gigi. Terus, pinggang
Hairil dia cubit laju. Hairil mengaduh. Langsung tidak faham kenapa dirinya
dijadikan mangsa oleh gadis itu. Apa salahnya? Dia jawab jujurlah tadi. Memang
jelasnya dia tak kenal siapa gadis itu.
“Ee! Bila orang tanya jawablah elok-elok. Tak pernah nak
serius!” kemarahan tiba-tiba Liyana itu mengundang keluhan dari bibir Hairil.
Sakit pulak hati dia apabila Liyana tidak mempercayai kata-katanya.
“Salah ke jawapan aku?” kini giliran Hairil pula untuk
mempersoalkan akan jawapannya tadi. Sudah terang lagikan bersuluh memang dia
tak kenal perempuan itu. Untuk itu kenapa Liyana nak marahkan dia pula?
“Awak sengaja kan? Kalau kenal cakap kenal. Senang!” suara
yang melenking naik seoktaf bikin Hairil keliru. Apa kena dengan Liyana?
“Kau kenapa?” kalau Liyana bisa tinggikan suara padanya, dia
pun sama. Jangan fikir ego dia sahaja yang nak dijaga, dia pun juga ada. Cuma
tak dijungjung tinggi ke langit seperti Liyana ini.
“Awak jumpa dia di mall tempoh hari. Di parking lot dekat
Time Square dulu. Remember?” Liyana
mengingatkan.
Matanya tidak lepas dari memandang Hairil. Kelihatannya
lelaki itu sedang berpeluk tubuh sambil tangan lembut mengurut dagunya. Gaya
persis sedang memikirkan sesuatu sahaja. Nak cari memori lama dengan gadis
secantik Marlia itu pun susah ke? Berapa banyak perempuan cantik yang Hairil
pernah dampingi sampai kelihatannya susah benar untuk lelaki itu ingat kembali
kejadian di parking lot tempoh hari? Panas pulak Liyana dengan tingkah Hairil
yang seakan sengaja buat dirinya ternanti-nantikan akan jawapan darinya.
“Aku buat apa kat sana?” nasib baik tak jatuh rahang Liyana
mendengar soalan itu. Tiga ratus enam puluh darjah berbeza daripada apa jawapan
yang dia sangka.
“Jadikan saya isteri awak dulu barulah saya boleh tahu
setiap gerak geri awak.” Sindir Liyana dalam diam. Geram jugak sebenarnya.
Kalau dia tahu tak adalah pulak dia nak tanya.
“Awak tak ingat?” duga Liyana. Sekadar berbalas lemah.
Hairil menggeleng. Yakin bahawa dia sememangnya tidak ingat siapa gadis itu.
“Macam mana awak boleh lupa dengan perempuan hot macam tu?
Kalau lelaki lain hampir malam-malam duk mimpikan si jembalang tanah tu.”
Hairil tarik muka. Apa kes untuk dia sampai-sampai nak mimpikan anak dara orang
segala?
“Nak buat macam mana? Aku tak ingat.” Dalam malas Hairil
menjawab juga. Minuman yang berbaki separuh disambung minumnya.
“Awak tak ingat dia?”
Hairil menggeleng.
“Sikit pun.” Kening Hairil sudah terjongket sebelah. Ini dah
kenapa? Siasat bukan main lagi. Dilayan dirinya tak ubah bagai dirinya adalah
seorang penjenayah sahaja.
“Kau nak tahu sangat ni kenapa?”
“Awak ada apa-apa ke dengan dia?” ketapan bibir diketap
rapat dan kuat. Sungguh soalan kali ini membuatkan hatinya bertambah sakit. Apa
kena dengan Liyana?
“Kau dah kenapa? Aku jawab tak tu, maknanya tak adalah!”
sudah keluar suara Hairil yang garang seperti di pejabatnya tempoh hari.
Marahlah tu. Liyana tinggal diam. Tahu pula dia timing kali ini tidak sesuai untuknya bertekak dengan lelaki itu.
Apatah mereka kini sedang berada di khalayak umum.
“Jom balik.” Putus Hairil. Minumannya disedut hingga habis.
Kunci kereta dicapai lalu digengam kemas. Sambil bangun, matanya tidak lepas
dari merenung Liyana. Gadis itu masih lagi kaku di tempat duduknya.
“Jom balik.” Ulangi Hairil lagi. Sedikit kuat dari yang
sebelumnya. Namun, Liyana masih lagi sama. Rajuknya lebih merajai dirinya
ketika ini.
Hairil mengeluh. Dah buat balik perangai mengada minah ni.
Marah sikit dah nak sentap. Ini kalau difikirkan rasanya dia lah yang perlu
marahkan gadis ini. Sudah pandai mahu masuk campur ke dalam urusannya lagi.
Dipaksa untuk ingat gadis yang mereka jumpa di golf club lagi. Dah dia memang
tak ingat, apa dia boleh buat?
Dia dah cuba ingat balik, namun tak juga dia ingat. Jadi,
salah diakah? Lagi satu! Liyana memang harus dia hukum. Sudah pandai gadis itu
menceroboh hak privasi hidupnya. Ini tak lain tak bukan mesti Liyana mengintipnya.
Kalau tidak, masakan gadis itu tahu tentang pertemuannya dengan gadis di golf
club tersebut?
Sayangnya gadis itu adalah Liyana. Marahlah sehangat larva
gunung berapi sekalipun, jawapan dan reaksi Liyana tetap sama. Gediknya tetap maintain dengan wajahnya yang digayakan
dengan lagak penuh bergaya dan cool.
Huh!
“Dah! Jom balik! Dah lewat. Mari aku hantarkan kau,” Kali
ini, lengan Liyana Hairil tarik. Namun, Liyana bertindak tarik kembali
tangannya. Sesuatu yang mengejutkan Hairil. Kepala lelaki itu pantas pusing
menghadap Liyana. Liyana senyum kecil.
“Saya boleh balik dengan teksi.” Hairil mengeluh kuat. Ini
yang dia tak berkenan sangat ni. Bukan kerana dia sayang mahupun cinta tetapi
keselamatan gadis itu. Malam-malam begini ditambah pula dengan keadaan mereka
di Kuala Lumpur begini macam-macam benda boleh terjadi. Ini bukan kampung di
mana ada masyarakat yang masih lagi punyai rasa belas dan bertanggungjawab
sesama tetangga mereka.
Justeru itu, dia memang kurang bersetuju dengan pilihan
Liyana. Teksi? Tidak sama sekali apatah Liyana sendiri.
“Teksi tak banyak malam-malam ni,” alasan dicipta Hairil.
Bukan sekadar alasan sebenarnya namun ianya kebenaran. Di tempat mereka ini
memang kurang teksi. Nak tengok teksi pun ibarat nak tunggu Panda bertelur aje.
“Tak apa. Belum lewat lagi. Baru sembilan setengah,” Hairil
mendengus kecil.Tak suka sungguh dengan sikap degil Liyana ini. Tangan Liyana
dicapainya keras. Agak kasar sebenarnya cara dia rentap tangan Liyana.
“Saya boleh balik sendiri.” Liyana cuba tarik tangannya
kembali. Masih bertegas dengan keputusannya.
“Apa kena dengan kau ni? Tiba-tiba aje!” marah Hairil. Geram
dengan sikap gadis itu. Apa salahnya? Tak dapat menjawab soalan dengan skema
yang dimahukan gadis itu, terus dia dihukum?
“Macam budak-budak! Apa masalah kau? Aku dah cakap kan yang
aku tak ada apa-apa dengan perempuan tu? Kau nak apa lagi?” dingin suara Hairil
bersama nadanya yang kedengaran agak keras. Liyana ketap bibir.
“Saya ada nombor teksi.” Ibarat Hairil bercakap dengan
tunggul. Itu yang dirasakannya. Panjang lebar dia bertanya alih-alih, jawapan
di luar jangkaannya juga dia terima. Nafasnya sudah berombak. Pantang benar
dirinya kalau hendak melayan kerenah perempuan degil seperti Liyana ini. Tidak
patut betul untuk dia buat baik!
“Ikut suka hati kaulah!” ditinggalkan Liyana sendiri.
Langkahnya cuma ditemani dengan pandangan solo Liyana. Hati berkata jangan
pergi namun bibir pula begitu payah mengungkapkannya. Akhirnya…
Tubuh itu pergi meninggalkannya sendiri di sini.
STRESS! Teksi tak ada! Puas dia
tunggu. Dah serupa patung cendana sahaja dia di luar sini. Dia telefon teksi
tapi sampai sekarang tak muncul. Jangan-jangan teksi tu tersalah ambil orang
tak? Wajah Liyana berubah geram. Kalau betul itu terjadi, dia bagaimana? Mahu
balik bagaimana? Belakang kepalanya digaru.
Menyesal pula tak ikut Hairil tadi. Ini semua berpunca
dengan Marlia lah. Dia sendiri pun tak faham kenapa tiba-tiba hatinya menjadi
geram. Fikirannya langsung tak boleh membayangkan bagaimana hubungan mereka
berdua? Meskipun sudah berkali-kali dinafikan akan perkara itu oleh Hairil,
hatinya masih begitu liat lagi dari menerimanya.
Apa silap lelaki itu sampai-sampai dia perlu berkelakuan
seperi itu? Sebenarnya..kenapa dengan sikapnya ini? Dia marahkan Hairil? Marah
atas sebab apa? Apa aku cemburu? Segera kepala itu menggeleng laju. Jangan nak
mengada, Liyana. Perkara yang mustahil jangan pernah-pernah wujud dalam
benaknya. Silap hari bulan nanti, entah-entah dia boleh jatuh cinta pula dengan
lelaki itu.
Mintak jauh-jauh!
“Mana teksi ni?” Liyana mengeluh geram. Hilang terus
ingatannya terhadap Hairil. Kini perihal teksi pula menjadi topik perbualan
utama. Hujung mata meliar memandang sekeliling. Mencari jika-jika wujudnya
kereta berbelang merah putih itu. Saat itu, anak matanya jatuh kepada sebuah
kereta Honda City berlabuh berdekatan dari tempatnya.
Automatik fikirannya terfikirkan seseorang. Kereta itu
dipandangnya lagi. Saiznya sama, bentuk rupa sama cuma warnanya aje berbeza.
Hairil..
Mata Liyana membulat besar. Apa kena dengan dia? Takkanlah
dua puluh empat jam asyik dia nak ingatkan lelaki itu sahaja? Takkan dah gila
bayang kut? No, Liyana! It’s a big no! Jangan pandai-pandai
fikir benda tu lagi.
Sedang hebat hatinya berdebat, cermin pandang sisi kereta
itu menarik perhatian Liyana. Susuk tubuh seseorang menjadi titik fokusnya.
Tubuh badan yang serba serbi hitam dipandang dengan pandangan yang aneh. Entah
kenapa hatinya berlagu tidak enak. Normallah kalau orang berjalan di sini
sekadar lalu lalang. Tempat awamlah katakan.
Namun, hatinya masih lagi sama. Terkebil-kebil dia memandang
langkah solo itu. Langkah itu ternyata semakin dekat dan rapat ke arahnya.
Liyana jadi hilang punca. Dia cuba untuk berjalan sedikit menjauh dari lelaki
itu. Gerak hatinya mengarahkan dia untuk bertindak sebegitu rupa. Akan tetapi,
sedarnya makin hebat dia berjalan, makin kencang paluan langkah tegap tubuh
itu.
Dia tak nampak tapi dia boleh rasakan. Rasanya sehingga ke
tulang sum-sum nya sahaja! Bulu romanya juga berdiri tegak. Siapa tu? Fikiran
Liyana jadi kalut. Serba tidak kena. Dia cuba cari alternatif lain. Dia
membelok ke kiri.
Baru otaknya ingin berfikiran baik namun semuanya tidak
menjadi apabila ternyata langkah tubuh itu juga seiring bergerak sama laju
dengannya. Liyana semakin melajukan langkah sementara tangan sibuk mengagau
masuk ke dalam tas tangannya.
Sebaik sahaja telefon bimbitnya dijumpai, terus nombor
seseorang di dail. Siapa lagi kalau bukan…
“Hairil!! Tolong saya!” cemas suara Liyana meminta tolong.
“Kenapa ni?”
“Tolong saya!! Saya takut!” tak ada masa untuknya bercerita
macam bed stories punya bagai. Dia sedang berdebar hebat sekarang ini.
“Kau kat mana?” tidak menunggu lama, Liyana pantas
memberitahu di mana tempat dia berada. Langsung talian ditamatkan terus kepala
otaknya berfikir dan mencari tempat yang selamat sedikit. Tempat yang punya
ramai orang. Dari situ, setidak-tidaknya dia akan selamat sedikit kerana kalau
apa-apa yang terjadi pasti akan menjadi tumpuan orang ramai malah orang ramai
juga boleh menjadi saksi.
Tapi…
Kat sini mana ada orang ramai! Nak mencari teksi pun payah
apatah lagi nak cari orang! Mahu berpatah balik ke restoran tadi itu dikira
mustahil. Gila ke apa? Orang yang mengejarnya tadi sedang berada di belakang.
Kalau dia bertindak untuk berpatah balik ke restoran itu, itu dipanggil
menempah maut namanya!
Masuk ke kandang harimau namanya. Tak sanggup Liyana! Dalam
pada itu, hatinya berdoa kuat. Berharap sekali agar Hairil akan muncul di sini.
Sebelum talian antara mereka ditamatkan sempat dia berpesan kepada lelaki itu
agar cepat sampai ke tempatnya. Dia sudahlah takut.
Tubuhnya juga sudah terasa gigilannya. Tidak pernah
sekalipun dia membayangkan hidupnya akan diburu seperti ini. Ingin sekali
Liyana pusing dan pandang ke belakang. Cuba untuk pastikan di mana tubuh itu
berada. Sayangnya dia tak mampu. Lututnya pun sudah bergegar. Lantas, untuk
mengelak dari dirinya ditangkap dia teruskan perjalanan. Sekurang-kurangnya
dengan cara ini, dia dapat menambahkan atau mengekalkan jarak antara mereka.
Tiba di suasana yang agak gelap sedikit buat Liyana makin
cuak. Tanpa sedar, bahunya terasa seperti disentuh seseorang. Liyana terkejut.
Bulat matanya sewaktu menerima sentuhan itu.
“Argh!” Liyana menempik kuat. Matanya tertutup rapat
sementara beg tangannya dijadikan senjata. Dihayunkan ke kanan dan ke kiri
sekuat hati.
“Pergi!! Pergi!” laung Liyana lagi kuat dari sebelumnya.
Sekuat hati dia menjerit. Sesudah itu, beg tangannya pula dia lemparkan menjauh
darinya.
“Pergi ambik! Dalam tu ada banyak duit. Jangan ambik saya!”
“Apa benda kau ni?!” mahu terkeluar biji matanya. Lantas,
kedua-dua pasang mata itu dibuka. Tubuh tegap Hairil dipandang tanpa jemu.
“Apa kena dengan kau?” Liyana tak menjawab sebaliknya tubuh
Hairil terus dipeluk kemas. Terangkat kedua-dua belah tangan Hairil dengan
tindakan itu. Tubuhnya juga sama. Ingin menjauh namun Liyana lebih tangkas
dengan menangkap tubuhnya terlebih dahulu. Sesudahnya dia kini sudah selamat
berada dalam pelukan gadis itu.
“Lepaslah!”
“Saya takut…” lirih suara Liyana meluahkan.
“Aku kata lepas!”
“Kejap..” Hairil tergamam sedikit. Dapat dirasakannya degup
jantung Liyana yang mengalir laju. Wajah gadis itu juga pucat tak berdarah.
Tangan gadis itu juga mengigil tanpa henti.
Hairil mengeluh. Akhirnya pelukan itu dibiarkan berlangsung.
Setelah beberapa minit berlalu, Hairil sudah mulai bosan. Lama sangat dah ni
mereka berpeluk.
“Woi!! Lepaslah.” Liyana akur. Tubuh itu dilepaskan.
“Apa dah jadi?” melihat kelibat Liyana yang hanya selesa
mendiamkan diri, Hairil pilih untuk menyepikan diri. Bangku yang tersedia di
bawah cahaya lampu jalan di sana, dijadikan tempat untuk dia mengajak Liyana
berehat. Bahu Liyana disorong ke depan, namun Liyana bertindak untuk
mengeraskan badannya.
“Tak nak..” Hairil jongket kening.
“Berehat aje kat bawah tu..” ajak Hairil. Liyana menggeleng
tegas.
“Jom balik?” Liyana pantas meninggalkan Hairil di
belakangnya sementara dia berjalan laju meninggalkan lelaki itu. Setapak dua
dia di hadapan, Hairil bertindak tarik tangan gadis itu.
“Apa dah jadi?” soalan yang awal tadi, Hairil ulangi semula.
Liyana berhenti apabila menerima daya tarikan yang kuat dari lelaki itu. Mata
mereka bertentangan sebelum dileraikan Liyana.
“Ada orang kejar saya.” Adu Liyana masih dalam suaranya yang
kedengaran ketakutan itu. Hairil berkerut dahi. Terintai-intai sekejap
jika-jika dirinya ternampak kelibat seseorang yang kelihatan agak mencurigakan
di situ.
“Yang mana? Yang bertopi merah tu?” soal Hairil sambil
matanya tertunjuk ke arah seorang lelaki yang sedang menghisap puting rokok
itu.
Liyana menggeleng.
“Yang baju kelabu tu?” lelaki berbaju kelabu dan bertubuh
tegap itu pula menjadi mangsa tuduhan Hairil. Liyana menggeleng lagi.
“Habis?” penat Hairil meneka tapi tak ada satu pun yang
betul.
“Dia tak ada kat sini.” Makin berlapis kerutan di dahi
Hairil. Apa benda yang Liyana cakap ni? Cakap orang kejar, tapi tak ada? Pelik
sungguh!
Gila agaknya minah ni.
“Orang yang mana? Cubalah cakap terang-terang.” Suara Hairil
naik sedikit. Geram pula Liyana jadinya. Nak tunjuk prihatin tapi gaya lelaki
ini salah! Memang pendidikan sivik dalam diri kosong betul.
“Entahlah saya. Jom balik?” Liyana berjalan lagi ke depan.
Hairil memandang langkah solo itu dengan perasaan yang geram. Ini yang liat
sangat nak beritahunya kenapa? Ini mesti dia kena tipu ni.
“Cakap ajelah kau tipu aje aku tadi. Nak suruh aku patah
balik datang sini kan?” Liyana terhenti. Terus mukanya dipalingkan menghadap
lelaki itu. Bibir lelaki itu dilihatnya sedang tersenyum sinis.
“Kan?”
Rasa berbirat jantung Liyana. Senang-senang aje lelaki itu
menuduhnya menipu. Ingat dia saja-saja nak reka cerita? Langsung tak ada faedah
buat dia nak menipu dalam keadaan seperti ini.
“Kenapa diam? Apa aku cakap tu betul ke?” sindir Hairil
lagi. Sungguh tajam rasanya. Liyana kepal buku limanya.
“Ikut suka awaklah. Saya boleh naik teksi.” Hairil cuma
membiarkan. Malas nak layan. Macamlah dia tak tahu Liyana sengaja nak berkata
begitu. Nak suruh dia pujuk lah tu. Jangan harap! Ingat dia siapa nak
pujuk-pujuk minah tu segala?
Daripada dia layan Liyana baik dia pulang. Sia-sia aje dia
datang ke sini tadi. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
Sedang kaki berjalan ke arah keretanya, telinganya terdengar siulan-siulan
nakal dari arah bertentangan dengannya.
Terus, kepala Hairil ringan berpusing ke arah suara itu.
Dilihatnya Liyana sedang dijadikan bahan usikan para lelaki-lelaki yang
dituduhnya tadi. Hairil buat muka. Sukalah tu minah tu bila lelaki berikan
perhatian.
Malas nak tunggu lebih lama di situ, Hairil bertindak masuk
ke dalam perut keretanya. Sementara itu, Liyana sudah resah. Di sekelilingnya
ada manusia-manusia yang sungguh kelihatan laparnya. Mereka merenungnya ibarat
tak makan selama setahun. Tak makan orang ke? Liur Liyana tertelan sendiri
tatkala teringatkan andaian itu. Ah, sudah!
“Hai cik adik..” dari merenung, tangan itu sudah menggatal
mahu berlabuh di bahunya pula. Liyana menepis kasar. Terus terhambur gelak tawa
dari para lelaki di situ. Terhibur dengan gelagat gadis tinggi lampai ini.
“Alah, awak.. Garangnya. Janganlah garang sangat. Geram saya
dibuatnya. Kang saya ‘ngap’ nanti,
susah pulak awak dibuatnya. Abang tak mintak banyak. Temankan abang aje malam
ni.” Liyana buat muka. Abang tahu kucing dia. Muka macam mintak penampar nak
ajak dia temankan. Dia sogok tumit tinggi kasutnya dengan lubang hidung mamat
ni baru tahu. Ada hati nak menggatal!
“Leave me alone..”
“Wooo!!” makin galak dan hebat mereka bergelak ketawa.
“Cakap orang putih..” sindir mereka pedas. Liyana buat tak
peduli. Dia nak lari dari sini. Malangnya setapak dia buka langkah, tangan
mereka didepa luas menghalang Liyana.
Liyana cuak. Buat-bua aje berani namun dia tetap tak mampu
buang rasa takutnya.
“Bolehlah awak.. Malam ni, aje.”
“Malam tengkorak kau!” dengan selamba Hairil menendang
lelaki itu. Lelaki berbaju kelabu itu yang tidak bersiap dengan sebarang
kemungkinan terus terjatuh. Senak dadanya apabila menerima tendangan tepat di
tengah-tengah dada bidangnya.
“Balik!” arah Hairil garang dan tegas. Lelaki-lelaki itu
sudah ketakutan sedikit. Melihat bagaimana kuatnya tendangan itu, mereka
memilih untuk mengundur diri apatah lagi di tangan lelaki itu adanya kayu lagi.
“Jom..” ajak Hairil setelah semuanya kembali reda. Namun,
wajah Liyana masih sama seperti tadi.
Beku.
Hairil yang melihatnya mengeluh lemah. Merajuk lagi. “Nak
tunggu teksi?” Liyana ketap bibir. Dia tak berani lagi. Tak habis-habis lagi
dia trauma akibat dikejar oleh orang berjubah hitam itu, kini dia dikacau oleh
sekumpulan lelaki itu lagi.
“Jomlah..” kali ini suara Hairil lebih lembut. Malah ini
kali pertama Hairil bersuara lembut seperti ini dengannya.
“Nanti kalau apa-apa jadi lagi macam mana? Aku tak nak
datang lagi dah.” Ugut Hairil. Sengaja bercakap begitu meskipun dia sendiri
sudahpun berjanji dengan dirinya agar mahu membawa Liyana pulang bersamanya.
“Pergi lah..” berlagak seperti tiada apa-apa, hati Liyana
begitu kental menolak. Tercabar pula Hairil dibuatnya. Mukanya diraup kasar.
Dipandang wajah Liyana. Gadis itu langsung tidak memandangnya.
“Balik dengan aku..” kali ini tiada lagi lembut namun tegas
bersama tarikan di tangannya. Liyana membiarkan. Dia malas nak bergaduh
banyak-banyak. Lagipun dia pun tak tahu kalau-kalau dirinya masih lagi selamat
kalau dibiarkan berada di sini terus.
Teringatkan hal itu, maka Liyana rela hati untuk mengekori
Hairil.
Liyana pejam mata. Ada sesuatu yang membuatkan dia rasa lain
macam bila bersentuhan begini. Tautan ikatan tangan mereka dijeling Liyana dari
hujung matanya. Entah kenapa, ada suatu perasaan yang menyelinap di dadanya.
Apa dia? Dia sendiri kurang pasti. Dalam masa yang sama, pegangan tangan Hairil
dibalasnya tanpa sedar. Erat! Dan..di kala itu, hatinya seakan berdegup
kencang. Takkanlah..
