“NAH!” Liyana
tarik sampul surat coklat itu. Akhirnya. Dapat juga dia gengam sampul surat
segi empat ini dari mamat ni. Jahat jugak mamat ni sebenarnya. Dia sengaja mahu
lambat-lambat bagi sampul ini padanya. Katanya, jika dia beri sampul ini
sewaktu date keempat mereka, sah-sah
dia tak akan dilayan lagi. Liyana sembunyi senyum. Macam tahu-tahu aje.
Tapi, tak
kisahlah. Ini pun dah date terakhir mereka. Dia pun dah dapat apa yang dia nak.
Jadi, apa yang dia kisahkan lagi. Liyana dah terlebih excited. Tak sabar-sabar
mahu tamatkan date ni dan pulang.
“Apa
sebenarnya yang you nak dari dia?” buat pertama kali, mereka berbicara dari
hati ke hati. Paling tidak soalan paling klishe
yang dia akan tanya, macam mana kerja awak hari ni?
“Kalau saya cakap pun, awak takkan
faham.” Air teh panas dihirup perlahan. Dia tak mahu kongsi sebenarnya kisah
silamnya. Biar hanya dia dan orang-orang yang tertentu sahaja yang tahu.
Lagipun, malas untuknya nak buka aib orang. Tak manis.
Lepas memang lepas, itu katanya. Tapi,
janji tetap janji. Itu pula adalah tekadnya yang tiada berkesudahan.
“TAK perlu nak pertikaikan rasa hati saya.
Persoalannya sekarang, siapa dia?! Siapa perempuan tu?!" tengking Liyana
terus. Mendesak si lelaki itu untuk berterus-terang. Dia dah bengang.
Tambah-tambah lagi bila si Mustafa begitu liat untuk menjawab. Lagi bertambah
rasa ingin tahunya.
"Apa? Mana ada perempuan dalam
rumah ni." Liyana ketap bibir. Matanya membulat. Lagi nak menafikan. Dia
nampak dengan siapa lelaki tu keluar dari parking lot bawah sana. Siap main
peluk-peluk pinggang bagai. Ingat dia buta?
Pang!!
"Awak ingat saya bodoh?! Awak
ingat saya tak tahu dia siapa? Awak ingat saya tak kenal siapa perempuan
tu?!" soalan bertubi-tubi mengenai lelaki itu.
"Apa sayang cakap ni?" Liyana
tarik nafas. Tak guna, dia panjangkan cerita. Tubuh lelaki itu ditolak Liyana
agar menjauhi dirinya. Lantas, langkah kaki dilajukan ke hadapan, atau lebih
tepat ke arah bilik si teman lelakinya.
"Hei, sayang! Sayang nak buat apa
ni?" lengan Liyana cuba dicapai. Agak cemas dirinya pabila Liyana yang
berura-ura ingin masuk ke dalam kamarnya.
"Lepaslah!" tengking Liyana.
Kuat tangan lelaki itu ditepisnya. Bilik itu terus diserbu. Bermula dengan
tandas. Ditolak kuat pintu itu. Tiada apa-apa. Gebar besar ditarik tinggi ke
udara, tiada juga. Bawah katil cuba dilihat namun juga tiada. Liyana mengeluh.
"Kan dah cakap tak..."
kata-kata lelaki itu tergantung bila Liyana membuka almarinya. Liyana tergamam
begitu juga dengan Mustafa. Dada Liyana turun naik. Sakit hati dan sakit mata
bila memandang lingerie seksi yang
tersarung di tubuh wanita itu.
Beg tangan perlahan-lahan jatuh melorot
di atas lantai. Begitu juga dengan tubuhnya. Terasa turut sama mahu jatuh ke
lantai. Dia rasa sungguh tidak berdaya. Tanpa sedar air matanya turun jua.
Merembes laju ke pipi.
"Apa salah saya pada awak? Apa
salah saya?" Liyana mula mempersoalkan pada Mustafa. Rasa macam sia-sia
hubungan yang mereka jalinkan sebelum ini. Sangkanya, pilihan orang tua mereka
tidaklah seteruk mana. Maka dia cuba untuk mendekati Mustafa ini dengan harapan
dia bisa menakluki hati lelaki itu sebelum mereka bernikah. Malangnya, ini pula
yang terjadi sebaliknya.
Di kala itu, minda Liyana mula menyoal.
Apa selama ini dia yang syok sendiri atau kedua-dua saling cinta mencintai?
"Yana.. Abang.. Abang.."
Liyana menggeleng. Sakit bila mendengar perkataan abang itu. Kedengarannya
seperti mereka adalah antara pasangan yang saling sayang menyayangi setulus
hati. Namun, ternyata ianya silap.
"Saya cuba jadi yang terbaik. Saya
cuba berikan apa yang saya mampu untuk awak. Saya tak faham.. Apa salah
saya?" Liyana menangis teresak-esak.
"Yana.."
"Kau diam!!" tengking Liyana.
dada berombak kencang apabila terpandangkan wajah itu kembali. Di saat tangan
lembut Marlia menyentuh kulit lengannya, amarah Liyana ternyata sudah tidak
mampu untuknya bending lagi. Sudah bagi amaran namun gadis ini tetap berdegil.
Lalu dengan amukan syaitan yang meninggi, rambut Marlia ditarik sekuat hati.
"Kau memang tak guna, Lia. Aku mati-mati
percayakan kau. Sanggup kau buat macam ni, kat aku! Apa dosa aku pada kau, huh?
Apa dosa aku? Aku ingatkan kita...kawan." rasa bergegar jantung. Sungguh
dia tidak percaya dengan apa yang berlaku kini.
"Aku memang kawan kau,
Yana.." Liyana pantas menjeling pada Marlia. Bibirnya tersenyum sinis.
"Kawan? Kau kawan aku? Aku salah
dengar ke? Kawan makan kawan? Jangan pernah kau mengaku aku kawan kau.."
"Bukan salah aku, Yana.. Tunang
kau yang goda aku dulu." Liyana gelak sinis dengan air mata yang jatuh tanpa
henti.
"Kalau kau betul-betul ingat aku
kawan kau, kau takkan ikut apa kemahuan dia. Kau sepatutnya tolong aku. Beri
nasihat, bimbing dia. Bukan kau ikut sekali. Nampaknya aku memang dah salah
pilih kawan. Tak sangka selama ni, aku punya kawan yang sungguh lemah
imannya." Marlia menggeleng.
"Tak! Yana, aku mintak maaf,"
Marlia menangis. Dia takut kehilangan kawan baiknya. Pada siapa dia mahu
mengadu nanti? Dia hanya punya Liyana sebagai rakannya. Hanya Liyana yang
membuat hidupnya ceria.
"Aku maafkan kau, Lia. Dari kita
berkawan sampai ke akhirpun, aku akan tetap sentiasa maafkan kau, tapi lepas
ni.. aku harap kau jangan pernah munculkan diri depan aku lagi sebab aku takut
aku makin bencikan kau, nanti." Marlia cuba mengejar langkah Liyana. Namun,
Liyana terlebih dahulu memberi amaran.
"Jangan pernah kau dekati aku.
Pergilah Lia. Aku bencikan kau. Dan awak.." mata kembali memanah pada
Mustafa.
"Buat seorang lelaki yang saya
cinta, nampaknya saya memang dah salah buat pilihan. Ambil cincin ni.. Batalkan
pertunangan kita. Nanti saya akan bagitahu keluarga saya, yang saya mahu
batalkan perkahwinan kita." Liyana pejam mata. Harap-haraplah, mama dan
papa tak marah untuk batalkan perkahwinan mereka yang hanya berbaki dua minggu
lagi itu.
"Aku harap kau bahagia dengan dia,
Lia." pesanan terakhir ditinggalkan. Marlia menunduk. Menangis
teresak-esak.
Ponn!!
Pon!!
Liyana terkejut. Lampu dah hijau?
Allah! Segera, pedal minyak ditekan sebelum keretanya menderum laju membelah
jalan raya.
"Marlia? Huh! Aku takkan lupa saat
itu. Aku pasti akan balas balik. Aku akan berikan rasa yang sama pada
kau!" satu kad di dashboard kereta dijelingnya. Entah ke mana sampul surat
itu dibuangnya. Hampeh punya mamat nerd.
Ingatkan ada kertas apa sampai-sampai bagi dia sampul surat. Rupa-rupanya
sekeping kad aje?
Tapi tak apalah. Dengan sekeping kad
inipun dia sudah berpuas hati.
Hairil Azamin Bin Kamarul
26 tahun
CEO Goh Properties
AZM 7230
26 tahun
CEO Goh Properties
AZM 7230
Liyana sembunyi senyum. Kereta
bernombor plate AZM 7230 diikuti
rapat.
"Hairil? My only hope.. Jom.. Kita lakarkan impian bersama." bisik
suara itu. Jahat!
Bab 7
BANGUNAN Goh Properties itu dipandang Liyana.
Tegap dan megah sekali bangunan itu berdiri. Liyana telan liur. Nekadkah
dirinya dengan apa yang dia rancang ini? Ditenung kad nama Hairil ketika ini.
Hairil
Azamin Bin Kamarul
Tak
henti-henti nama itu meniti di bibir Liyana. Jauh di sudut hatinya, dirinya
memuji-memuji sepasang nama itu. Cantik namanya. Sama cantik juga dengan
orangnya. Cantik dalam konteks lelaki bermaksud kacak la. Ingatannya masih
tidak dapat lupa akan wajah maskulin lelaki itu.
Namun, tiap
kali itu juga pastinya akan ada bayangan Marlia menjelma di celah ingatannya
terhadap lelaki itu. Barannya semakin menjadi-jadi. Hatinya pasti bertambah
sesak dan sakit tatkala mengingatinya.
Aduh! Sungguh, dia kecewa.
“Ready,
Liyana?” dan oleh kerana itu, Liyana nekad akan sesuatu. Dia akan pastikan
Hairil jatuh di tangannya. Tidak akan dia biarkan Marlia memperolehi Hairil
kali ini. Sudah banyak kali gadis itu mempermainkan hati dan perasaan lelaki.
Jadi apa bezanya dengan dirinya?
Liyana ketap bibir. itu bukan
masalahnya. Apa yang menjadi titik noktah buatnya dia mahu Hairil menjadi
miliknya. Dia mahu mencabar Marlia. Jangan gadis itu ingat dia ini lemah dan
tidak bermaya. Kalau dia hanya ingat Liyana ini hanyalah seorang gadis yang
penyabar dan lemah, dia memang silap.
Liyana yang kini sudah ada taringnya.
Taring yang akan bersinar dan menutup segala lubang hina dirinya dulu. Rambut
disisir rapi menggunakan jarinya. Final touch-up
turut dia tidak lupakan. Berpuas hati dengan hasil solekannya, Liyana membuka
pintu kereta.
Langkah kaki pertama turun mencecah
bumi. Dada yang berdetak kecil ternyata semakin kencang paluannya. Tidak
dihiraukan debaran itu dek azamnya yang terlalu meninggi. Walau apa-apapun yang
jadi, dia akan pastikan plannya kali ini berhasil. Cermin mata hitam dikenakan.
Skirt paras lutut turut dibetulkan sama.
“Let
the game begins..” bisik Liyana halus. Mahu meniup semangat pada dirinya
sendiri. Beg tangan ditarik sebelum digayutkan ke pangkal lengan. Berlagak
seperti diva, sombong dan angkuh. Tidak dilupakan juga perasan cantik. Oh! Dia
memang cantik apa? Buktinya sekarang begitu ramai mata-mata yang merenung ke
arahnya.
Dituju langkahnya ke arah kaunter meja
di sana. Seorang gadis dengan mesra menyambut kedatangannya bersama senyuman
manis.
“Hai. Boleh saya bantu?” tegur gadis kaunter
itu lembut.
“Saya nak jumpa dengan CEO Goh
Properties. Hairil Azamin Bin Kamarul.” Dengan megah suara itu berlabuh sambil
kaca mata hitamnya ditanggalkan.
Liyana tarik nafas. Dengan ini, secara
rasminya terbentuklah satu rancangan darinya. Khas untuk Marlia. Akan dia
pastikan permainan ini adalah di bawah kawalannya. Namun, dalam pada masa yang
sama…Liyana lupa.
Lupa bahawa lelaki itu turut diheretnya
sama ke dalam kancah penderitaan kisah antara dua gadis itu. Kisah yang bisa
diibaratkan seperti kisah lagenda puteri santubong dan puteri sejinjang.
LIYANA ketap bibir. Dia nak nangis!
Lelaki di hadapannya ini dipandang lagi. Tapi, lelaki itu hanya buat selamba
sambil matanya sibuk menelaah sesuatu pada fail di tangannya. Liyana kancing
gigi.
Ish, tak boleh jadi ni..
“Awak!!
Tolonglah! Tolonglah saya. Please!!”
Liyana sudah melutut dengan gayanya yang mendesak. Terdesak tahi kucing kau.
Namun, dia harus menjaga air mukanya. Dia tidak mahu kisah penipuan yang
direka-rekanya pada Hairil terbongkar. Maka, dia memerlukan lakonan yang mantap
supaya lelaki itu percaya dengan kisahnya.
Dia
ditinggalkan oleh seorang lelaki. Dan oleh kerana dia mahukan lelaki itu
kembali Liyana mahukan Hairil berlakon untuknya. Dia perlukan Hairil untuk
menjadi suaminya supaya lelaki itu dapat dia takluki semula. Oh, gosh! Such a clishe story. Tapi, apa yang dia peduli. Asal lelaki itu percaya
dengan ceritanya.
Janji
rancangannya jalan! Namun, lelaki itu tampaknya masih sama seperti yang
sebelumnya. Dingin nak mampus. Memang jenis mamat ni macam ni ke? Stone cold? Memang dari luaran ketika
ini dia dah nampak macam mana kerasnya batu ini.
Keletah
Liyana itu bagaimanapun berjaya juga untuk menarik perhatian Hairil. Lelaki itu
pandang sekeliling. PA di hadapannya sudah terangkat-angkat bahunya gara-gara tahan
gelak. Tidak tertahan dengan gelagat Liyana ini.
Sunguh
lucu! Namun tatkala pandangan matanya bertaut dengan mata Hairil terus mulut
itu terkatup kemas sementara dia berlagak sibuk. Pura-pura menulis sesuatu di
kertas. Kesempatan itu, Hairil ambil untuk pandang ke arah Liyana kembali.
“Apa
kau buat ni? Dah, bangun!” arah Hairil geram.
“Kahwin
dengan saya dulu. Baru saya bangun.” Ugut Liyana.
“Ikut
suka kaulah. Nak baring atau nak mampus kat situ sekalipun. Apa aku peduli?”
fail ditangan Hairil ditutup lekas sementara kakinya laju diarah ke kamar kerjanya.
Liyana masih statik di situ. Bibir diketap kuat. Bunyi dentuman pintu bilik
lelaki itu menggusarkan hatinya. Dia cuba bangun namun tak boleh.
Tidak
lama kemudian..
“Woi! Masuklah!” terjengul wajah Hairil.
Liyana gigit bibir bawahnya. Tangannya melambai-lambai pada Hairil, agar datang
kepadanya. Hairil mendengus. Kakinya mengikut juga kehendak perempuan itu.
“Apa
dia?” Liyana buat hal lagi. Menambahkan derita Hairil. Tangannya menarik lengan
Hairil supaya turut duduk sama bersamanya.
“Apa?”
bibir Liyana dirapatkan pada telinga Hairil.
“Kaki
saya kejang. Saya rasa tak boleh nak bangun. Rasa sengallah. Tolong?” Hairil
memejam matanya. Oh Tuhan! Geramnya aku!
“Habis
kau nak aku buat apa?” Liyana senyum dalam diam.
“Dukung
saya.” Membulat mata Hairil.
“Gila
kau!” marah Hairil dalam nadanya yang tertahan.
“Alah.
Tolonglah. Awak tak nak saya kena malu kan?”
“Eh!
Kau siapa?! Aku rela biarkan kau dekat sini dari aku menanggung malu, kau tahu
tak?!” jawab Hairil geram.
“Alah,
tolonglah. Ini bakal isteri awak jugak nanti,” Liyana kenyit mata. Terdiam Hairil
jadinya.
“Siapa
yang cakap…”
“Shhh…”
rapat jari Liyana berdiri di bibir Hairil.
“Saya
faham. Awak masih malu nak mengaku, kan? Tak apa. Take your time, baby. Saya akan tunggu saat itu.”
“Kau
gila ke apa? Perempuan jenis apa yang tak tahu malu macam ni?!” Liyana gelak
kecil.
“Alah!
Tolonglah. Please, my baby
boo..” Hairil mengeluh.
“Baby
tengkorak kau! Kau berat tak ni?” Liyana pandang perutnya. Perutnya dikepal.
“Kau buat apa pulak ni?” soal Hairil bimbang dengan tindakan spontan Liyana
itu.
“Sekarang
ni, saya rasa macam berat. Sebab kebelakangan ni, saya mengalami depression yang agak teruk. Jadi, saya
makan agak banyaklah. Tak apa! Saya janji! Saya akan diet secukup dan
sepadatnya untuk awak. Nanti tak adalah berat untuk awak dukung saya masa wedding kita, kan?” kepala Liyana
ditolak Hairil sedikit.
“Bersihkan
pemikiran kotor kau, tu! Baru jumpa buat macam dah kenal lama!” bebel Hairil.
Liyana gelak. Memang dia sudah lama kenal lelaki itu. sudah tiga kali! Satu di
KLIA, dua parking lot dan tiga di tandas! Tapi, rasanya macam lelaki itu tidak
ingat satu pun pertemuan mereka secara tidak sengaja itu. Apa-apapun, Liyana
rasa suka dengan bebelan itu. Nampak cute
sangat! God! Wire otak aku dah putus. Sambungkan balik Liyana.
“Alah!
Awak jangan banyak cakap boleh tak? Orang semua pandang kita. Cepat dukung
saya. Saya tunggu ni.” Hairil geleng kepala. Tuhan, tolonglah aku! Geramnya aku
dekat perempuan ni. Ada jugak aku seligi kepala budak ni nanti!
“Awak..” halang Liyana tiba-tiba apabila tangan Hairil
seakan bersedia mahu mengangkat dirinya.
“Huh?
Apa?”
“Bismillah
dulu. Saya berdebar. Rasa macam.. macam..” Hairil buat bodoh. Perempuan loyar
buruk macam ni wujud jugak rupanya. Tanpa mempedulikan Liyana, gadis itu
dicempung Hairil selamba. “rasa macam debaran malam pertamalah pulak.” Membulat
mata Hairil.
“Apa
kau cakap?!” kali ini suara Hairil tinggi. Semua staf pandang mereka berdua.
“Shh..
Diam! Diamlah awak. Semua pandang kita.” Hairil geleng kepala. Hih! Memanglah!
Menguji kesabaran betul kalau bawak perempuan ni! Baru sehari berjumpa dah rasa
berbala-bala, kalau banyak kali jumpa tak banyak bala aku terima nanti?
Hairil
kendong Liyana masuk ke dalam kamar kerjanya. Sejurus sahaja pintu itu
terkatup, riuh suasana department
tempat Hairil berkerja. Masing-masing sibuk membuat bulatan. Bulatan gosip mak
kiah free!
“Siapa
pulak tu? Boss kita bawak siapa tu?
Boss, kita dah berpunya ke? Alah, jealousnya!” itu suara gadis-gadis anak dara
di tempat mereka berkerja.
Lelaki
pula?
“Fuyoo!!
Mantap!! Cayalah boss kita! Kalau aku dapat awek 3D macam tu, fuh! Tak keluar
malam, bro!” namun, gemaan riuh itu terhenti apabila pintu terkuak dari dalam. Semua
orang sudah berkejar ke tempat masing-masing. Hairil pandang sekeliling.
Terkebil-kebil matanya memandang staf kerjanya itu.
“Salwa,
bawakkan saya secawan kopi dan satu gelas jus oren!” arah Hairil! Salwa kerut
dahi.
“Jus
oren? Kita mana ada jus oren..” Hairil gigit bibir.
“Entahlah.
Awak carilah. Saya bagi half-day hari
ni! Cari jus tu sampai dapat. Kalau boleh cepat sikit.” Hairil masuk kembali.
Geram! Memang geram! Harap-harap cepatlah Salwa bawak balik jus oren supaya
minah ni boleh berambus dengan kadar yang segera. Geram aku! Bala hidup kau,
Hairil!
next n3 : Liyana Bab 8
Sengal la yana nie..nak goda pn advance sgt..tak menyempat
ReplyDeleteHahaaaaai.......poyo tak sudah.gedik mengelitis macam ulat beluncas liyana ni..hahaahhah
ReplyDeleteLiyana melamar hairil kat ofis dia..depan semua org??
ReplyDeletemmg gempak ar liyana ni berani giler tu..