KEDINGINAN Hairil tersangat-sangatlah
bikin nafas Liyana jadi sesak. Sungguh dia terseksa dengan layanan dingin
lelaki itu. Adanya dia, dibuat macam tiada. Bila dia tegur ibaratnya dia ni
sedang bercakap dengan chandelier
sahaja. Sebuah perhiasan yang cukup cantik namun sayangnya tidak diberi
kesempatan untuk berkata. Sama macam dirinya. Keadaannya masih sama cuma
aturannya berbeza. Cantiknya dirinya tapi sayangnya dia sedang bercakap dengan
tunggul yakni Hairil! Ada ke patut? Hairil memang sengaja mahu kenakannya.
Benci sungguh! Liyana ketap bibir.
Hajatnya dia nak cari idea
lagi. Macam mana sekalipun target
utamanya tak boleh gagal. Hairil mesti jadi miliknya walau apa-apapun yang
jadi. Tapi..sekarang? Haa! Rasa tak sanggup pulak bila Hairil layannya begini.
Kenapa dengan mamat tu? Takkan nak sentap gara-gara benda tu? Tiga temu janji
aje. Terus apa yang dia nak marah? Kalau pun rasa tertipu tak perlu nak tunjuk
sampai begitu sekali. Atau sebab lelaki itu terasa dipermainkan? Sebab apa?
Kerana aku dah banyak main dengan lelaki-lelaki lain ke? Hih.. Tak logik!
Lagipun, dia nak marah apanya? Aku main bukan main-main benda kotor tu!
Kepala Liyana digeleng
lagi. Sudah puas dia paksa otaknya untuk gali idea baru, tapi sampai sekarang
tak jugak muncul-munculnya idea tu. Aduh.. Liyana makin buntu. Apa yang perlu
dia buat ni?
Bibir memuncung panjang..
“Ni kenapa memuncung
panjang ni, sayang?” pinggan berisi kuih tart diletak atas meja. Punggung
dilabuhkan di sisi Liyana manakala mata tertacap kemas pada anak daranya itu.
“Ma..ada prob sikitlah.” Adu Liyana. Datin Mariah
angkat kening. Problem apa pulak kali
ini? Semenjak dua menjak ni, okey aje dia tengok anaknya. Siap senyum-senyum
sorang lagi.
Kalah orang gila bayang
lagaknya.
Apa puncanya ya? Sebab
lelaki yang dia jumpa di waktu pagi itukah? Tidak mahu membuat sebarang
spekulasi sendiri, Datin Mariah lebih selesa mendiamkan diri. Rasanya lebih
elok kalau dia dengar dari mulut anak daranya sendiri.
“Apa dia? Tell me.” Tak cerita lagi kepala Liyana
dah jatuh atas bahu Datin Mariah. Mulutnya masih sama. Muncung itik!
“Pernah tak papa merajuk?”
tak pasal-pasal Datin Mariah gelak. Ini soalan yang anaknya ingin tanyakan?
Ingatkan apalah sangat.
“Kenapa tanya tiba-tiba
ni?” Liyana mencebik. Ini yang dia lemah. Orang tanya lain mesti mama dia duk melencong tanya benda lain. Soalan
penyata tak pernah nak dijawab dengan jawapan penyata. Mesti nak analisa juga
soalan itu terlebih dahulu. Sekarang, tak pasal-pasal dia pulak yang susah
hati. Sekarang mahu dia menjawab apa?
“Jawab ajelah, mama.”
“Kalau mama jawab, Liyana
nak bagi mama apa?” Liyana dah buat muka. Selalu macam ni. Kadang-kadang dia
rasa keliru, siapa ibu dan siapa anak? Lagak mamanya macam budak-budak. Langsung tak matang. Tanya sikit mintak
ganjaran. Tapi..dah terbiasa dengan perangai mama dia. Nak buat macam mana..dah
nasib dapat mama yang luar biasa macam ni.
“Tak naklah macam tu, ma.
Jawablah apa yang Liyana tanya ni..Please?”
“Alahai..manjanya.”
“Of course. Besok dah tak boleh nak manja-manja macam ni, dah.” Bila
fikir tentang kerja memang buat Liyana naik demam. Siapa suka kerja? Lainlah
kalau kerja kat tempat-tempat model-model ke? Barulah semangat sebab boleh cuci
mata. Liyana simpan senyum. Kalau dah namanya minah gatal memang tak boleh nak
lari dari fikir benda macam ni.
“Cepatlah, ma.” Desak
Liyana. Orang dah terlalu desperate
ni.
Bahu Liyana Datin Mariah
usap. Sambil usap, sambil itulah matanya pandang ke atas. Soalan Liyana
berlegar kembali dalam kotak fikirannya.
“Entah..rasa macam tak
ada.” betul ke ni? Papa tak pernah merajuk? Haish. Biar betul? Tak seronoknya
macam tu! Bagi Liyana merajuk, marah, cemburu semuanya adalah rencah dalam
bercinta. Ada elemen ni membuatkan pasangan itu rasa makin serasi
dan..entahlah! mungkin itu dinamakan perkara wajib yang perlu ada dalam sesuatu
hubungan. Tapi..seronok tak seronok pun mama dan papanya nampak bahagia aje
sampai sekarang.
Dan.. persoalan yang paling
penting sekali! Apa motifnya bertanyakan perkara ini semua? Dia dan Hairil
bercinta ke? Erk! Aduh soalan! Tajam
nak mampus.
“Biar betul mama ni? Cuba
fikir balik.” Kali ni, Liyana harap jawapannya ya! Please, mama..cakap ya, ada!
“Tak adalah sayang..”
spontan Liyana tarik muncung.
“Ah! Yana tak percayalah.
Papa mesti ada merajuk punya dengan perangai pelik mama tu. Ataupun..mama
memang ingat tapi sengaja tak nak bagitahu sebab mama malu!” tempelak Liyana
bersahaja. Datin Mariah sudah bulat pandang anak daranya yang sorang ini.
“Apa kamu cakap? Mama
pelik?” Liyana angguk.
“Kalau mama pelik, kamu pun
apa kurangnya! Tapi..kenapa mama pelik? Mama tak rasa macam tu pun..” suara
Datin Mariah jadi kendur sekaligus membuahkan ilai tawa Liyana. Tubuh mamanya
dipeluk.
“Mama memang pelik!
Tapi..pelik-pelik pun Yana tetap sayang.” Datin Mariah hanya mampu tarik
senyum. Lengan anaknya diusap lembut. Liyana bila dah datang mood manja
dia..Aduhai.
“Yang kamu tanya tentang
tu, kenapa? Kamu gaduh, ya? Dengan siapa? Lelaki ke perempuan?” Liyana
menggeleng dengan pertanyaan bertubi-tubi itu. Tak menyempat langsung. Memang mamanya punya bakat terpendam jadi
reporter. Laju benar soalannya.
“Lelaki. Mama ada tips
tak?”
“Tips?”
“Hurmmm..” kepala Liyana
begitu ringan mengangguk.
“Tak payah nak tips-tipsnya
segala. Macam tak biasa. Pergilah pujuk!” Liyana mengeluh. Kalau dah boleh
pujuk, takkan dia nak tanya mama dia. Hairil pun satu hal. Kalau dah merajuk
tu, kalah perempuan! Bebel Liyana sendiri. Gayanya bercakap persis macam Hairil
dah banyak kali merajuk dengan dia. Ehem..bukan
merajuk tapi marah!
“Tak makan dengan pujuk,
mak oii.. Hati dia keras macam batu! Bayangkan..ni! Anak mama? Si Diva
ni..pujuk dia. Tapi..tak pernah makan dengan pujuk Liyana, mama oii.” Luah
Liyana geram.
“Dah banyak kali ke kamu
pujuk dia, sayang?” Liyana angguk laju.
Ya-yalah tu, Liyana oi. Kau
tak pujuk pun lagi. Hello! Yang aku tiap-tiap hari kejar dia selama ni tu apa?
Itu menggedik sebab nak
cari lelaki. Suara hatinya menjawab. Liyana mencebik. Samalah tu.
“Huih..Memang pelik tu.
Anak mama mana boleh orang tolak.” Datin Mariah dengan megah turut sama
mengangkat bakul yang dibawa Liyana. Dasar mama borek anak rintik betul mereka
berdua ini.
“Kan, mama.” Laju aje
Liyana menjawab lagikan menyokong kenyataan itu. Oh, tolonglah!
“Terus..apa Liyana nak buat
ni, mama?” Datin Mariah diam lagi. Tengah fikir apa jawapan yang terbaik yang
perlu dia kasi kat anaknya.
“Cari yang lain?” Liyana
membulat.
“Tak naklah mama! Liyana
nak dia!” Datin Mariah terkedu sendiri. Ni memang betul-betul nekad ni.
Belakang kepalanya dia garu. Liyana sudah masam mencuka. Kalau inilah jalan
terbaik yang mamanya ada memang tak membantu langsung.
Dia tak akan cari lain!
Dia memang nakkan Hairil jugak. Hairil
tu jawapan kepada segala masalahnya. Dengan Hairil dia mampu tundukkan si
Marlia gedik tu. Dan..dia sayang sebenarnya untuk lepaskan lelaki itu. Entah
kenapa dia mula rasa selesa dengan lelaki itu. Jadi, untuk lepaskan lelaki itu
memang agak mustahil.
“Macam nilah. Kamu sayang
dia?” Liyana tak tahu nak jawab apa. Nak geleng salah, nak angguk pun salah.
Soalan mamanya rasa macam jerat besar. Banyak maksud yang boleh dia faham
dengan soalan itu. Sayang yang bagaimana?
Jangan nak fikir complicated sangatlah, Yana. Just consider it as a friend. Liyana
kemudiannya tanpa ragu-ragu lagi terus angguk.
“Then..the only way that you can do is…teruskan pujuk dialah.”
Liyana melopong luas dengan jawapan poyo mamanya.
“Mama. Did you realize what you’re saying just now? Mama cuma rephrase dengan jawapan mama yang
sebelumnyalah.”
“Bukan macam tu, sayang.
Kali ni jawapan mama unik sikit. Cuma topic
sentence aje yang sama.” Jawab Datin Mariah sambil sengih. Panjang benar
sengihannya.
“Listen, dear. Kalau kamu sukakan dia, then terus pujuk dia. Jangan putus asa! Itu paling penting. Pujuk
macam mana? Kali ni kamu pujuk dengan seikhlas hati. Kalau perlu luahkan rasa
di hati, luahkan aje. Tak perlu bimbang sayang malu atau tak. Zaman sekarang
perempuan lebih ramai dari lelaki, so
peluang untuk kamu kehilangan dia agak tinggi. Jadi, kalau tak nak hilang dia..just go on and fight for it. Kalau
sayang betul-betul, tunjukkanlah yang kamu betul-betul bersungguh-sungguh nak
dapatkan dia.”
Jawapan Datin Mariah kali
ini berikan rasa lain pada Liyana. Tak banyak nasihat itu masuk dalam telinga
Liyana. Apa yang paling kuat melekat dalam mindanya sekarang ini
adalah..ikhlas. Pujuk seikhlas hati?
“Err.. Macam mana nak pujuk
seikhlas hati, ma?”
Kalau tadi jawapan Datin
Mariah buat Liyana terkedu, kali ini soalan Liyana dah menjadikan Datin Mariah
perempuan bisu. Dia nak jawab apa? Dia sendiri kadang-kadang bingung macam mana
nak cakap.
“Entahlah, sayang. Ermm..
Bagi mama..susah nak jelaskan macam mana ikhlas itu. Ikhlas itu diibaratkan
semut hitam yang berjalan atas batu hitam pada waktu malam. Senang cerita,
setiap apa yang kita buat, yang kita cakap sentiasalah jujur. Kalau asyik
menipu aje, siapa nak lekat dengan kita?” Liyana sentap. Mamanya macam tahu-tahu
aje apa salah dia dah buat kat Hairil.
Teringatkan Hairil lagilah
buat Liyana pening. Makin cakap dengan mamanya, makin pening Liyana. Apa yang
dia perlu lakukan?
“Yang kamu gelabah tak
tentu pasal ni, kenapa?”
“Huh?” Liyana terkelu
sendiri. Gelabah? Terlalu jelas ke?
“Siapa?”
“Huh?” lagi tercengang
Liyana. Telinganya langsung tak ready
nak dengar apa yang mama dia cakapkan.
“Hiss..mengalamun entah ke mana kamu ni? Mama tanya..siapa lelaki
tu? Tengok dari gaya kamu ni..macam dah jatuh cinta gila-gila aje ni.” Liyana
tak tahu nak cakap apa. Komen mamanya dibuat dengar tak dengar aje. Entah
kenapa Liyana rasa kurang senang dengan soalan itu.
“Psstt..Lelaki yang datang hari tu ke?” erk! Mata Liyana membulat
tiba-tiba. Tembakan mamanya kena pada sasaran. Tepat sungguh pulak tu. Mama ni
pun satu. Kuat sungguh ingatan dia.
Datin
Mariah tersengih-sengih bila nampak wajah anaknya yang tersipu-sipu malu itu.
Alahai..sebut sikit pasal lelaki tu automatik anak daranya ini dah tukar jadi
perempuan melayu terakhir?
Di saat itu
timbul pula dalam hatinya ingin bertemu sang pemilik hati anak daranya itu.
Tengok dari gaya anaknya macam lelaki itu hebat. Kalau tidak masakan sampai
anaknya bersungguh-sungguh inginkan dapatkannya.
“SELAMAT pagi, Encik Hairil,”
Hairil mengangguk sahaja sebagai balasan. Tak berniat nak cakap banyak. Salwa
tarik balik senyumannya. Nampaknya hari ni lagi sekalilah dia kena hadap dengan
angin malam bosnya. Gayanya nampak macam tak berapa bagus, tapi tak tahulah macam
mana. Teringatkan sesuatu cepat-cepat Salwa nak bukak mulut tapi matanya nampak
tubuh Hairil dah pun masuk ke dalam.
Tak apalah.
Jimat air liur sikit. Tanpa banyak soal lagi, punggungnya dilabuhkan segera ke
atas kerusi empuk itu. Belumpun nafas terhembus di situ, suara Hairil dah
kejutkan dia.
“Salwa!”
opocot! Naik lemah jantung kalau tiap-tiap hari kena sergah macam tu. Salwa
urut dada. Rasa geram dalam hati ditahankan sahaja. Nak buat macam mana? Dia
bos, aku pulak kuli! Manakan padan nak tegur-tegur ni, silap-silap nanti dia
tegur aku suruh quit.
Nampak tak
betapa kesiannya kalau berkerja sebagai kuli ni?
“Ada apa,
Encik Hairil?” segala mak nenek rungutan dan bebelannya ditinggal jauh-jauh.
Ada benda yang lagi penting, yang dia nak kena hadap.
“Kenapa dia boleh ada dalam
bilik saya sekali ni?” itulah! Salwa baru nak cakap tadi, tapi bosnya itu awal-awal
lagi dah menghilang. Salwa mengeluh. Mata pandang ke arah Hairil kembali. Bibir
bawahnya digigit. Salah akukah kali ini?
“Saya tanya ni..kenapa awak
benarkan dia masuk bilik saya tanpa kebenaran?” Liyana yang berdiri belakang
Hairil senyum panjang sambil melambai-lambai tangannya pada Salwa. Salwa tak
membalas. Cukup sekadar tayang sengih.
“Saya..saya memang nak
cakap tadi tapi Encik Hairil dah masuk dulu. Masa Cik Liyana datang tadi, dia
cakap kat saya yang Encik Hairil suruh Cik Liyana tunggu kat dalam dulu. Sebab
itulah..saya biarkan aje.” Salwa gigit bibir. Sekarang baru dia tahu, dia dah
kena kelentong dengan Liyana. Aduh.
Hairil mendengus geram. Nak
marah banyak-banyak pun tak guna juga. Salah dia juga kerana selama ni dia tak
pernah pulak nak kata apa kat Salwa tentang Liyana. Liyana pun satu hal.
Mentang-mentang dah banyak kali datang sini bukan bermakna dia boleh buat
suka-suka hati aje main redah biliknya.
Mata Hairil tajam menjeling
Liyana. Liyana yang sedar akan jelingan itu hanya tayang muka tak bersalah.
Boleh pula dia senyum panjang sebelum lengan Hairil dia tarik supaya masuk ke
dalam. “Thanks, Salwa! Don’t worry, saya akan pastikan dia tak
akan marahkan awak.” Sempat Liyana berjanji pada gadis itu sebelum pintu itu
ditutup rapat. Salwa hembus nafas. Sesak sekejap! Kata-kata Liyana dia pegang.
Harap-haraplah macam tu.
“Apa kena dengan kau ni?
Tak serik-serik lagi? Aku dah cakap, jangan jejak kaki kat sini! Tak
faham-faham lagi?” sebaik sahaja pintu itu tertutup, suara itu dah
berkumandang.
“Boleh tak jangan
marah-marah? Saya datang sini..sebab rindukan awaklah.” Liyana senyum comel.
Siap dengan pakej lesung pipit di pipi kanan lagi. Hairil terpana sekejap tapi
cepat-cepat dia sedarkan diri.
“Aku banyak kerja.” Hairil
beri alasan.
“Jom pergi makan? Saya
lapar.” Liyana cari alasan. Kalau nak bersama dengan Hairil mesti punya alasan.
“Café ada kat bawah.”
Hairil melencong ke lain.
“Tak suka makan
sorang-sorang.” Liyana tampil memberi alasan. Turut tidak mahu sama kalah dalam
permainan ini.
“Makanan paling sedap nasi
lemak.” Terang Hairil juga. Jauh kenyataan itu dari jawapan yang diinginkan
oleh Liyana.
“Tak ada duit.”
“ATM ada dekat bawah. Cari
sendiri.”
“Bibir saya pecah.”
“Apa kena mengena dengan
aku pulak?”
“Hati saya tercalar.”
“Siapa buat?”
“Awak!”
“Kenapa aku pulak?” Liyana
malas nak bertekak lagi. Fail yang sedang Hairil belek selamba ditarik. Hairil
angkat muka dengan pandangan tak puas hati.
“Sibuk? Saya pun sama. Hari
ni saya masuk kerja tau! Tapi saya sempat datang sini dulu semata-mata sebab
awak. Jom makan, sama?” Liyana kerdipkan bulu matanya pada Hairil. Lagak
manusia penggoda tahap langit petala ketujuh sahaja. Hairil mengeluh sahaja.
Langsung tak tercuit dengan perbuatan itu.
“Tak nampak ke aku sibuk?
Keluarlah!!” bila suara itu naik, Liyana mula tak sedap hati. Hatinya rasa
sakit bila Hairil tergamak menengkingnya begitu. Selama ini lelaki itu memanglah
selalu berkasar tapi tak ada pulak nak marah-marah macam ni. Cuma di pejabat
baru-baru ini dikecualikanlah. Itu kan berpunca darinya..
“Bak sini fail tu.” arahan
lelaki itu dibuat tak peduli Liyana. Selamba aje, beg tangan dia tarik dan
tangan pulas tombol pintu.
Hairil angkat kening bila
lihat gelagat Liyana yang dianggap aneh itu. “Nak? Kalau nak, makan dengan saya
dulu.” Ucap Liyana sambil fail di tangan dilayang-layangkan di udara.
“Itu satu ugutan ke?”
“Tak! Ancaman!”
“Wow..takutnya.” Liyana tahan
gelak. Sejak bila Hairil pandai main mengejek segala ni? Dengan riak mukanya
lagi..sumpah lawak! Hairil yang sedar dengan ketelanjuran kata-katanya
cepat-cepat berdehem panjang. Muka memang teballah. Kenapalah dia boleh
bertindak macam tu tadi? Hilang macho!
“Aku sibuk.” Walaupun dah
buat muka selamba, tapi Hairil tetap tak senang duduk dibuatnya. Jelingan
Liyana tu! Sungguh menyakitkan hati, memang mintak penumbuk minah ni.
“Eh, bak sinilah fail tu.”
Liyana gelak kecil. Tahu lelaki tu tengah tahan malu. Ceh!
“Nak fail ni? Turun makan
dengan saya dulu. Kalau tak nak…” sengaja dibiarkan tergantung ayat itu sekejap
gara-gara mahu menatap wajah tak puas hati lelaki itu. Argh! Lelaki ni sangat
comel bila buat muka macam tu. “Kalau tak nak ikut saya jugak, makanya carilah
saya di ofis saya pulak nanti. Mungkin waktu tu kita boleh lunch sekali. Perhaps?”
begitu mudah Liyana tampil dengan cadangan kedua pula.
Terus, Liyana keluar tanpa
menunggu lelaki itu. Bibirnya koyak senyum. Yakin lelaki itu akan ikut dia juga.
Tak percaya? Cuba kira sampai lima. Satu..dua..tiga..empat..lima..
“Liyana!” Liyana sengih
terus bila suara garau itu panggil. Muka cemberut Hairil begitu mencuit
hatinya.
“Ikut sinilah.” Oh salah
jalan ke? Malu sudah. Apalah, kau Yana. Lantas, langkah kaki dihalakan ke arah
lelaki itu. Mereka berjalan seiring namun bila Liyana datang merapat Hairil
pasti akan menjauh. Bila tangan Liyana meliar tangkas sahaja Hairil mengelak.
Huh! Masih merajuklah tu.
Benci!
“BETUL ke makanan kat sini paling
sedap?” soal Liyana minta kepastian. Kepalanya sempat pusing kiri kanan. Bukan
nak kutuk gerai di café ni, cuma saja dia nak bermanja dengan Hairil. Cari
topik untuk dijadikan bualan. Sedarnya, dari tadi lelaki itu tahu diam aje.
Sakit pulak hati dia.
“Kau nak makan apa?” Hairil
merengus geram. Kerja bagai nak rak, last-last
jadi kuli untuk minah ni? Memang tak berbaloi dia hidup atas dunia ni selama
ni!
“Tadi, cakap nasi lemak
paling sedap.”
“So?”
“So, what?” Hairil tarik nafas. Cuba bersabar dengan kerenah Liyana!
“Kau nak makan apa? Nasi
lemak?”
“Awak nak order apa?”
“Nasi goreng. Kau? Nasi
lemak?” Sengaja Hairil jawab lain. Nak tengok apa kata Liyana.
“Tak naklah. Nak yang sama
macam awaklah.” Ee! Sumpah minah ni menyusahkan. Cakap tadi gayanya macam confirm nak makan nasi lemak, last-last pilih yang sama macam aku
jugak. Aduh! Bala sungguh kalau nak layan dia ni.
“Bagi nasi lemak dua. Air
teh tarik dua.” Macam robot Hairil pesan makanan. Semuanya macam dah di set dalam kepala. Pelayan perempuan itu
hanya ikut sahaja, mencatat segala order
di atas sekeping kertas. Liyana mencebik. Nampak sangat lelaki tu nak kenakan
dia tadi. Cakap nak nasi goreng bagai. Huh.
“Kenapa tak tanya saya dulu
nak air, apa?” soal Liyana. Hairil yang mendengar dah geram. Cakap nak yang
sama macam aku punya.
“Kau nak air apa?”
pandangan pelayan perempuan itu kini berkalih pada Liyana.
“Bagi teh tariklah.” Hairil
kancing gigi. Liyana..kau! Urgh! Sakit jiwa sungguh dengan minah ni. Sengal nak
mampus. Pelayan itu tekun mencatat dengan senyuman tak lekang di bibir. Pasti
dia sedang ditertawakan dengan gelagat lucu Liyana itu.
Usai pelayan itu berlalu,
Hairil tongkat dagu.
“Janganlah buat muka comel
macam tu. Geram saya tengok.” Jujur Liyana mengusik. Nak bohong apa? Muka mamat
ni tersangatlah comel. Lagipun..dia datang sini dengan azam baru. Tahu azam
apa? Azamnya nak pujuk dengan seikhlas hati.
Haih.. Tahu ke kau apa
makna pujuk seikhlas hati tu? Liyana diam sahaja dengan soalan mindanya. Tak
perlu untuknya jawab.
“Kau boleh tak jaga air
muka aku kat sini?” Hairil mencelah di tengah-tengah suasana yang bingit ini.
Biasalah, bila time makan. Mulut mana
nak senyap.
“Sebab?”
“Aku orang besar tau kat
sini..” Liyana buat muka. Berlagak.
“Pelayan tadi tu suka kat
aku. Jadi..jangan nak menggedik sangat.” Entah apa motif Hairil cakap macam tu
tapi kali ini Liyana betul-betul terusik dengan kata-kata itu. Wajahnya berubah
seratus peratus.
“Jadi..apa masalahnya? Awak
sukakan dia jugak ke?” kalau dengar baik-baik, suara Liyana memang macam orang
tengah tahan api cemburu. What?
Cemburu? Hello. Apa motif dia nak
cemburu segala? Hairil bukannya siapa-siapapun dalam dirinya.
Habis yang kau sentap tadi
kenapa? Kali ini, soalan dari hatinya benar-benar buat Liyana sentap. Yang
itu..itu mungkin kerana dirinya yang hanya terasa seperti tercabar sahaja.
Maklumlah Hairil kan sudah dia janji akan dia takluki hati itu. Takkan dia
benarkan lelaki ini jatuh ke mana-mana perempuan.
“Kalau ya, kenapa?” dan
entah apa yang merasuk Hairil sampai-sampai dia begitu berani cakap macam tu.
Liyana ketap bibir. Apa
sudah jadi? Mata Liyana segera mencari di mana pelayan tadi. Hujung matanya tak
pernah lepas dari pandang tubuh itu. Perempuan macam ni yang Hairil suka? Dari
tadi Liyana menunggu, akhirnya telah tiba saatnya. Gadis itu kini sedang
menatang dulang bersama langkah kaki yang menapak ke arah mereka berdua.
Seperti yang dijangka,
gadis itu berhenti di meja mereka. Segala makanan atas dulangnya telah
dibahagikan pada Hairil dan Liyana. Selangkah kaki itu berundur, Liyana dah
menghalang.
“Err..adik.”
“Ya, saya?” Hairil malas
nak layan. Nasi lemak disudu dan ditelan masuk ke dalam perut.
“Adik sukakan dia?”
“Uhukk..” tersedak Hairil
dengan soalan itu. Mulut ditekup. Habis nasi yang ditelannya tadi tersembur
atas meja gara-gara soalan gila Liyana itu. Dan ternyata soalan itu juga turut
mengejutkan gadis itu. Wajah Hairil dia pandang.
“Tak.” sopan jawabnya.
Liyana senyum. Berpuas hati dengan jawapan itu.
“Good! Pastikan sampai bila-bila takkan pernah jatuh cinta tau,
sebab..he’s mine.” Lagi membulat mata
Hairil. Gadis itu gigit bibirnya. Bingung dia sekejap akan kenapa dia perlu
masuk sama dalam permasalahan mereka ini. Nak tak nak, kepala itu cuma
mengangguk sebelum kakinya berlalu ke tempat lain.
“Apa kau buat tadi?”
“Tengok gayanya macam cinta
bertepuk sebelah tangan. Perasan aje lebih.” Sindir Liyana. Langsung tak
menjawab soalan Hairil.
“Kau pun.” Jawab Hairil
geram. Kini, kata-katanya sendiri telah memakan dirinya sendiri.
“Sekarang memang ya..tapi
masa depan nanti? Who knows, right?” berlapik Liyana sedang
menuturkan kata-katanya. Berlapik lebih kepada ayat double meaning. Alah, dia pasti Hairil faham akan maksud katanya.
“Aku pun. Who knows, right?” dipulangkan paku buah keras itu. Tepat kena batang hidung
Liyana. Nasi yang dia sudu terus tak jadi. Dibiarkan sudu dan garpu jatuh
berdeting mencium pinggan.
Liyana marah! Hatinya entah
kenapa kurang senang dengan jawapan lelaki itu.Hairil memang betul-betul nekad
ke mahukan gadis itu? Dalam moodnya begini memang terus dia membatalkan sahaja
niatnya. Tak mungkin dia nak bercerita dengan ikhlas kalau dia sememangnya
sedang marahkan lelaki itu?
Sekali lagi, pandangannya
dikalihkan pada gadis itu. Matanya statik di situ manakala otaknya berjalan
laju. Apa yang gadis tu ada, dan dia tak ada?
