“AKU
kata keluar! Kau tak faham-faham lagi ke? Keluar!! Keluar!!” tempikan bersilih
ganti itu mengejutkan Erma. Kaki yang mahu masuk terus ke halaman rumah dibatalkan
sebaliknya ringan sahaja dirinya menyusup belakang pohon yang agak besar di
depan rumahnya itu. Mata dikecilkan. Cuba mengecam siapa pemilik suara itu.
kepada siapa pula dia tengking tadi?
Teringatkan akan hal itu, kepala
Erma terus memandang ke arah satu tubuh lagi. Mak? Hatinya mula tidak enak.
Pantang benar rasanya kalau ada orang yang mahu cari pasal dengan ibunya. Silap
cakap nanti tak pasal-pasal mak dia yang jadi mangsa.
“Mak..cuba bawak bertenang mak.”
Aliah cuba tenangkan keadaan yang tegang ketika itu. Nafas Suharti sepertinya
sudah tidak mampu dikawal dengan baik. Turun naik dada orang tuanya itu. Tak cukup
dengan itu, pandangan tajam mata itu benar-benar buat dirinya kecut perut.
“Kalau
nak aku bertenang, baik kau keluar dari rumah aku ni!!” Erma tekup mulut. Tidak
percaya kini telinganya mampu mendengar arahan itu secara depan-depan begini.
Oh, bukannya depan tapi belakang-belakang begini.
“Mak..tolonglah
faham keadaan saya, mak.”
“Argh!
Aku dah tak peduli. Sejak laki kamu mati sampai sekarang ayat itu jugak yang
kau duk mengemis dengan aku.” tengking suara itu lantang. Melenking kuat suara
tuanya. Kalau tidak memikirkan keadaannya yang semakin uzur ini, sudah lama dia
jerut leher anak tuanya ini.
Aliah
ketap bibir. Paksaan itu membuatnya dalam dilema. “Sekarang kalau kau tak nak
aku mengamuk, baik kau cepat-cepat pergi. Norman, anak aku dah nak balik!”
Kening
terangkat sebelah. Norman dah nak balik?
“Tak
payah nak buat muka terkejutlah. Cepatlah, Liah eh. Keluarlah. Aku dah penat
asyik cakap benda yang sama kat kau. Cubahlah kau pasang telinga kau tu
besar-besar sikit. Hih. Serabut sungguh rasanya. Kenapa kau bengap sangat?”
Aliah diam. Jauh sekali mahu menjawab. Sekasar manapun kata-kata ibunya tetap
dia diamkan sahaja.
Tidak
sanggup melawan kata tua itu. Apa-apapun yang akan berlaku, orang tua ini tetap
ibunya. Manusia yang telah berjaya buat matanya celik melihat dunia.
“Mak..cubalah
mak fikir elok-elok mak. Kesiankanlah saya ni. Kalau saya keluar dari rumah ni,
mana lagi tempat yang saya nak duduk kalau bukan sini mak? Ini aje satu-satunya
harta yang kami ada.” bulat mata Suharti mendengarnya. Rasa telinganya berasap
bila begitu mudah bibir itu mengaku bahawa ini hartanya.
“Kau
ni siapa? Harta kau? Bila masa?!”
“Tolonglah
mak. Liah merayu dengan mak..” pinta Aliah lemah.
“Aku
tak peduli dengan rayuan bodoh kau ni.”
“Kesiankanlah
saya, mak.” Aliah cuba nasib lagi. Jenuh dirinya kalau hari-hari perlu hadap
dengan masalah ini? Kini segalanya bertambah rumit. Sejak dari dulu lagi
sememangnya masalah ini yang menganggu mereka. Itu jugalah yang menjadi
penyebab kenapa pertunangan antara Erma dan Qasyah putus.
Semuanya
gara-gara ini. Akibat terlalu sibuk kumpul duit untuk mencari rumah, Qasyah anaknya abaikan. Mungkin akibat diri terasa seperti disisihkan, Qasyah ambil keputusan untuk
berundur diri.
“Kalau
kau mati sekalipun, aku memang dah tak peduli!” Allah! Rasa bagaikan mahu pecah
dadanya bila mendengar lantangan suara itu.
“Kenapa
mak benci saya sangat? Apa salah saya pada mak?” dari dulu hingga kini, masalah
yang dia lalui sehingga kini masih tiada jawapan. Suharti melayannya dingin
tanpa sebarang sebab. Sejak dia lahir sehinggalah berjaya jadi mak orang,
keadaan antara mereka tetap begini.
“Dasar
anak tak guna! Memanglah aku tak pernah silap untuk bencikan kau. Dari kecik
sampai besar..menyusahkan!” Rasa ingin menangis di situ juga. Entah di mana
silapnya, segala kebaikan yang dia taburkan seolah-olah tidak membawa sebarang
erti kepada wanita itu.
Buatlah
kebaikkan setinggi langit sekalipun, jawapannya tetap sama. Benci tetap benci.
Allah! Sukar sungguh mahu putarkan perasaan ibunya yang sorang ini.
“Sudah!
Sekarang, baik kau…”
“Assalamualaikum.”
Suharti diam. Hujung mata menjeling Aliah namun riak wajah Aliah juga seperti
terkejut dengan kepulangan anaknya yang secara tidak terduga itu. Macam asap
sahaja!
“Nek
sihat?” lantunan suara guruh berserta kilat sudah berganti dengan sinaran
pelangi nan indah. Senyuman terukir penuh cantik di lekuk bibir tua itu. Huluran salam bersambut dengan mesranya.
“Sihat..”
lembut jawabnya akan soalan dari cucunya itu.
“Kenapa
duduk dekat luar ni? Panas kan. Jom masuk, nek?” pelawa Erma namun Suharti
dengan yakinnya menolak akan ajakan itu. Sekadar menolak lembut tawaran itu
pasti tidak jadi masalah bagi cucunya itu. Lagipun, macamlah tak biasa.
Selama
inipun, tak pernah walau sekali segala ajakan anak si Aliah ini dia turuti.
Cukup dengan senyum dan menolak lembut tawaran itu. Nak naikkan suara dia tak
sampai hati. Benci-bencinya dia pun, rasa itu hanya kepada si Aliah sorang. Tak
ada kena mengena dengan cucu dia. Cumanya..hatinya agak memberat sikit untuk
berbuat baik pada keluarga ini.
Entah
kenapa..
“Nek
pergi dulu.. Ayam dengan itik tu tak ada orang nak jaga.” Alasan paling klishe
yang diberikan Suharti. Sudah lali Erma mendengarnya. Sejak azali lagi. Tidak
kiralah, pagi petang mahupun tengah hari, alasan itulah yang dia gunakan kalau
mahu menolak ajakannya yang seperti tadi itu.
“Aku
pergi dulu ya, Liah..”
“Yelah
mak.. Hati-hati jalan tu.”
“Aku
tahulah.” Nasib baik tak melenting lagi. Kalau tidak masaklah dia sebab kantoi
dengan cucunya itu. Penat-penat selama bertahun-tahun dia jaga air mukanya dari
menunjukkan sisi hitamnya bila berdepan dengan si Aliah ni, takkanlah dia mahu
hancurkan sekarang?
Apa-apapun
dia tetap akan berlagak seperti biasa. Dan..Aliah. Dia percaya anaknya itu
pandai tutup mulut. Takkan sesekali dia buka pekung di dada untuk diceritakan
pada anak-anaknya.
“Mak
okey?” tanpa banyak soalan lagi, soalan itu diutarakan. Tak perlu nak belok ke
kiri dan kanan, soalan ini memang yang dia amat nantikan. Risau benar lihat
wajah ibunya ketika ini. Pucat tak berdarah sahaja. Cuma..kuranglah sikit dari
tadi.
“Kenapa
tanya macam tu? Mak okey aje.” Dalih Aliah.
“Mak
nampak tak pokok manggis hujung sana tu?” arah telunjuk jari itu Aliah patuh.
Pokok dekat dengan pintu pagar rumahnya diperhati sekilas. Apa kena dengan
pokok itu pula? Dah mengidam manggis pulak ke anaknya yang sorang ni?
“Apa
kena dengan pokok tu?” terluah juga soalan itu dari bibirnya. Puas dia tilik
namun tak jugak jumpa apa-apa yang pelik di situ.
“Erma
duduk situlah tadi. Lama tau.”
“Jadi?”
soal Aliah. Masih tak mengerti.
“Mak
ceritakanlah. Dari awal sampai akhir…” pujuk Erma lembut. Tangan itu digengam
lalu dikucup.
Aliah
tergamam. Baru tersedar apa yang dimaksudkan anak daranya itu tadi. Kalau sudah
lama bertapa belakang pokok tu, memang tak ada lagilah ruang untuknya berahsia.
Dipandang wajah itu. Penuh mengharap.
“Kalau
tak mahu ceritakan pada semua anak-anak mak pun tak apa. Tapi..Erma sebagai
sulung, eloklah kalau mak ceritakan pada Erma dulu. Erma berhak tahu mak. Ini
tentang keluarga kita.”
Makin
menggebu rasa ingin tahu Erma tentang masalah keluarga mereka ini. Kalau dulu,
dia hanya tahu cerita atas angin aje. Nak tanya lebih-lebih, mak nya pula yang
menjadi masalah. Suka berdiam diri. Pendam sahaja segala masalah di dada dia
sendiri.
“Ceritakanlah,
mak..” pujuk Erma lagi. Masih belum lelah mencuba. Aliah tarik nafas. Rasa
berat benar mulutnya untuk dibuka. Namun..melihat wajah itu dia jadi tak sampai
hati.
Lagipun,
dia pasti segala perbualan antaranya dan Suharti tadi didengari anaknya. Cuma
tidak tahu mulanya di mana.
“Baiklah..”
akhirnya Aliah beralah jua. Bercerita pada Erma seorang sekurang-kurangnya
memadailah baginya. Setidak-tidaknya ada juga wakil anaknya yang tahu apa yang
terjadi dalam keluarga mereka.
Erma
pasang telinga. Tak sabar sungguh dia mahu mendengar semuanya. Entah kenapa di
saat itu, dadanya berdetak kencang pula. Bibir Aliah mengorak langkah, bersuara
lembut pada si anak.
Dan
ketika bicara bermula, segala sejarah kisah lama itu mula berlayar, memutarkan
kembali nostalgia dahulu kala..
Best nak lagi
ReplyDeleteCerita la...
ReplyDeleteWahh..apa masalah nenek erma ni ngan mak dia eh..
ReplyDeletelain mcm benar angin dia...
Apa ya?
ReplyDeleteKenapa nek Erma dingin dengan ibunya?
Mereka ada perselisihan faham ke selama ni?