“KAU nak makan apa ni?” Liyana pandang
sekeliling. Tak adalah ramai mana dekat restoran ni. Agak lapang. Baguslah!
Boleh aku berdua-duaan dengan Hairil. Liyana senyum sumbing. Membayangkan aksi
romantis yang bakal berlaku antaranya dan Hairil nanti. Alahai, agak-agak nanti
macam mana ya?
Dum!!
Liyana
tersentak. Apa ni? Mata tajam merenung wajah tidak bersalah Hairil. Lelaki itu
siap jengilkan mata padanya lagi. Liyana buat muka. Tahu mengamuk aje mamat ni.
Cuba bawak bertenang sikit.
“Depan orang ramai pun masih nak kasar
dengan saya? Cubalah bawak bersabar sikit. Nanti tak pasal-pasal orang lelaki
kat sini cop awak lelaki tak guna. Jantan dayus” Hairil angkat kening. Sakit
hatinya bila dituduh sebagai dayus oleh Liyana.
“Apa pasal pulak?”
“Lahh.. Nama aje lelaki, tapi haprak!
Kalau awak berkasar pada saya mesti diaorang akan kutuk awak sebab tak pandai
layan perempuan yang cantik macam saya ni, haa.” Hairil buat muka. Seolah-olah
menidakkannya meskipun kata-kata Liyana itu ada benarnya.
“Cepatlah nak makan apa?” Liyana
menggumam kecil sambil kepala mendongak ke atas. Pandang menu yang terbentang
luas di atas Hairil. Hairil sudah bosan. Mata yang dah bosan merantau
sekeliling kedai ni akhirnya kembali berkalih pandang Liyana. Ingin menyuruh
gadis itu cepat, namun sungguh dia tidak sangka. Sangkanya, gadis itu sedang
memandang menu. Tapi rupa-rupanya! Gadis gatal ini bukan main lagi pandang
padanya. Kalau sekadar pandang wajah tak apa, ini siap pandang ke arah dadanya
pula. Apa ni? Apakah ini dinamakan penderaan seksualiti terhadap kaum lelaki?
Choi, Hairil. Lol betullah.
“Kau pandang aku kenapa, minah? Kau nak
makan apa?” Hairil sudah mula berkasar. Mungkin mahu menutup malu barangkali.
Diamlah, kau! Jerit Hairil pada hatinya sendiri.
“Ermm.. Nak makan awak, boleh?” Liyana
ketawa kuat. Lucu bila memandang wajah cuak lelaki itu.
“Kau pernah makan pasir? Kau nampak
timbunan pasir tu? Nak aku timbus kau dalam tu, jadi minah firaun yang
pertama?” Liyana mencubit lengan Hairil spontan.
“Gurau pun tak boleh. Ada nak disamakan
saya yang vogue ni dengan firaun? Ada
ke patut? Saya tak sejahat tulah. Saya jahat dengan awak aje… Lagipun..”
“Ah.. Sudahlah
kau. Nak makan apa ni? Kali ni kalau kau jawab main-main jugak, memang kau nak kena.” Liyana tarik muncung.
Awal-awal dah kena sound. Baru ada
idea nak mainkan lelaki tu lagi. Namun,
dah kena bagi warning. Tak suka
betul!
“Bagi saya
sama apa yang awak makanlah.” Hairil menggeleng.
“Tak ada variasi betul.” Gumam Hairil
kecil. Liyana ketap gigi. Selalu kenakan aku, tau mamat ni. Entah apa yang dia
tak puas hati tak tahu. Baru Hairil ingin melangkah ke arah bahagian yang
tertulis layan diri itu, ada pelayan yang datang menyapa. Datang bersama dulang
di tangan. Hairil dengan teh tariknya dan Liyana dengan air suam.
“Ini dia, cik.” Liyana sengih.
“Dah nak jadi bakal puan dah pun.”
Jawab Liyana sengal dengan suaranya separuh berbisik itu. Sengih panjang
dirinya tatkala menuturkannya pada pelayan itu. Tak malu betul. Tahu dek Hairil
tak ke haru nanti? Pelayan itu turut sengih sebelum melangkah pergi.
Hairil pula sudah membebel. Tak
sudah-sudah bebelannya. Sejak dia berjalan ke ruangan layan diri ini
sehinggalah sampai, marahnya masih belum surut. Geram dengan Liyana dan geram
dengan dirinya. Kenapa dia berlembut sangat dengan minah tu sehinggakan nasi
ini pun dia yang letak. Apa sudah jadi?
Dah gilakah dia? Ini dah masuk part romantik ni. Tapi, apa-apalah. Dia
nak lari cepat-cepat dari Liyana. Cepat makan, cepatlah dia beredar pergi.
Lagipun memang dia nak masuk pejabat awal pun memandangkan banyak kerjanya yang
tertangguh gara-gara cutinya semalam. Sedang dirinya sibuk menyenduk nasi,
terdengar suara lelaki melengking naik tiba-tiba. Hairil menggeleng. Siapa pula
yang buat drama percuma di sini?
Dikalihkan kepalanya sedikit ke arah
suara itu. Serentak dengan itu, matanya membulat setelah mendapati Liyana turut
sama terlibat di dalam pergaduhan itu. Masih tidak mahu berganjak dari tempat
dirinya berdiri, Hairil lebih senang untuk menjadi pemerhati dahulu.
“Berani kau mainkan aku, Yana?” Liyana
kaget. Apa benda ni? Tiba-tiba nak meletup? Kenapa pulak? Lagi satu.. Siapa
mamat legam ni? Mamat bangla mana yang sangkut dengannya di sini?
“Excuse
me? Aku? Mainkan kau? Oh tolonglah! Cuba betulkan balik fuse otak kau! Do we know each other? Kau ni siapa?” lelaki itu bertukar begang.
Tidak semena-menanya, dia menepuk meja dengan kuat secara tiba-tiba. Terkejut
Liyana. Semua orang yang ada di situ, memandang ke arah mereka. Semakin
bertambah penonton akan drama sebabak yang dimainkan mereka.
“Kau memang perempuan tak guna! Perempuan
curang!” air suam di atas meja terus disimbah ke wajah Liyana. Membulat mata
Hairil melihat adegan itu. Jeritan kecil dari Liyana memaksanya untuk
mendapatkan gadis itu segera. Terus, kakinya berlari mendapatkan Liyana. Lelaki itu yang perasan
akan kedatangan Hairil terus meninggalkan Liyana. Berlari-lari anak lelaki itu
jadinya.
“Hoii!!” Hairil ingin kejar namun
Liyana bertindak lebih pantas dengan menarik tangan sasa itu menyebabkan
langkah Hairil terbantut sepenuhnya.
"Apa ni? Kau biarkan je dia pergi
macam tu?" Hairil tidak berpuas hati. Lelaki berkulit hitam itu dipandang
lagi. Entah siapa agaknya.
“Siapa tu?” tanpa menunggu lebih
lanjut, Hairil langsung bertanya. Terkedu Liyana sekejap. Nak dijawab apa kalau
sememangnya dia tidak kenal siapa lelaki itu. Entah bila agaknya dia jadi teman
wanita lelaki itu. Sudahlah hitam. Sungguh berbeza dengan dia. Bagai tahi
cicak. Hitam putih!
“Dia ke?” terkelu lidah Liyana. Baru
kepalanya nak menggeleng sebagai jawapan yang Hairil inginkan, Hairil terlebih
dahulu memotong.
“Siapa?”
“Lelaki yang kau nak aku buat dia jealous tu?” terus kaku Liyana. Tidak
sangka Hairil masih mengingati alasan bodohnya itu. Tak pasal-pasal sekarang
cerita yang berlaku ini dijadikan sebagai bahan bukti buat lelaki itu.
Tapi..siapa gerangan lelaki itu?
Menuduh sembaragan pulak tu? Entah-entah pelanduk dua serupa mungkin? Mana tahu
mamat hitam itu punya kekasih berwajah serupa dengannya? Liyana menggeleng. Tak
mungkinlah. Dengan jelas dia nampak lelaki itu terus berlari meninggalkan dia
sebaik sahaja dia ternampak kelibat Hairil yang menapak ke arahnya. Kalau
benarlah lelaki itu adalah kekasih kepada mana-mana pelanduk dua serupa
dengannya, bukankah dia akan berdepan dengan Hairil? Jantan kan.. Tapi, apa
yang terjadi ini kelihatannya tampak pelik! Sukar untuknya menerima logik akal.
“Panas ke?” tersentak Liyana dengan
teguran itu. terhapus segala anganannya tadi berganti pula dengan wajah Hairil.
Soalan itu, Liyana cuma mengangguk kecil. Sikitlah.
“Baiknya awak. Tak percaya dalam garang
awak, awak sangat caringkan saya.
Kan?” Jawab Liyana ingin mengusik. Rasa marahnya dibuang jauh-jauh. Tak mahu
rosakkan plan utamanya. Tidak mahu
Hairil syak yang bukan-bukan.
“Dia kutuk kau pun, kau masih nak
berlembut macam ni?! Dia siap simbah muka kau dengan air suam ni lagi. Kau
masih nak biarkan dia macam tu? Kau ni tak rasa apa-apa ke? Itu baru air suam,
kalau asid? Tak ke naya?" Liyana kembali diam. Tukar topik lagi. Lelaki ni
suka sangat mengelat dari usikkannya. Malulah tu nak mengaku.
Huluran tisu lagi dari Hairil disambut
Liyana. Dalam rasa ingin mengusiknya, hati Liyana terasa lain macam pula
apabila Hairil seakan-akan mengambil berat akan dirinya.
“Haih..” Hairil menggeleng sambil
bercekak pinggang.
“Hah! Tak boleh jadi ni. Biar aku ajar
dialah!" Hairil buat hal lagi. Liyana menggeleng sambil menarik kuat
lengan lelaki itu. Tak boleh dibiarkan sangat. Apa-apa jadi karang, susah
pulak.
"Biarkanlah dia, awak. Saya dah
biasalah." Hairil ketap gigi. Masih bingit lagi kata-kata hinaan lelaki
hitam itu pada Liyana. Lantas, tangan Liyana ditepisnya. Hatinya sudahlah panas
dengan sikap kurang ajar lelaki tu, sekarang Liyana pulak yang nak tambah rasa
marahnya.
Nak buat apa nak bela mamat tu lagi?
"Kalau kau dah biasa dengan hinaan
dia, mulai sekarang mamat tak guna tu pun kena biasakan diri jugak makan
penumbuk aku!" Liyana tergamam. Melihat reaksi sebegitu dari Hairil,
membuatkan dirinya terdiam seribu bahasa. Sungguh dia tak dapat jangkakan
sampai begitu sekali Hairil mahu bertindak.
Tidak semena-menanya, Liyana dah rasa
terharu.
"Awak.."
"Jangan nak halang aku. Dia perlu
tahu macam mana nak hargai perempuan! Lelaki macam tu, tak patut hidup atas
dunia ni," balas Hairil kasar.
"Saya tak halang. Pergilah. Bagi
penumbuk paling kuat sekali," Hairil terkejut.
"Huh?"
"Kenapa? Tak nak?" Hairil
menggeleng.
"Tak! Pelik! Kenapa kau tak halang
aku?"
"Kenapa saya perlu halang awak?
Atau awak memang nak saya halang awak sebab awak sebenarnya takut nak pukul
dia?" membulat mata Hairil.
"Apa? Aku? Aku, takut nak pukul
dia? Oh, tolonglah! Kau ingat aku penakut sangat ke? Kalau aku ni penakut tak
adanya aku nak selamatkan kau semalam, tahu tak!?” Hairil senyum sinis. Liyana
cuma mencebik. Nak jugak sebut hal semalam. Nak cakap sangat dia tu kuat. Alah,
kau apa kurang Liyana? Setiap masa nak mengaku diri tu cantik.
Liyana ketap gigi. Geram dengan jawapan
hatinya itu. Memang selalu tak menangkan tuan.
“Awak nampak kacak bila senyum macam
tu. Saya suka.” Jujur Liyana memberitahu.
"Huh?" Hairil terkejut. Apa
perempuan ni melalut tiba-tiba ni?
"Awak.." Hairil pandang
Liyana, acuh tak acuh. Kenapa? Malu? Takkan sama sekali kalau minah ni orangnya!
"Jom kita kahwin?" mahu
tersedak Hairil. Tak tertelan air liurnya dengan sikap lepas laku Liyana ini.
"What?!” Liyana senyum. Hairil mesti tengah cuak ni.
"Saya rasa macam nak kahwin dengan
awaklah sebab saya rasa saya macam dah ada perasaan dekat awak. Awak buat saya
rasa lain macam. Saya rasa macam saya dilindungi bila duduk dekat dengan awak.
Dah dua kali tau. Semalam dan hari ni.” Hairil tergamam. Terkebil-kebil matanya
memandang Liyana. Tetapi mata itu tidak pernah statik pandang ke arah Liyana.
Ada aje bebola mata itu bergerak ke arah lain.
“Awak,” Liyana memanggil lagi. Kebisuan
Hairil sungguh mencuit hatinya.
“Huh? Apa dia?”
“Muka awak merah. Awak blushing, eh? Malu ke?” membulat besar
mata Hairil dibuatnya.
"Apa? Aku nak malu? Huh.
Taklah!" kepala itu dilarikan. Liyana senyum dalam diam. Oh! Malulah tu..
Tapi tak nak cakap!
“Sudahlah kau. Jom makan.” Hairil sudah
bergerak ke arah di mana dia berada tadi. Di tangannya ditatang dua pinggan.
Keadaan di sini sedikit riuh. Mungkin dari adegan itu tadi. Pastinya topik
perbualan mereka adalah perihal tentang dirinya.
“Peliknya. Tadi cakap nak kejar lelaki
tu.” Hairil buat bodoh dengan bebelan Liyana yang masih tak berhenti. Tahu
sangat Liyana menyindir dirinya lagi. Ah, pedulikanlah. Buat apa dia nak
susah-susahkan diri mahu kejar lelaki yang jelasnya tiada kaitan dengan
dirinya?
Pinggan berisi nasi goreng dihulur pada
Liyana. Sementara dirinya juga makan benda yang sama. Sedang mereka makan,
Hairil perasan akan mata-mata yang menjeling ke arah mereka. Hairil mengeluh
perlahan. Sudu dan garfu di tangan diletakkan.
“Kau okey makan kat sini? Atau nak
tukar? Makan tempat lain?” Liyana angkat kening. Kenapa pulak?
“Kenapa? Awak tak selesa ke? Alah!
Kalau tahu macam ni, tak adalah saya nak pilih tempat ni tadi. Awak tak suka tempat
macam ni? Serabut ke?”
“Tak adalah. Cuma.. kau okey ke? Aku
takut kau panas aje.” Liyana terus diam bila matanya nampak Hairil yang
menjeling orang-orang yang begitu sakan mengutuk dirinya. Ada juga yang masih
merenungnya tajam. Liyana malas nak layan mereka. Dibiarkan mereka bersama
andaian sendiri. Manusia. Tapi..hatinya tetap tersentuh dengan reaksi lelaki
itu. Serius! Dia sama sekali tidak menyangka Hairil juga dengar perbualan sinis
orang-orang di sini. Terasa seperti dirinya sangat-sangat dilindungi malah
terasa perasaannya dijaga Hairil dengan baik sekali.
Hoi, Yana! Sedar diri sikit. Jangan nak
lebih-lebih. Liyana senyum hambar. Baru
nak perasan dah kena sound.
“Tak. Tak panas pun. Sini kan ada
air-cond. Cepat sejuk. Jangan bimbang, sekejap aje panasnya tu.” Hairil terkedu
sahaja. Biasa aje minah ni? Biar betul? Hebat! Puji Hairil dalam hati. Terdetik
rasa kagum dalam dirinya pada gadis ini.
“Nah.” Selamba Liyana letak timun ke
dalam pinggan Hairil. Hairil menggeleng.
“Orang makan timun sebab nak bagi kau
neutral balik rasa pedas tulah. Bukannya saja-saja dia letak.”
“Alah. Tak suka. Awak makan ajelah.”
Balas Liyana selamba. Hairil menggeleng. Dan dengan selambanya juga dia menyuap
timun itu ke dalam mulutnya. Masing-masing diam sambil makan. Liyana tekun
menyuap nasi ke dalam mulut. Sesekali hujung ekor matanya akan menjeling lelaki
di hadapannya ketika ini. Apa yang lebih buat dia sembunyi senyum sedari tadi, adalah
lelaki itu selamba sahaja berkongsi makan dengannya. Bukankah itu pelik? Pelik
tapi benar.
Wah!
Liyana! First step nampak macam dah mula ada positifnya aje. Apa kata,
jalan yang kedua? Liyana sengih panjang. Yeah! Kau boleh Liyana. Teruskan
usaha! Chaiyok!
Fuh.. Nampak macam dah tak lama lagi
dah ni.. Bersabar sikit aje lagi, Liyana. Lepas ni, bila Hairil dah jadi
miliknya boleh dia tayang dengan mendabik dada gitu kat perempuan sial tu. Huh!
Marlia? Kau gigit jarilah nanti!
Anganan
Liyana sudah jauh ke laut hanya gara-gara Hairil yang sudah menelan sepotong
timun itu. Haih.
Next n3: Liyana Bab 15
