INGATAN beberapa hari lepas, kembali terlayar
dalam minda.
“You don’t know me very well, Encik Hairil. Selagi you tak
setuju, selagi tulah I akan cari cara untuk buat you setuju!”
Terhenti
Hairil dari sikat rambut. Tawa kecil pecah tiba-tiba. Kepalanya menggeleng.
Kaki melangkah ke almari. Capai mana yang patut. Baju putih dan seluar bermuda begitu
padan di tubuh. Telivisyen dibiarkan terbuka begitu sahaja sekadar mahu
menceriakan suasana. Setidak-tidaknya ada lah suara yang membantu untuk
menceriakan malamnya. Tubuh dihempaskan ke atas katil.
Lengan
dijadikan bantal. Bunyian dari telivisyen bagai masuk telinga kanan keluar
telinga kiri. Tak ada yang meninggalkan bekas di hati. Kepala sudah jauh
melayang. Teringatkan Liyana. Sukar untuk dia percaya. Secepat ini mindanya
mudah lekat dengan imej wanita itu. Aneh sungguh.
Pelik tapi
benar. Mungkin kerana sikap gadis itu yang terlalu mengada-ngada. Ya ke?
Atau…manja? Hairil senyum sendiri. Terimbau kembali segala keletah gadis itu.
Tanpa sedar, keletah itu berjaya mencuit hatinya. Apa yang dia rasakan ini
terlalu aneh. Mahu mengaku dia sepertinya sudah tertarik dengan wanita itu, dia
takut.
Dia masih
tak ada hati untuk punya sesiapa di sisi. Entah apa yang membuatkan dia jadi
hati kering begini. Tapi, apa yang pasti dia tiada mood lagi untuk berpacaran.
Kata orang, belum tiba masanya lagi. Percaya atau tidak, hubungannya dengan
mana-mana wanita tidak pernah jauh dari sekadar berteman biasa. Maknanya,
langsung tiada reaksi terlebih mesra atau manja..
Kalau dia bertemu dengan mana-mana
perempuan belum tentu dia akan ingat. Sebab itu, dia boleh gaduh dengan Liyana
tadi. Hanya kerana seorang perempuan yang mereka temui di golf club di sebelah
pagi, tercetusnya pergaduhan antara mereka. Entah apa yang Liyana tu marahkan
sangat. Atau..dia sememangnya kenal perempuan di golf club itu?
Tapi..salahkah dia kalau dia memang
tidak ingat siapa gerangan wanita itu? Dah memang naturalnya begitu. Dia susah
nak ingat wanita yang dia kenal. Bukan berminat sangat. Dia pun tidak mahu
ambil serius di dalam mana-mana perhubungan. Dia kalau berkawan biasa-biasa
aje. Sentuh-sentuh memang tak lah. Kalau nak bertentang mata sampai ke dasar
hati tu jauh sekali. Kalau dengan perempuan pun dia tak melebih-lebih. Punyai
PA wanita pun, dia memang tak ambil kesempatan.
Cuma..dengan Liyana aje kebalakangan
ini dia jadi lain. Terlebih berani. Apa yang berlaku di kedai makan tadi
benar-benar di luar jangkaannya. Bagaimana dia boleh tersasul pegang tangan
gadis itu? Oh! Itu memang luar kawalannya. Spontan!
Tapi..dia takkan pernah lupa bagaimana
perasaan saat tangannya menyentuh tangan itu. Gebu sungguh kulit gadis itu!
Naik geram pula dia.
Mata Hairil tiba-tiba membulat.
“Apa benda aku fikir ni?” Hairil dah
menggeleng tak sudah. Apa yang merasuk kau sampai kau ingat pada Liyana ni,
Hairil? Bantal ditarik lalu ditekup ke muka.
“Tidurlah kau..”
Cakap sorang-sorang? Kenapa aku termalu
dengan sendiri ni? Mukanya terasa membahang sehingga memerah sedikit jadinya.
“Argh!” di sebalik bantal itu,
dijeritkan sahaja. Geram dengan usikan tanpa henti dari mindanya.
SAMPAI aje di rumah, Liyana terus
baring atas katil. Langkahnya longlai sehingga membuahkan kerutan di dahi mama
dan papanya. Apa dah jadi dengan anak dara mereka ni? Kuat sangat emonya
sekarang ni.
“Kenapa dengan anak awak tu?” bisik
si papa dekat dengan Datin Mariah.
“Emo lagilah tu, bang. Anak abang
kan. Takkan tak kenal dia macam mana.” Jawab Datin Mariah sambil mengeluh
lemah. Dato Zamri menggeleng kecil. Masalah cari jodoh lagilah tu.
Aduhai.
“Entahlah saya. Kahwinkan sajalah
budak tu. Kan senang. Dah tak payah nak cari jodoh lagi. Sibuk sangat!”
membulat mata Datin Mariah dengan cadangan spontan dari suaminya itu. Dia tahu,
suaminya itu sudah letih. Boleh dikatakan hampir setiap bulan, mereka akan
disajikan dengan wajah tidak bermaya itu. Kecewa lagikah?
“Abang dah ada calon ke?” Dato Zamri angkat kening.
“Kenapa tak ada pulak? Dekat ofis tu, berlambak. Bukannya
saya tak tahu ramai yang berkenankan anak awak tu. Cuma anak awak tu, lembap
sikit. Susah nak pick-up.” Bahu Dato
Zamri dicubit Datin Mariah. Geram dia dibuatnya.
Sedap-sedap aje suami dia cop anak sendiri lembap. Tak sedar
anak tu datang dari mana? Ke mana lagi kuah nak tumpah kalau bukan ke nasi?
“Ada pulak abang cakap macam tu. Liyana bukan bendullah.
Cuma jual mahal aje,” marah Datin Mariah.
“Siapa cakap dia bendul? Awak yang cakap. Saya cakap yang
dia lembap nak pick-up aje. Awak yang
melebih-lebih, cakap macam tu,” Datin Mariah diam.
“Ya tak ya jugak.” Dato Zamri gelak. Mama dan anak lebih
kurang aje perangainya. Nasib badan dapat isteri dan anak macam ni.
DALAM bilik, lepas mandi, Liyana
terus mendapatkan losyennya. Kulit mesti kena jaga! Nanti kalau buruk jadinya,
siapa yang susah? Maka, tidak bolehlah jawabnya. Kulit haruslah dijaga supaya
kelihatan lebih gebu dan anjal selalu. Kalau buruk, akibatnya susah lah lelaki nak
lekat nanti. Sebab? Tak menarik. Sedang tangannya lincah menyapu losyen ke atas
tangan itu, matanya terpaku pada pangkal lengannya. Di dalam kepalanya seperti
teringatkan kembali insiden tadi.
Liyana
gelak sinis. Rasa berbaloi jugak merajuk dengan lelaki itu. Merajukkah dia? Dia
sendiri tak pasti. Tapi, dia berasa puas. Puas dengan usahanya yang selama ini
asyik mendekat dan menempel pada lelaki itu, setidak-tidaknya membuahkan sikit
rasa dalam hati lelaki itu. Kan dah cakap! Lelaki mana yang mampu tolak Liyana?
Liyana sudah membangga diri. Langsung tak sedar bahawa tingkahnya tadi tidak
ubah seperti dirinya tidak mahu berhubungan dengan lelaki itu lagi.
Merajuk tahap tak ingat.
“Huh! Tak nak ada hubungan dengan
Hairil? Jangan harap!” Liyana mencebik kecil. Penat-penat dia mendekat
semata-mata mahukan perhatian lelaki itu, tup-tup
dah nak tutup buku. Excuse me? Hello! Ini Liyana! Takkan mampu kalah,
okey. Kalau setakat lelaki itu memang benar-benar ada hubungan dengan minah
keparat itu, dia peduli apa?
Past
is past.
Amacam? Hebat tak kata-katanya? Pedulikan apa yang dah jadi pada masa yang
lepas. Apa yang lebih penting, dia seakan nampak lelaki itu mula memberi
perhatian padanya. Kalau tidak, masakan bersungguh-sungguh Hairil mengajaknya
balik bersama kerana tidak mahu dia diapa-apakan lagi. Itu tandanya hati lelaki
seakan mula menerima kehadirannya.
Kalau diingatkan kembali, dia tidak
akan lupa bagaimana reaksi lelaki itu tadi. Awalnya terkejut juga dia apabila
Hairil tampil mahu menyelamatkannya. Ingatkan sudah selamat sampai ke rumah. Nampak
sangat dah sayangkan aku. Huh! Mengaku tak nak konon. Liat sangat nak mengaku
kalah. Nak main jugak tarik tali. Nasib baik aku gagah dalam tarik tali ni.
Jangan harap boleh kalah dengan perempuan yang bernama Liyana ni.
Kaki segera melangkah ke arah katil.
Dihenyakkan tubuh itu sekuat mungkin. Ah! Selesanya. Mata dikatup sementara
tangan mengaggau sesuatu di atas katil. Mana ni? Puas merengus dengan gaya
perempuan buta, akhirnya Liyana jumpa juga. Bila pegang telefon itu terasa
bernyawa sikit. Sebelah mata sahaja dibuka. Recent
call dicari.
Aidil?
Bukan.
Ajmal?
Bukan!
Hairil?
Senyum lebar Liyana. Tanpa fikir
panjang, butang call terus ditekan. Telefon dilekapkan ke telinga dengan mata yang makin kuyu.
Tunggu dan tunggu, mulutnya dah penat menguap. Hih! Mana dia ni?
“Assalamualaikum.”
Membulat mata Liyana. Mata kuyu jadi
bersinar. Sengih lebar sehingga gigi seperti sudah mahu keluar pun ada.
Tubuhnya disandarkan ke kepala katil.
“Ada apa awak call saya ni?” Liyana
berpura-pura menguap dan mengantuk. Ibaratnya dia menerima panggilan dari
lelaki itu. Tak henti-henti bibir itu tersengih pabila berbicara. Ini tak lain
tak bukan, mesti sekejap lagi telinganya akan dihidangkan dengan amarah lelaki
itu.
“Bila masa aku call kau ni? Kau yang
call aku dulu,” Liyana tersenyum. Seperti yang dia selalu jangka. Beginilah
Hairil selalu. Susah betul mahu mendengar lelaki itu bercakap baik-baik. Selalu
suara marah-marah macam ni. Sakit telinga tahu tak!
“Cubalah jangan jerit sangat! Boleh
pekak tau saya. Dia yang call tak nak mengaku. Malulah tu,” Liyana masih tak
mahu mengalah. Rasa nak mengusik lelaki tu adalah. Layan ajelah, wahai hati.
“Aku letaklah macam ni!” membulat mata
Liyana dengan ugutan itu. Eh! Mana boleh macam tu!
“Tak! Tak boleh! Gurau jelah. Itupun
nak sentap ke?” Hairil di hujung sana merengus geram.
“Haruslah! Kau ganggu masa tidur aku.”
Liyana memuncung panjang. Buat hilang mood orang aje nak menggedik dengan dia!
Terus, sengaja talian itu dibiarkan sepi. Mahu tunggu Hairil memujuknya
terlebih dahulu. Ah, apa salahnya. Bukankah sebentar tadi juga Hairil seperti
sedang memujuknya?
Bukan dengan kata-kata namun sudah
cukup Liyana tahu yang Hairil meminta maaf kepadanya. Melalui sentuhan sahaja
dia mampu baca. Hairil? Kenapa sweet
sangat? Oh, Liyana. Kau dah gila agaknya?
“Kau okey?” tiba-tiba lelaki itu
bersuara. Terpaku Liyana sekejap.
“Okey aje. Kenapa?”
“That’s
good.” Komen Hairil pendek. Baguslah macam tu. Ingatkan gadis itu akan
trauma tak sudah-sudah.
“Kenapa awak tanya saya macam tu?” tak
teragak-agak Liyana bertanya. Firasatnya mengatakan bahawa Hairil
bertanyakannya tentang perihal dirinya akibat dikejar oleh orang berjubah hitam
itu. Bibir sudah mengorak senyuman panjang. Oh, Hairil ni..
Ouch! Sweetnya..
“Nothing.
Just tanya. Tak boleh?” kalau pun sekadar bertanya, Liyana rasa mahu melompat
sudah kini. Jelas sekali lelaki itu mengambil berat akan dirinya. Hairil yang
perasan suasana yang berubah ini, pantas mengawal rentak mereka. Bibirnya
berdehem kasar sekaligus mengejutkan Liyana yang sedang dilamun anganan mat
jenin itu.
“Ada apa kau call aku ni?” kalau
saja-saja memang Hairil akan seligi kepala Liyana ni. Menggangu orang betul.
“Esok! Ambik saya?” membulat mata Hairil. Gaya bercakap tak
seperti bertanya ataupun meminta tolong tetapi ianya lebih kepada sebuah
arahan. Cewah.. Ingat minah ni siapa?
Puteri raja? Kalau puteri sekalipun kenapa dia mesti memenuhi permintaannya
pula?
“Apa? Mana boleh! Aku sibuklah esok.
Dahlah hari ni aku ambik cuti gara-gara kau. Kau agak-agak kerja aku sikit ke
kat pejabat tu?” Jangan menempah bala. Itu pesanan yang Hairil titipkan buat dirinya
sendiri.
“Alah! Kita geraklah awal, apa susah?
Alang-alang, kita boleh breakfast
sekali.” mudah Liyana mencipta alasan.
“Breakfast tengkorak kau. Tengok muka
kau pun aku dah tak lalu nak makan.” Liyana tergelak kecil.
“Awak silap kata-kata romantis ni.
Sepatutnya ayat dia, tak lalu kalau saya tak ada. Kan? Haha.. Lawaklah awak ni.” Liyana gelak lagi. Rasa lucu.
“Sebab aku tak sukakan kaulah aku cakap
macam tu. Bila kau ada dekat dengan aku, makin bala aku jadinya.” Mati terus
ketawa Liyana. Sedap-sedap dia aje cakap aku ni bala? Tak sedar ke siapa yang
bala sekarang ni?
“Ah! Tak kira! Ambik saya jugak. Awak
memang kena datang sebab saya tertinggal purse
saya dalam kereta awak tadi.” Lagi mahu terkeluar biji mata Hairil.
“What?!”
Liyana tahan gelak. Patut celebrate
rancangan jahatnya ni. Semata-mata nak cari peluang punya pasal supaya boleh
berjumpa dengan lelaki tu lagi, sanggup dia perah otak masa on the way pulang dengan lelaki tu tadi
tau. Nampak tak? Betapa lincahnya otak Liyana bergerak kalau hal berkenaan
Hairil? Huhu.
Meskipun dia dilanda trauma akibat
kejadian itu, namun semangatnya masih tak luntur. Malah makin berkobar-kobar
pula. Ini semua kerana sikap positif yang ditunjukkan Hairil kepadanya tadi.
Dia yakin dia mampu menakluki hati lelaki itu kelak. Bila tiba masanya itu
nanti, alangkah bahagia hidupnya..
Haih! Tapi bila difikirkan balik. Sekali
nampak memang dah nampak macam aku tertagih. Tertagih dengan Hairil. Erk! Macam lain aje bunyinya? Ingat
Hairil ni dadah ke apa sampai main ketagih ni pula.
“Macam mana? Nak ambil saya tak?”
Liyana berusaha keras dari terkeluar tawanya. Pasti di saat ini, lelaki itu
sedang kutuk dirinya. Tapi dia peduli apa? Asalkan dia akan berjumpa dan
meluangkan masa dengan lelaki itu lagi.
“Kalau macam tu, aku hantar
sekaranglah,” kini giliran Liyana pula membulat matanya.
“Eh! Tak boleh! Tak boleh! Saya..
saya.. saya dah nak tidur,” Hairil gelak sinis.
“Apa susah? Aku passlah kat mak ayah kau. Kau ingat aku hadap sangat nak jumpa
dengan kau?” Liyana menggeleng sambil merengus kasar. Panjang pulak akal mamat
ni. Tak boleh jadi ni.
“Eh! Tak boleh! Sebab.. sebab mama dan
papa saya keluar! Ha! Diaorang pergi Singapore! Lusa baru balik.” Hairil
senyap. Liyana gigit bibir. Mintak-mintaklah alasannya kedengaran logik.
Percayalah Hairil. Tolonglah, percaya!
“Orang tua-tua cakap kalau diam
maksudnya ya! Kalau macam tu, saya tunggu! Esok! Jangan lupa tau! Bye!” cepat-cepat
Liyana matikan talian gara-gara tidak mahu mendengar alasan dari lelaki itu lagi.
Lantas, tubuhnya dibaringkan ke atas katil sambil matanya dipaksa untuk dipejam
serapat mungkin.
Hai, mata. Tidurlah cepat. Tak sabar
nak tunggu esok hari.
Hairil pandang telefon bimbitnya. Nak
kena minah ni. Giginya diketap geram. Keluhan berat terluah di situ. Apa ni?
Tiga hari berturut-turut dia jumpa minah tu? Naik loya aku dibuatnya. Ni memang
betul-betul saka ni! Belum mati dah berhantu. Aduh.
Beg duit? Kau ni menyusahkan betullah!
Jam dinding dijeling sekilas. Bibirnya gelak sinis. Tak apa! Dia nak aku
hantarkan ya? Okey! Aku hantar! Aku hantar-hantar pagi-pagi buta! Aku letak
atas tangga tu. Kalau kena curi bukan masalah aku lagi. Hairil sudah nekad. Gebar
ditarik tinggi.
Kena tidur awal untuk bangun awal!
Liyana! Kau memang nak kena.
HAIRIL jelas kehilangan kata-kata sekarang
ini. Bila terpandangkan tubuh Liyana berdiri betul-betul di hadapan rumah,
membuatkan dia mengeluh kuat. Mata sempat menjeling jam di dashboard kereta.
6.50 pagi?
Awalnya
minah ni bangun! Liyana yang bangun awal atau dia yang terlajak tidur? Hairil
mengeluh lemah. Sedar silapnya. Mahu hantar awal pagi konon? Liyana yang ternampak
kelibat kereta Hairil tanpa berlengah lagi terus masuk. Orang tak jemput
mahupun pelawa begitu enak dia masuk? Cantik sungguh budi bahasa Liyana ni. Ah!
Dia memang cantik. jadi, apa dia nak peduli?
“Awalnya
kau bangun?” soal Hairil spontan.
“Nak jadi isteri mithali kan? Kenalah
berlatih dari sekarang.” Hairil buat muka dengan jawapan gadis itu. Yelah tu!
Entah ya atau tidak minah ni.
“Nah dompet kau! Pergilah keluar
sekarang.” Liyana menggeleng dengan arahan yang kedengaran tegas itu.
“Keluar aku kata!” ugut Hairil dengan
mata-matanya sekali membulat. Bajet garanglah tu. Liyana buat bodoh aje. Ingat
dia takut? Lagi nampak comel ada lah mamat ni!
“Tak nak!” Liyana tarik tali pinggang
keledar untuk mengikat tubuhnya. Hairil sudah menggeleng, Tak tahu nak buat
apa. Sekali lagi, dia terpaksa beralah. Gear ditarik pada mode D. Baru tayar itu ingin bergerak tangan Hairil termati
sendiri. Dari hajat ingin meneruskan perjalanan, handbrakenya pula ditarik
tinggi ke atas. Cermin sisi kereta dijelingnya sekejap.
“Siapa tu?” wanita tua yang sedang
tersenyum-senyum ke arah keretanya dipandang Hairil. Wajah itu kelihatannya
bahagia sungguh sambil menyiram pokok bunga itu. Liyana di sebelah sudah tak
tahu nak menjawab apa.
Ini tak lain tak bukan mesti Hairil
perasan akan jejak mamanya. Ah, apa nak jadi ni? Tak pasal-pasal kantoi. Mama
pun satu. Sudah dia cakap supaya masuk kalau ada kereta Honda City datang. Ini
tidak! Masih berdegil juga. Aduh, mama. Bikin rosak plan dia ajelah. Sekarang
macam mana? Mahu dia bilang apa ni? Orang gaji? Itu gila namanya. Orang gaji
apa yang berpakaian vogue begitu?
Kalau orang gaji cukuplah sekadar baju t-shirt dan seluar track ataupun berkain
batik. Mamanya pun satu, kalau ya pun nak siram bunga tak perlulah nak bergaya
cantik macam tu.
Ditilik mamanya dari cermin kereta itu
juga. Berbaju kurung moden berwarna hijau pucuk pisang dengan tudung dari rona
warna yang sama. Lengan baju itu disinsing tinggi ke atas sedikit sehingga
terserlah peralatan barang perhiasan di tangan wanita itu. Aduh! Memang bukan
orang gaji ni.
“Aku tanya.. siapa tu?” Hairil
muncungkan bibirnya. Marahnya rasa membuak-buak. Fikirannya sudah dapat
memikirkan siapa gerangan wanita itu cuma dia sendiri yang masih mahu
menantikan jawapan dari gadis itu.
“Itu mama saya..” jawab Liyana sedikit
cuak.
Dah agak! Hairil ketap bibir. Tajam
matanya mencerlung pada Liyana.
“Kau tipu akulah ni?”
“Tipu sunat. Tak salahkan?” tanpa ada
sebarang perasaan bersalah, bibir Liyana tersengih lebar.
“Sunat apa kebendanya? Kau menyusahkan
aku tahu tak!” Liyana mencebik kecil.
“Alah. Tak apalah. Tak lambat awak ke office! Saya jamin punya. Kita dah
keluar awal kan ni?” Liyana sengih lebar seperti orang tidak bersalah. Hairil
jeling geram. Memang nak kena budak ni.
“Apa bendalah kau. Geram aku.” amarah
Hairil tetap tak mampu menjentik perasaan takut dalam diri Liyana. Makin rasa
geram adalah. Lelaki itu nampak cute sangat kalau marah begini. Dari nada
suaranya juga sama. Kalau dengar betul-betul suara itu tidaklah terlalu
menjengkelkan sampai-sampai nak terkeluar anak tekak bila nak marah.
“Huh? Geram? Nanti-nantilah. Tak pun..
kita berhenti di sini aje. Boleh jumpa mama dan papa saya. Tunang hujung minggu
ni, lepas tu kita kahwin bulan depan.” Liyana sengih. Tayang gigi sebesar
mungkin. Muka gatalnya sudah terserlah.
“Apa benda kau mengarut ni?” soal
Hairil geram. Nak marah terus tak jadi. Gila punya idea. Entah siapa nak kahwin
dengan dia? Hairil merengus geram. Orang tanya lain, dia jawab lain.
“Kenapa ni? Lambat sangat ke? Kalau
macam tu, apa kata minggu depan?” ingatkan setakat itu sahaja. Rupa-rupanya
Liyana makin galak mahu mengusik.
“Eh! Budak ni! Aku bagi sebijik baru
tahu.” Liyana tarik muncung bila buku lima lelaki itu ditayang dekat pada
mukanya. Memang besar buku lima ni. Nak menggedik sikit pun tak boleh.
Suasana jadi sepi tiba-tiba.
Liyana menjeling Hairil di sisi. Wajah
lelaki itu kelihatan tegang. Marah ke? Teruk sangat ke kesalahan dia?
“Awak..” jari telunjuk ditolak sedikit
pada lengan berurat Hairil. Liyana sembunyi senyumnya. Wow! Berotot kau lengan
dia. Liyana menggeleng. Apa benda kau melalut ni, Liyana oii? Fikiran nakal itu dibuang jauh-jauh seketika.
“Awak..” Liyana cuba nasib lagi.
“Apa dia?” jawab Hairil malas. Liyana
senyum kecil. Menjadi jugak! Nasib baik dia jawab.
“Sorry..”
“Nak pergi makan mana ni?”
“Dah tak marah ke?” Liyana kembali
ceria. Hairil merengus. Menyesal cakap baik-baik. Ingatkan bolehlah kasi hati
makin sejuk, ini tidak! Makin panas!
“Malas aku layan kau. Boleh gila aku!”
Kereta Hairil mula menderum laju membelah jalan raya dengan gelak tawa Liyana
yang tiada berkesudahan.
Next Bab : Liyana Bab 14
Next Bab : Liyana Bab 14